Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Testimoni Vitamin E

Manfaat Vitamin E Dalam Penjagaan Kulit Yang Lebih Sihat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Perasan tak rata-rata dalam produk skincare, ramai yang suka kalau produk tu ada Vitamin E. Tapi ramai juga yang masih tak tahu akan betapa banyaknya kebaikan Vitamin E, tak kisahlah dalam produk skincare atau pun supplemen kesihatan. Vitamin E bukan sahaja mempunyai ciri-ciri antioksidan yang memang powerful, tapi ia juga boleh beri banyak kebaikan terutamanya dalam memberikan kelembapan pada kulit. Dalam entri kali ini, saya nak sharekan serba sedikit tentang apa kebaikan dan kepentingan Vitamin E pada kulit kita. But first... Apakah itu Vitamin E Vitamin E adalah salah satu daripada vitamin larut lemak. Ini bermaksud Vitamin E adalah bagus diambil bersama makanan-makanan yang berlemak untuk mendapatkan penyerapan yang lebih optimum. Selain itu, ia juga bermaksud vitamin ni boleh disimpan dalam badan, iaitu di bahagian tisu-tisu lemak dan juga organ hati. Antara vitamin larut lemak yang lain adalah Vitamin A, D dan K. Seperti Vitamin B, Vitamin E ...

Cara & Petua Hilangkan Jeragat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Masalah jeragat boleh terjadi pada semua orang tak kisahlah apa jenis kulit kita sekali pun. Ia biasanya terjadi disebabkan oleh tekanan persekitaran, terlalu lama terdedah pada cahaya matahari dan juga proses penuaan.  Walaupun masalah jeragat ini bukanlah satu masalah yang membahayakan, tapi kalau kita tak ambil tindakan, ia boleh menyebabkan tona kulit kita akan nampak tak sekata dan akan boleh jadi kekal selama-lamanya. Habislah impian kita nak dapatkan kulit licin dan bersih. Kita pun akan jadi kurang yakin dengan penampilan diri sendiri. Oh no!  But alhamdulillah, dengan cara yang betul, kita boleh berusaha untuk memudarkan jeragat supaya ia tak nampak terlalu ketara pada wajah kita.  Sebelum saya cerita lebih jauh, mari saya share sedikit tentang apakah itu masalah jeragat dan kemudian saya akan sharekan sedikit petua untuk hilangkan jeragat. Apakah itu jeragat? Jeragat atau skin hyperpigmentation adalah satu istilah yang diguna...

Cara Hilangkan Bintik Hitam Pada Wajah

Assalamualaikum & Hai Semua! Bintik-bintik hitam pada kulit muka boleh terjadi disebabkan parut akibat acne, sunburn dan bintik-bintik penuaan. Malah, pengambilan pil-pil seperti pil perancang juga boleh mengakibatkan bintik-bintik hitam pada wajah.  Anda mungkin selalu duk terfikir, macam mana lah agaknya nak buang bintik-bintik hitam ni.. Tak payah nak duk risau lagi. Saya akan kongsikan dengan anda sebahagian cara-cara untuk buang bintik-bintik tu, dan juga membersihkan kulit anda... Gunakan buah-buahan sitrus Buah-buahan sitrus mengandungi kandungan Vitamin C yang banyak, atau dipanggil sebagai asid askorbik. Vitamin C membantu untuk menanggalkan lapisan kulit paling atas tanpa sebarang kerosakan tambahan pada kulit. Anda boleh gunakannya sebagai face mask dengan pelbagai cara: Perah jus lemon/oren/anggur/limau. Gunakan kapas dan sapukan pada kulit. Bilas selepas lebih kurang 20 minit. Campurkan jus lemon dengan madu dan sapukan pada wajah selama lebih kurang 30 minit...