Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Minum air

Bagaimana Untuk Kekal Segar Selepas Berjaga Malam

Assalamualaikum wbt. Bagi sesetengah orang, mungkin susah untuk dapatkan tidur yang cukup (7-8 jam). Lagi-lagi untuk ibu-ibu yang baru dapat baby tu kan. Dengan anak nangis nak menyusunya, nak tukar lampin lagi...  Macam mana nak kekal cergas waktu siang tu kalau tak cukup tidur malam?

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...

Makan supplemen boleh rosakkan buah pinggang?

Assalamualaikum wbt. Saya ada banyak dengar orang-orang duk cakap-cakap... "Takut lah nak ambil supplemen-supplemen ni. Orang cakap nanti buah pinggang boleh rosak..." Okay, sebelum kita duk asyik dengar, orang tu kata tu... orang tu kata ni... Meh saya nak cerita dulu tentang fungsi buah pinggang. Fungsi buah pinggang Ilustrasi rupa buah pinggang Buah pinggang berfungsi untuk: mengawal tekanan darah menghasilkan vitamin D dalam bentuk yang aktif mengawal penghasilan sel darah merah membersihkan darah daripada toksin menstabilkan paras air dalam badan mengawal paras asid dalam badan Toksin dan buah pinggang Setiap hari buah pinggang kita akan memproses lebih kurang 190 liter darah dan menapis keluar hampir 1.9 liter air yang berlebihan dan bahan buangan. Bahan buangan ni termasuklah daripada ubat-ubatan, hormon berlebihan, bahan kimia, logam berat serta elektrolit dan mineral yang berlebihan.  Selepa...