Skip to main content

Resepi Sarapan Sihat - Shaklee Meal Shake Cookies with Chocolate Chips

Haa... Anda ingat Meal Shake Shaklee hanya sesuai dijadikan sebagai minuman je? 

Tahu tak, anda boleh gunakan serbuk  Meal Shake sebagai salah satu ramuan dalam cookies buatan anda. Homemade Cookies. Best tak?

Okay, saya kongsikan resepinya dengan anda...



Gambar Hiasan

HEALTHY CHOCOLATE CHIP COOKIES


Bahan-bahan (basah):
3/4 cawan apple sauce (tanpa gula)
1/2 buku mentega
3/4 cawan maple sauce
1 biji telur putih

Bahan-bahan (kering):
1 1/4 cawan tepung gandum
4 sudu besar MEAL SHAKE SHAKLEE
1 cawan rolled oats
1/4 sudu teh serbuk buah pala
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus

Bahan-bahan tambahan:
9 oz chocolate chips
2/3 cawan kacang walnut yang telah dicincang

Cara Penyediaan:
Panaskan oven pada suhu 350℉ / 175
Campurkan kesemua bahan-bahan basah
Dalam bekas yang berasingan, adunkan kesemua bahan-bahan kering.
Secara bertahap, masukkan campuran bahan-bahan kering tadi ke dalam campuran bahan-bahan basah dan adunkan bersama.
Tambahkan bahan-bahan tambahan.
Bakar cookies anda selama lebih kurang 15 minit

--------------------------------------------

Senang je kan???? Anda boleh frozen cookies ni untuk dihidangkan sebagai sarapan pagi anda... Sarapan yang sihat.... 



Anda boleh cubanya sendiri... Lagi best kalau anda boleh ambil gambar cookies buatan anda tu dan hantarkan pada saya. Kita boleh kongsikan dengan mereka di luar sana....

* Anda boleh ubah jumlah bahan-bahan tu ikut kesesuaian adunan anda. Boleh juga kalau nak tambah pisang ke.. Kismis ke... Ikut kreativiti anda...





Untuk order dan konsultansi percuma, hubungi:





SITI RUSYIDA ROHIM
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole