Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Bila dah masuk hujung tahun, mulalah hati saya rasa gundah gulana.
Bila guruh berbunyi, hujan mula turun dengan lebat, saya dah tau, air bakal naik.
Bila guruh berbunyi, hujan mula turun dengan lebat, saya dah tau, air bakal naik.
Itulah nasib bila kita tinggal di kawasan rendah.
Alhamdulillah, sekarang saya dah pun berpindah di kawasan yang lebih tinggi. Tetapi, ibu ayah saya masih lagi tinggal di kawasan lama. Dah berpuluh tahun ibu ayah saya tinggal di situ, dari zaman saya sekolah rendah lagi. Sekarang saya pun dah beranak-pinak.
Dulu-dulu kawasan ni tak pernah banjir. Air naik tu memang ada, tapi tak pernah sampai air masuk ke dalam rumah.
Tapi, tahun 2021 tu memang tercipta satu memori. First time rumah keluarga kami dilanda banjir sehingga paras pinggang di dalam rumah. Saya yang duduk jauh memang risau, macam mana keadaan mak ayah, macam mana mereka nak dapat bekalan makanan. Saya hanya mampu doa dari jauh. Nak balik pun, kami memang dah tak boleh masuk ke kawasan banjir tersebut.
Hampir seminggu juga air untuk mula surut. Alhamdulillah juga bila air surut tu, kami memang plan untuk pulang ke kampung. Jadi dapatlah kami bantu serba sedikit membersihkan rumah bersama adik-beradik yang lain.
Nak membersihkan rumah selepas banjir ni tak boleh buat asal boleh je. Wajib cuci betul-betul. Ada beberapa sebab kenapa penting kita perlu membuat pembersihan rumah yang teliti pasca banjir. Antaranya adalah:
1) Mencegah penyakit berjangkit
Sebagaimana yang kita tahu, air banjir yang masuk ke dalam rumah ni bukan sekadar air hujan sahaja, tapi juga air longkang dan air parit yang mungkin dah bercampur dengan macam-macam kotoran dan najis. Sangat kotor!
Air banjir yang kotor ni dah tentunya membuatkan rumah kita jadi tercemar dan terdedah dengan pelbagai jenis kuman, bakteria dan virus. Kalau tak cuci betul-betul sisa-sisa banjir, itu yang boleh bawa kepada macam-macam penyakit!
Antara risiko penyakit yang boleh diakibatkan oleh banjir adalah seperti leptospirosis, cirit-birit dan jangkitan kulit.
Leptospirosis, atau yang kita biasa kenali sebagai jangkitan kencing tikus, adalah sangat bahaya. Punca penyakit ini adalah disebabkan oleh bakteria leptospira yang biasanya dibawa oleh haiwan seperti tikus, lembu, serangga, dan lain-lain. Tapi jangkitan yang biasa manusia dapat adalah daripada air kencing tikus akibat terdedah kepada air banjir dan air sungai yang tercemar.
Kadang-kadang kita cakap je, "kita bukan minum air kotor tu pun. Kita cakap kita minum air yang dah dimasak je."
Tapi, satu benda yang kita tak tau, penyakit Leptospirosis ni juga boleh dijangkiti melalui sentuhan ke permukaan kulit kita, secara secondary.
Apa maksudnya?
Seperti Covid-19 juga, kita tak sedar tangan kita dah terpegang kawasan rumah kita yang terdedah dengan bakteria ini, dan tanpa sedar kita terpegang muka kita. Secara tak sengaja juga, bakteria ni boleh masuk ke dalam rongga badan kita, melalui mulut, hidung, mata dan luka-luka pada kulit kita.
Sebab tu, again... selepas banjir surut tu, kena pantas membersihkan rumah, dan wajib bersihkan rumah dengan sangat teliti untuk elakkan kita mendapat jangkitan penyakit-penyakit pasca banjir ni.
Nak bagus lagi, kita dah siap-siap ambil supplemen seperti Vitamin C.
Vitamin C sangat bagus untuk kuatkan system imun kita sebab ia adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat. Ia dapat membantu melindungi sel-sel badan kita daripada radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan kita yang sihat. Sebab tu, saya sangat syorkan untuk ambil Vitamin C setiap hari, terutamanya waktu musim hujan dan musim banjir ni.
2) Mengelakkan risiko kecederaan
2) Mengelakkan risiko kecederaan
Bila banjir, selalunya rumah bukan sahaja akan dikotori dengan lumpur, tapi juga dengan sampah sarap dan serpihan-serpihan perabot yang rosak atau kaca-kaca yang pecah akibat banjir. Jika kita tak berjaga-jaga dan tak teliti semasa membersihkan rumah, itu yang boleh membawa kepada kecederaan. Bila jadi cedera, lebih mudah kuman bakteria atau virus masuk dalam badan menjangkiti kita. Bahaya!
