Skip to main content

Manfaat Vitamin E Dalam Penjagaan Kulit Yang Lebih Sihat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Vitamin E

Perasan tak rata-rata dalam produk skincare, ramai yang suka kalau produk tu ada Vitamin E.

Tapi ramai juga yang masih tak tahu akan betapa banyaknya kebaikan Vitamin E, tak kisahlah dalam produk skincare atau pun supplemen kesihatan. Vitamin E bukan sahaja mempunyai ciri-ciri antioksidan yang memang powerful, tapi ia juga boleh beri banyak kebaikan terutamanya dalam memberikan kelembapan pada kulit.

Dalam entri kali ini, saya nak sharekan serba sedikit tentang apa kebaikan dan kepentingan Vitamin E pada kulit kita.

But first...

Apakah itu Vitamin E

Vitamin E adalah salah satu daripada vitamin larut lemak. Ini bermaksud Vitamin E adalah bagus diambil bersama makanan-makanan yang berlemak untuk mendapatkan penyerapan yang lebih optimum. Selain itu, ia juga bermaksud vitamin ni boleh disimpan dalam badan, iaitu di bahagian tisu-tisu lemak dan juga organ hati.

Antara vitamin larut lemak yang lain adalah Vitamin A, D dan K.

Seperti Vitamin B, Vitamin E pun bukan hanya terdiri daripada satu jenis vitamin sahaja, tapi ada 8 jenis Vitamin E. Tetapi Vitamin E yang paling aktif dalam badan manusia adalah dalan bentuk alpha-tocopherol.

Kepentingan Utama Vitamin E

Vitamin E adalah penting dalam fungsi badan manusia terutamanya dalam mengekalkan sistem imun yang kuat dan membantu dalam proses penggumpalan darah bersama Vitamin K. Selain itu, Vitamin E juga adalah salah satu vitamin yang paling penting dalam proses pembinaan sel kulit dan menjadikan kulit kita lebih sihat.

Malangnya, Vitamin E ni tak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita, dan perlu diambil melalui pemakanan seharian atau pun supplemen.

Antara makanan yang kaya dengan Vitamin E adalah kacang badam, minyak bunga matahari, biji bunga matahari, kacang tanah dan bayam.

Masalah kekurangan Vitamin E ni memang jarang berlaku. Namun begitu, jika kita menghadapi masalah kulit yang kurang sihat, terutamanya masalah jeragat dan kulit kering, pengambilan supplemen Vitamin E boleh jadi satu ikhtiar yang bagus untuk mendapatkan kualiti kulit yang labih sihat.

Vitamin E

Apakah Manfaat Vitamin E Pada Kulit?

Mengurangkan Kesan Kerosakan Kulit Akibat Sinaran UV

Sinaran UV adalah antara punca utama terbentuknya radikal bebas pada kulit, iaitu di mana terjadinya molekul-molekul oksigen yang tak stabil yang boleh mencuri tenaga daripada sel-sel kulit yang sihat (tekanan oksidatif). Bila kita banyak terdedah pada sinaran UV, ia boleh membawa kepada penuaan kulit pra-matang dan menyebabkan kulit jadi berkedut, berjeragat dan kasar. Sinar UV juga boleh dikatakan boleh menyebabkan degradasi pada kolagen yang mengakibatkan bukan sahaja kulit berkedut, malah cancer kulit. So, bila dah tahu fakta ni, janganlah lama sangat terdedah pada sinaran matahari ye.

Disebabkan Vitamin E adalah sejenis nutrien antioksidan yang powerful, ia boleh melindungi kulit kita daripada kerosakan akibat sinar UV. Disebabkan kulit merupakan "barisan hadapan" yang pertama-tama sekali yang akan terkena sinaran UV ni bila kita duduk di bawah cahaya matahari, maka teramatlah penting untuk kita berikan extra perlindungan pada kulit kita.

And that's why juga selain ambil supplemen Vitamin E, wajib untuk kita pakai sunscreen pada waktu siang hari, untuk perlindungan yang lebih optimum.

Vitamin E

Membantu Mengurangkan Keradangan Kulit

Vitamin E juga merupakan satu agen anti-radang pada kulit.

Keradangan dan tekanan oksidatif ni mempunyai hubungan simbiosis antara sesama sendiri. Proses berlakunya keradangan boleh mencepatkan berlakunya tekanan oksidatif, dan tekanan oksidatif pula boleh mencetuskan keradangan melalui pengaktifan pelbagai laluan molekul. Sebagai contoh, apabila badan kita mengalami jangkitan, ia akan mencetuskan respon imun badan. Sel-sel imun ini akan menghasilkan lebih banyak radikal-radikal bebas (tekanan oksidatif) semasa ia melawan kuman-kuman penyebab jangkitan. Radikal-radikal bebas ini juga boleh merosakkan sel-sel yang sihat, yang menjurus kepada keradangan.

Tapi, bila kita ada ambil Vitamin E, tak kisahlah secara oral ataupun topikal, ia boleh menguatkan dan melindungi skin's barrier kita daripada serangan radikal-radikal bebas. Dengan ciri-ciri antioksidan yang ada pada Vitamin E, ia boleh melindungi kulit kita daripada berlaku kesan-kesan alahan dan keradangan seperti kemerahan dan bengkak. Ia juga telah ditunjukkan dapat membantu mengurangkan keradangan pada mereka yang menghadapi masalah ekzema.

