Skip to main content

Cara Hilangkan Bintik Hitam Pada Wajah

Assalamualaikum & Hai Semua!


Bintik-bintik hitam pada kulit muka boleh terjadi disebabkan parut akibat acne, sunburn dan bintik-bintik penuaan. Malah, pengambilan pil-pil seperti pil perancang juga boleh mengakibatkan bintik-bintik hitam pada wajah. 

Anda mungkin selalu duk terfikir, macam mana lah agaknya nak buang bintik-bintik hitam ni..

Tak payah nak duk risau lagi. Saya akan kongsikan dengan anda sebahagian cara-cara untuk buang bintik-bintik tu, dan juga membersihkan kulit anda...


Gunakan buah-buahan sitrus


Buah-buahan sitrus mengandungi kandungan Vitamin C yang banyak, atau dipanggil sebagai asid askorbik. Vitamin C membantu untuk menanggalkan lapisan kulit paling atas tanpa sebarang kerosakan tambahan pada kulit. Anda boleh gunakannya sebagai face mask dengan pelbagai cara:
  • Perah jus lemon/oren/anggur/limau. Gunakan kapas dan sapukan pada kulit. Bilas selepas lebih kurang 20 minit.
  • Campurkan jus lemon dengan madu dan sapukan pada wajah selama lebih kurang 30 minit.
  • Campurkan air, sedikit serbuk ESP dan jus sitrus anda; dan urutkan pada wajah anda.

Anda juga boleh menggantikan buah-buahan sitrus anda dengan Vitamin C Shaklee yang memang semulajadi, selamat dan berkesan


Gunakan Vitamin E


Vitamin E adalah aktioksidan yang sangat kuat. Ia membantu untuk membaiki sel-sel yang rosak dan menguatkan sel-sel yang baru. Anda boleh gunakan Vitamin E secara direct pada kulit juga atau makan terus untuk dapatkan lebih banyak benefits pada Vitamin E.
  • Sebagai masker - Urutkan minyak Vitamin E Shaklee terus pada bintik-bintik hitam pada kulit anda. Insya Allah, bintik-bintik hitam tu akan pudar jika diamalkan selalu.
  • Amalkan pengambilan Vitamin E melalui supplemen dan juga pemakanan seperti kacang badam, aprikot kering dan biji bunga matahari. 

Hirisan buah betik


Betik mempunyai sejenis enzim bernama papain. Ia membantu untuk proses penggelupasan pada kulit, supaya mudah untuk sel-sel kulit yang baru terhasil. Ia juga mempunyai Vitamin C dan Vitamin E. Untuk hasil yang lebih baik, ambil betik yang masih hijau sebab kandungan enzim papain adalah sangat banyak.
  • Hiriskan buah betik dan lekapkan pada bintik-bintik hitam selama lebih kurang 20-30 minit. 
  • Blendkan buah betik sehingga halus. Sapukan pada kulit muka dan leher dan biarkan selama 30 minit. 

Dapatkan daun lidah buaya


Daun lidah buaya adalah pelembap yang sangat bagus dan berkesan untuk menghilangkan sunburn. Ia juga boleh memudarkan bintik-bintik hitam. Kalau anda ada daun lidah buaya kat rumah, patahkan dan perah isinya dan sapukan pada bintik-bintik hitam. Kalau rasa susah sangat, cari je yang dah diproses di kedai. Tapi, kalau boleh cari yang natural dan elakkan yang mengandungi banyak chemical berbahaya.

Tu je setakat ni...

Saya nak kongsikan testimonial seorang pengguna yang menggunakan produk Shaklee.


Selamat Mencuba!!!


💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...