Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PMS

Supplemen Vitamin Untuk Wanita Yang Terbaik

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Zaman sekarang ni, tak kisahlah yang suri rumah mahupun yang bekerja di pejabat, dah nama perempuan, memang banyak betul komitmen yang kita kena fikir dalam kepala. Dengan kerja lagi, nak jaga makan-minum family, nak didik anak-anak, nak jaga hal ehwal rumah lagi... Memang setiap hari menuntut energy daripada kita. Tapi bila umur dah makin meningkat, macam saya dah nak mencecah 40 tahun pun, saya sedar yang saya dah kena fokus pada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri saya. Bukankah ibu itu nadi kehidupan sebuah keluarga? Eceeewaaahhh.... Tapi betul, kan.... Kalau ibu pun asyik letih, lesu, asyik-asyik tak sihat, macam mana nak jaga keluarga, betul tak? So, saya tahu, apa-apa pun, saya kena jaga diri sendiri terlebih dahulu. Antara usaha-usaha saya yang saya sedang cuba ubah sekarang termasuklah untuk cuba masuk tidur lebih awal . Saya juga cuba untuk susun jadual harian saya supaya saya dapat buat kerja-kerja rumah ikut the rank of priority. Dan...

Cara Nak Kurangkan Simtom PMS

Assalamualaikum wbt. Ada tak kakak-kakak atau adik-adik yang selalu alami tanda-tanda ni sebelum period?  - Kelesuan - mood swing - perut kembung - sakit kepala - rasa tak selesa pada breast - jerawat - susah tidur - selera makan bertambah atau berkurang Rata-rata kaum wanita mesti selalu alami simtom-simtom ni, kan? Dan rata-rata wanita mesti dah biasa dengan term PMS , atau nama panjangnya "Premenstrual Syndrome" , kan... Ya, ini biasa... Tapi ada sesetengah wanita yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga ia boleh mengganggu kehidupan seharian, sampai tak boleh buat kerja semua. Malah ia boleh menganggu hubungan mereka dengan orang-orang sekeliling. Kita perlu tahu, PMS ni boleh terjadi akibat ketidakseimbangan hormon wanitanya. Secara spesifiknya, selalu berlaku jika paras hormon estrogennya adalah tinggi, berbanding dengan hormon progesteron.  Saya pernah terbaca dalam satu artikel di mana ia ada nyatakan yang kekura...

Atasi Masalah Senggugut

Lebih kurang 30% daripada population wanita mengalami Sindrom Pra Haid (PMS), dan lebih kurang 10% daripada wanita mempunyai senggugut yang teruk.  Ramai wanita mengalami pelbagai jenis simtom PMS yang disebabkan oleh hormon seperti kekejangan rahim/uterus yang boleh terjadi sebelum atau semasa period. Ada juga yang rasa senggugut yang sangat teruk, sakit perut, migraine, depression/kemurungan, emosi yang sensitive, kembung perut dan loya. Ada juga yang berlaku bengkak payudara dan ketidakselesaan disebabkan oleh water retention atau hormone wanita. Perasan tak kadang-kadang wanita yang sedang period juga boleh jadi kuat makan . Ini juga disebabkan oleh paras beta-endorphin yang sering naik dan turun. Antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan senggugut adalah seperti: ♥  Berumur bawah 20 tahun ♥  mempunyai sejarah keluarga yang mengalami senggugut ♥  merokok ♥  pendarahan yang banyak sewaktu period ♥  period yang tidak teratur ...