Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Jangkitan

Adakah Virus hMPV Virus Baru? Fakta Sebenar Tentang Penyebarannya

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dah viral satu berita tentang satu jenis “virus baru”, iaitu virus hMPV (human metapneumovirus), terutamanya bila kita dengar ada peningkatan kes jangkitan di beberapa tempat. Rasanya kita baru je  dapat tarik nafas lega sekarang lepas berakhirnya pandemik Covid 19 dulu. Ada virus baru lagi ke? Tapi, ye ke virus hMPV ni virus baru? Jawapannya: tidak. Virus ini bukanlah ancaman yang baru je muncul, tetapi dah lama dikenali terutamanya oleh komuniti perubatan. Meh saya share serba-sedikit bekenaan virus hMPV ni berdasarkan pembacaan saya. Sejarah Ringkas Virus hMPV? Virus hMPV adalah sejenis virus saluran pernafasan (respiratory virus)  dari kumpulan paramyxovirus. Virus ini  boleh menjangkiti individu daripada semua peringkat umur. Ia mula-mula ditemui pada tahun 2001 . Walaupun begitu, ada yang mengatakan yang virus ini sebenarnya dah wujud lama lagi daripada itu, iaitu sejak tahun 1950-an lagi. ...

Kenapa Rumah Perlu Dibersihkan Segera Selepas Banjir?

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bila dah masuk hujung tahun, mulalah hati saya rasa gundah gulana. Bila guruh berbunyi, hujan mula turun dengan lebat, saya dah tau, air bakal naik. Itulah nasib bila kita tinggal di kawasan rendah. Alhamdulillah, sekarang saya dah pun berpindah di kawasan yang lebih tinggi.  Tetapi, ibu ayah saya masih lagi tinggal di kawasan lama. Dah berpuluh tahun ibu ayah saya tinggal di situ, dari zaman saya sekolah rendah lagi. Sekarang saya pun dah beranak-pinak. Dulu-dulu kawasan ni tak pernah banjir. Air naik tu memang ada, tapi tak pernah sampai air masuk ke dalam rumah. Tapi, tahun 2021 tu memang tercipta satu memori. First time rumah keluarga kami dilanda banjir sehingga paras pinggang di dalam rumah. Saya yang duduk jauh memang risau, macam mana keadaan mak ayah, macam mana mereka nak dapat bekalan makanan. Saya hanya mampu doa dari jauh. Nak balik pun, kami memang dah tak boleh masuk ke kawasan banjir tersebut. Hampir seminggu juga air untuk mula ...

Set Shaklee Paling Saya Suka dan Tidak Boleh "Miss"

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bila ada orang tanya saya, "Syida, apa agaknya suppleman Shaklee yang paling awak suka?" Haish... Sebenarnya susah nak jawab, sebab semua saya suka! Dan kalau nak pilih supplemen kegemaran saya pun susah juga sebab ia berubah ikut masa... Pada zaman muda-mudi dulu, kalau tanya saya, memang suka Set Slimming la macam sorang rakan team saya ni. But, jika untuk masa saat ini saya perlu pilih mana supplemen yang mesti ada dalam stok saya sekarang, sudah tentunya "Set Immune Booster" . Kenapa saya suka Set Immune Booster? Kita tak dapat nak sangkal lagi betapa mudahnya kita nak dapat jangkitan penyakit sekarang. Saya sekeluarga adalah salah seorang yang termasuk dalam statistik pesakit-pesakit Covid 19 dulu. Dan terus-terang, selepas kami dijangkiti Covid 19, kekuatan sistem imun kami macam dah makin menurun. Kalau dulu kami jenis susah untuk dapat demam selsema, saya terutamanya, kali ni, kekerapan tu dah semakin meningkat. Jadi, ...

Healthcare Malaysia Terbaik! (Projek PKP Fasa 3)

Assalamualaikum WBT... First of all, saya nak ucap tahniah kepada kita rakyat Malaysia yang patuh dengan arahan PKP supaya tetap kekal di rumah bagi meratakan lengkungan kes-kes baru COVID-19. Walaupun kita bukan frontliners secara fizikalnya, tapi kita mempunyai peranan yang besar dalam mencapat matlamat ini. Flatten the curve... Saya berbangga sangat-sangat bila our very own Health DG, Dr. Noor Hisham Abdullah, telah dinamakan sebagai "Top Doctors" yang berjaya mengawal pandemik Covid-19 di negara kita. Of course without the effort of everyone, the healthcare workers, the doctors, nurses, polis, askar yang bekerja keras, dan rakyat juga yang patuh pada arahan PKP ni, usaha ini akan sia-sia... PKP fasa 3 ini adalah fasa terpenting sekali untuk memastikan supaya rantaian jangkitan Covid-19 ini akan terus terputus. Please keep praying, ok semua! And Stay Safe! Stay At Home! Kita Jaga Kita ok! .... Anyway, di samping tengah bosan-bosan berPKP d...