Assalamualaikum wbt.

Okay, sebelum kita duk asyik dengar, orang tu kata tu... orang tu kata ni... Meh saya nak cerita dulu tentang fungsi buah pinggang.
Fungsi buah pinggang
Ilustrasi rupa buah pinggang |
Buah pinggang berfungsi untuk:
- mengawal tekanan darah
- menghasilkan vitamin D dalam bentuk yang aktif
- mengawal penghasilan sel darah merah
- membersihkan darah daripada toksin
- menstabilkan paras air dalam badan
- mengawal paras asid dalam badan
Toksin dan buah pinggang
Setiap hari buah pinggang kita akan memproses lebih kurang 190 liter darah dan menapis keluar hampir 1.9 liter air yang berlebihan dan bahan buangan. Bahan buangan ni termasuklah daripada ubat-ubatan, hormon berlebihan, bahan kimia, logam berat serta elektrolit dan mineral yang berlebihan.
Selepas bendalir-bendalir ni ditapis, ia akan dialirkan ke pundi kencing, di mana bahan-bahan tapisan tadi dikumpulkan bersama air kencing dan disimpan sehinggalah pundi kencing penuh.
Bila pundi kencing penuh, barulah rasa macam nak terkencing tu. Barulah bahan-bahan buangan tadi, dikeluarkan daripada tubuh badan.
Haa... detail tak penerangan... heheheh...
Dan kalau nak tau, kita boleh tengok banyak ke tak toksin dalam badan kita melalui air kencing kita. Cuba perhatikan warna dan bau air kencing tu. Untuk yang normal, warna urine sepatutnya adalah warna kuning-kuning pucat sikit. Dan sepatutnya tak berbau yang pelik-pelik.
Warna dan bau urine tu boleh berubah bergantung pada apa yang kita makan. Contohnya kalau kita makan asparagus, bau air kencing tu boleh jadi kuat sket.
B-Complex dan Air Kencing

Tapi perasan tak yang air kencing jadi kuning semacam after kita ambil B-Complex? Jadi toksin ke?
Jangan takut...
Vitamin B-Complex adalah sejenis vitamin yang larut air. Badan kita akan simpan, serap dan guna vitamin yang kita ambil. Tapi mana yang badan kita tak serap, ia akan dikeluarkan melalui air kencing.
Apa kena mengerna B-Complex dengan warna kuning?
Warna kuning pada urine tu adalah disebabkan oleh pengambilan vitamin B2, atau riboflavin. Riboflavin tu memang sejenis unsur berwarna kuning. So, don't worry, k? Memang biasa untuk mereka yang amalkan B-Complex akan alami urine warna kuning sikit. Tak memudaratkan pun. Even, kalau urine tu tak de bertambah kuning sikit lepas kita consume B-Complex, maksudnya consumption kita tu terlalu rendah.
Tapi, kalau kita rasa risau sangat urine jadi terlalu kuning lepas ambil vitamin B-Complex tu, just minum je lebih banyak air. Insya Allah, warna kuning tu akan berkurangan. Ni jugak tandanya, penyerapan vitamin tu lebih bagus... :)
Berbalik kepada cerita buah pinggang...
Ada macam-macam sebab yang leh menyebabkan buah pinggang jadi rosak. Contohnya:
- Badan penuh toksik
- Diabetes
- Tekanan darah tinggi
- Penyakit jantung
- Overdose ambil ubat-ubatan terutama kalau tak distabilkan dengan minum air yang cukup
- Terdedah kepada racun perosak
- Pengambilan dadah
- Dehydration
- Tak minum banyak air
- Pengaliran darah yang terganggu
- Ada sejarah batu karang
- Pengaliran darah yang terganggu
- Ada sejarah batu karang
Dan kerosakan buah pinggang boleh juga dilihat melalui urine kita. Na'udzubillah min zaalik...
Memang susah nak nampak simtom bagi kehilangan fungsi buah pinggang, kecuali kalau dah memang buah pinggang tu rosak teruk.
Antara tanda-tanda yang kita boleh nampak contohnya:
- Bengkak di sekeliling mata
- Retensi air pada tangan dan kaki
- Air kencing berbau manis
- Air kencing berwarna ala-ala pink atau perang
- Air kencing berbuih
Tanda-tanda lain masalah buah pinggang |
Bila ada tanda-tanda macam ni, elok cepat-cepat pergi jumpa doktor. Dapatkan rawatan dengan segera.
Nak elakkan dapat masalah buah pinggang?
Untuk nak elakkan kita dapat masalah pada buah pinggang, benda paling penting kena buat is MINUM AIR YANG MENCUKUPI. Jangan nanti disalahkan ubat la... supplemen la... padahal kita yang tak nak minum air... Orang yang tak ambil ubat atau supplemen pun boleh alami kerosakan buah pinggang kalau badan dehydrated tau....
Tapi, ubat tu, ubat jugak... Supplemen tu, supplemen jugak... Yang penting, ikut dos seperti yang ditentukan dan dinasihatkan. Jangan sebab nak sihat cepat, atau nak cantik cepat, semua tu main langgar je... Tolong tolong tolong jangan buat lagu tu ye....
Ala kulli hal... Jika terasa macam ada simtom-simtom kerosakan buah pinggang, cepat-cepatlah dapatkan rawatan, k...
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : syida_rohim
Twitter : @SyidaRohim
Google + : +SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Email : hanaziq7@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Meru, Klang, Setia Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang, Sunway, Sepang, Nilai, Labu dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment