Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Performance Drink

Jangan Lewatkan Berbuka! Ini Sebabnya dari Sudut Islam & Kesihatan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Lepas dah seharian berpuasa, mesti rasa tertunggu-tunggu masa berbuka, kan? Time ni je la kita boleh hafal waktu tepat berkumandang azan Maghrib ðŸ¤­.  Tapi tahu tak, sebenarnya ada juga orang-orang yang sengaja nak lengah-lengahkan waktu berbuka, sama ada sebab terlalu busy dengan kerja, sebab malas nak gi ke meja makan, atau saja-saja nak “tahan sikit lagi”, sebab nak tengok power ke tak. Eh, boleh pulak macam tu!  Sebenarnya, menyegerakan berbuka puasa ni bukan saja sunnah Rasulullah SAW, tapi juga ada banyak manfaat lain untuk badan kita juga. Bukan sekadar ikut-ikutan, tapi ada sebab kenapa Islam menggalakkan kita berbuka tepat pada waktunya. Jom kita tengok kenapa tak elok lewatkan berbuka, dari sudut agama dan juga kesihatan! Keutamaan Menyegerakan Berbuka dalam Islam Dalam Islam, berbuka tepat pada waktunya bukan sekadar boleh makan cepat-cepat, tapi sebenarnya ada banyak kelebihan yang Rasulullah SAW sendiri tekankan.  1) I...

Tips Sahur untuk Anak Kecil Supaya Mudah Berpuasa

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Alhamdulillah, kita dah pun masuk minggu ke-2 dalam bulan Ramadhan. Ok ke, semua yang berpuasa tu? Rasanya pasti ada antara kita yang baru nak mula latih anak-anak kecil kita untuk berpuasa. Dan saya pasti juga akan ada cabaran-cabarannya.  Ya, memang mencabar. Tapi kalau kita tahu caranya, insya Allah ini boleh jadi satu pengalaman yang menarik buat anak-anak dan juga untuk kita sebagai ibu bapa juga. Ini t ermasuklah cabaran nak kejut anak untuk bersahur dan mengajar anak menahan lapar.  Sahur ni penting ye untuk anak-anak. Sahur ni bukan sekadar untuk makan sampai kenyang pada waktu tu je, tapi juga untuk pastikan anak-anak kita akan dapat tenaga yang mencukupi sepanajng hari berpuasa. So,macam mana nak buat sahur yang baik dan sesuai untuk anak-anak?  Jom kita tengok beberapa tips yang boleh membantu! Pastikan Waktu Sahur Tidak Terlalu Awal Salah satu sebab kenapa anak cepat lapar waktu puasa adalah kerana kita kejutkan anak untuk...

Tips Kurangkan Demam dengan Cepat dan Selamat

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bila demam ni memang rasa tak best, kan? Badan rasa panas, kepala rasa berat, nak buat apa pun serba tak kena. Tapi tak payah risau. Sebenarnya ramai yang tak tau, demam ni sebenarnya adalah salah satu tanda badan kita tengah melawan sesuatu jangkitan. Bila suhu badan meningkat, ia akan merangsang sistem pertahanan badan kita untuk hantar sel-sel darah putih untuk melawan jangkitan-jangkitan yang masuk dalam badan kita tu. Tapi ye la.. Bila demam badan tak rasa selesa, kan... Tak naklah demam lama-lama. Kalau kita tahu cara yang betul, demam sebenarnya boleh cepat reda. Jom saya kongsikan beberapa tips mudah untuk mengurangkan demam dengan cara yang selamat dan berkesan! Banyakkan Minum Air Air ni sebenarnya “ubat” semulajadi yang paling mudah! Bila demam, badan kita banyak kehilangan cecair sebab kita akan banyak berpeluh lebih dari biasa. Jadi, penting untuk kita pastikan badan kekal terhidrasi supaya suhu badan lebih terkawal dan tak mudah lesu....

Bagaimana Melindungi Sendi Semasa Bersukan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Bersenam memang seronok, lebih-lebih lagi bila kita ada matlamat nak jadi lebih sihat dan mungkin nak “buang” beberapa kilo berat badan kita tu. Tapi, pernah tak korang ada rasa sakit-sakit sendi lepas bersenam? Lutut macam berbunyi, atau bahu rasa lenguh tak hilang-hilang? Jangan risau, korang tak keseorangan. Ramai orang lupa, bukan otot je kita kena jaga, sendi pun penting juga untuk memastikan kita boleh terus aktif tanpa kecederaan. Senaman memang kunci penting untuk kuruskan badan, tapi kalau tak kena cara, boleh jadi “bencana” untuk sendi. Kalau asyik paksa diri buat senaman berat tanpa peduli rehat atau teknik yang betul, itu yang boleh buat sendi sakit-sakit tu. Badan kita pun ada limit tau! Bayangkan, kita sibuk nak capai target, tapi akhirnya terpaksa berhenti lama sebab sendi cedera. Rugi, kan? Jadi, apa rahsianya nak kekal aktif dalam keadaan sendi terjaga, dan dalam masa yang sama juga dapat capai misi kurus? Dalam post ni, jom kita s...