Oleh sebab itu, saat kita ingin membersihkan rumah kita daripada sisa-sisa banjir pun seelok-eloknya pakailah but kalis air dan glove bagi mengurangkan risiko kecederaan. Lagi bagus jika kita memakai face mask juga untuk kurangkan risiko pemindahan jangkitan kuman.
3) Mengurangkan risiko kerosakan barangan rumah
Bila barangan di rumah terlalu lama dibiarkan basah, ini boleh menyebabkan ia menjadi lebih susah untuk dibersihkan dan menjadi cepat rosak. Jika pembersihan yang teliti pantas dilakukan, lebih banyak barangan-barangan dalam rumah dapat diselamatkan.
Ini termasuklah perabot, peralatan elektrik, dinding dan juga lantai.
Dahulukan untuk bersihkan barangan yang mempunyai permukaan yang lebih porous dan lembut kerana ia lebih cepat rosak akibat terlalu terdedah kepada air dan kelembapan berbanding barangan yang lebih padat dan keras.
Sebagai langkah berjaga-jaga juga, saya nak ingatkan kita semua supaya jangan terburu-buru untuk hidupkan semula peralatan elektrik selepas banjir surut. Seeloknya bawa semua peralatan elektrik yang basah akibat banjir ke kedai peralatan elektrik untuk diperiksa dan dibersihkan.
4) Mendapatkan semula sumber minuman yang bersih
Semasa banjir, bekalan air bersih mungkin akan sedikit terjejas. Lagi-lagi kalau air banjir yang naik sangat tinggi sampai mencecah ke tangki air utama rumah. Besar kemungkinan air tangki sudah pun tercemar dengan air kotor akibat banjir dan sudah tak selamat untuk digunakan.
Jadi untuk keselamatan, seelok-eloknya disinfect dulu air tangki sebelum digunakan. Pastikan air yang keluar daripada paip tiada bau dan warna yang pelik-pelik. Bila dah yakin sumber air dah lebih bersih, pastikan air dimasak atau dididihkan terlebih dahulu sebelum diminum untuk membunuh segala kuman yang wujud.
Tak lupa juga, pastikan bekas minuman yang digunakan telah dibersihkan sebersih-bersihnya.
Untuk awal-awal sebelum rumah betul-betul bersih, minumlah air minuman botol dulu untuk sementara waktu sebagai pilihan yang lebih selamat.
5) Mengawal pembiakan serangga dan haiwan perosak
Bila terjadinya banjir, macam kita juga, serangga dan haiwan-haiwan perosak seperti semut, nyamuk dan lipas juga akan mencari tempat tinggi dan tersorok untuk berlindung daripada air banjir.
Dan malangnya, tempat yang selamat untuk serangga-serangga ini kemungkinan adalah mana-mana kawasan kering di rumah kita. Dan malangnya juga, bila banjir mula surut, haiwan-haiwan ni dah pun mula menetap dan membiak dalam rumah kita.
Sebab itu, perlu lakukan pembersihan yang teliti selepas banjir untuk membasmi tempat-tempat pembiakan serangga perosak ini.
Bagi memudahkan proses pembersihan, gunakan alatan-alatan pembersihan yang sesuai dan effective. Ini antara alatan yang kami banyak gunakan semasa proses pembersihan dulu:
- Vacuum ala-ala “Karcher Wet Dry” yang boleh sedut air : Ini memudahkan untuk membuang air yang bertakung di ruangan yang lebih rendah.
- Water jet untuk mudah membuang lumpur dan bersihkan permukaan lantai dan dinding keras
- Floor Squeegee untuk mudah buang sisa-sisa air keluar rumah
- Scrubber untuk bersihkan kawasan permukaan yang ada kesan lumpur yang degil
- Microfibre Cloth untuk mengeringkan kawasan yang basah selepas dibersihkan
- Dehumidifier untuk percepatkan proses pengeringan kawasan selepas dibersihkan. Kawasan yang basah mesti dikeringkan secepat mungkin supaya tidak berkulat.
Sebelum saya mengakhiri pos saya kali ini, saya mendoakan anda semua yang terkesan dengan musibah banjir ini dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesabaran dalam mengharungi ujian ini. Jaga kesihatan ye, semua!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Allahu. Teringat juga kat kawan saya yang rumah beliau ditenggelami air di Taman Sri Muda Shah Alam. Tahun 2021 memang sukar nak dilupakan. Pembersihan rumah dan kawasan sekitar bukan seminggu dua punya kerja kan.
ReplyDeleteYe betul... Dengan barang rosak lagi... Kena belajar untuk sabar dan redha. Alhamdulillah, semua tu jadi pengalaman dan pengajaran.
Deletepengalaman yang berharga, insyaallah
ReplyDeleteye betul tu...
ReplyDelete