Selain tu, Vitamin E juga boleh menyerap tenaga daripada sinar UV dan boleh menghalang kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh sinar UV pada kulit, kerana adanya ciri-ciri anti-radang yang terdapat pada Vitamin E. 

Vitamin E Menyokong Kolagen Dari Dalam

Vitamin E adalah salah satu vitamin antioksidan yang boleh bantu menghalang terbentuknya protein AGE dan berlakunya hubungan silang atau "crosslink" pada kolagen. Bila berlaku "crosslink" pada kolagen, ia boleh menyebabkan kolagen jadi mengeras dan akhirnya akan rosak. Atas sebab itu, kulit kita akan cepat berlaku penuaan.

Dengan menambahkan Vitamin E dalam diet kita, kita boleh mengekalkan kolagen pada kulit kita, dan menjadikan kulit kita lebih sihat dan awet muda.

Membantu Melembutkan Kulit yang Kering

Vitamin E juga banyak dikatakan mempunyai ciri-ciri melembapkan dan banyak digunakan untuk tujuan melegakan kulit yang kering dan bersisik. Disebabkan ia mempunyai ciri-ciri ini, kita boleh jumpa banyak produk skincare dan kecantikan mengandungi Vitamin E di dalamnya.

Bagaimana cara Vitamin E ini dapat memberi kelembapan kulit masih kurang jelas. Ada kemungkinannya, sebab Vitamin E ni boleh bantu dalam melindungi lipid barrier dan kekalkannya supaya terus segar pada kulit. Ada juga kemungkinan yang mengatakan Vitamin E ini akan berkumpul di bahagian kelenjar minyak dan akan dihantar ke permukaan kulit melalui sebum. Tapi apa-apa cara sekali pun, Vitamin E memang telah banyak ditunjukkan dapat memberikan manfaat dari segi melembapkan dan merawat kulit kita, dan juga membantu menguatkan fungsi skin barrier kita. Ia juga boleh bantu menghalang daripada berlakunya kehilangan air yang berlebihan daripada kulit kita.

Vitamin E dan Vitamin C Bekerja Seiring Sejalan

Vitamin E

Kita dah tahu yang Vitamin E tu sendiri memang  satu antioksidan yang sangat powerful. Tapi, kalau kita nak optimumkan lagi kesannya, lagi bagus kalau kita ambil Vitamin E bersama-sama Vitamin C untuk membekalkan badan kita dengan gabungan antioksidan yang lebih super powerful. Dengan mengambil kedua-dua jenis vitamin ini, badan kita akan dapat melawan radikal-radikal bebas dengan lebih berkesan.

Vitamin E dan Vitamin C juga mempunyai satu hubungan simbiosis. Antara kebaikan Vitamin C adalah, selain ia adalah sejenis antioksidan yang sangat baik, ia juga boleh menjana kembali Vitamin E. Vitamin E pula dapat memberikan kestabilan pada Vitamin C dalam memberikan kulit kita perlindungan yang maksima. That's why, sangat-sangatlah disyorkan untuk ambil Vitamin E dan Vitamin C bersama-sama.

Vitamin E

Berapa Banyak Vitamin E Perlu Kita Ambil?

Walaupun Vitamin E adalah sangat bermanfaat untuk kulit kita dan kesihatan badan kita secara am, kita masih perlu berpada-pada dalam mengambil supplemen Vitamin E. Kita disyorkan untuk mengambil Vitamin E tidak lebih daripada 400IU sehari. Oleh kerana Vitamin E adalah sejenis vitamin larut lemak, di mana ia boleh tersimpan dan terbina pada tisu-tisu lemak badan kita, jika kita ambil lebih daripada jumlah yang sepatutnya, ia boleh mengakibatkan ketoksikan. Kesan-kesan sampingan akibat ketoksikan Vitamin E adalah seperti lemah otot, loya, kelesuan, kekejangan usus dan juga cirit-birit. 

Produk sapu yang mengandungi Vitamin E juga boleh menyebabkan tindak balas alahan pada sesetengah orang terutamanya yang mempunyai masalah kulit sensitif. So, kalau anda mempunyai kulit sensitif, boleh buat spot-test terlebih dahulu sebelum gunakannya pada wajah ye.

Supplemen Vitamin E Terbaik!

Vitamin E

Vita-E Complex Shaklee adalah satu contoh supplemen Vitamin E terbaik yang boleh kita amalkan untuk dapatkan perlindungan antioksidan dalam menentang radikal bebas; juga bagus untuk kesihatan kulit, jantung, otak dan sistem imun kita.

Kelebihan Vitamin E Shaklee:
- Mengandungi 400IU Vitamin E daripada sumber semulajadi yang diekstrak daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alpha tocopherol, iaitu sejenis bentuk Vitamin E yang paling bioaktif dan paling mudah diserap oleh badan.
- Mengandungi 65mcg selenium yang dapat melengkapi aktiviti Vitamin E untuk fungsinya yang optimum.
- Mengandungi 39.4mg ekstrak biji anggur yang mengandungi proanthocyanidin, iaitu sejenis sebatian yang mempunyai ciri-ciri antioksidan yang sangat baik.

Macam mana Nak Dapatkan Vitamin E ni?

Senang je, anda hanya boleh whatsApp saya di nombor yang tertera di bawah ni ye. Saya juga akan kongsikan dengan anda nanti cara pengambilan vitamin yang betul nanti.

Vitamin E

Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat buat anda, jangan lupa share post ini dengan rakan-rakan anda ye... Terima kasih semua!

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole