Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2023

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Kalau yang dah kenal saya, mesti tahu yang saya ni memang pengamal vitamin Shaklee tegar. Saya dah mula amalkan vitamin Shaklee sejak tahun 2012 lagi. Pada waktu itu, saya mula amalkan Set Breastfeeding Shaklee. Tak lama lepas tu, saya mula belikan juga vitamin Shaklee untuk ibu saya dan suami saya. Makin lama, kitorang memang makin jatuh cinta dengan vitamin Shaklee ni, sebab kitorang memang dapat rasa kesan yang sangat positif terhadap kesihatan dan kecergasan badan kami.  Dan kini selepas 11 tahun, kami masih lagi peminat nombor 1 vitamin Shaklee . Apa yang menyebabkan saya memilih dan kekal dengan vitamin Shaklee? 1) Disyorkan oleh kawan Dulu-dulu sebenarnya saya ni anti-supplemen. Saya percaya yang kalau nak sihat, nak kurus, semuanya kita boleh dapat hanya dengan cara pemakanan seharian yang betul sahaja. Tak payahlah supplemen-supplemen semua ni.  Sekarang i'm eating my own words. Bila dah terkena, barulah tahu. Saya mula rasa cabarannya