Skip to main content

[18SX] Vitamin E - Sang Vitamin Cinta

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Bila pasangan suami isteri mula hilang rasa ingin ‘bersama’, secara tak langsung keadaan tu boleh menjadikan rumah tangga menjadi suram dan muram. Keadaan lepas dah melahirkan anak dah tak sama lagi dengan keadaan masa saat-saat awal perkahwinan dulu.


Badan yang sihat adalah penting untuk mengekalkan keintiman antara suami dan isteri. Jika anda mengalami masalah di atas, anda mesti bertindak segera. Boostkan kembali energy anda dan dapatkan vitamin dan mineral yang perlu setiap hari untuk menyemarakkan kembali rumah tangga anda.

Okay, kat sini saya nak cadangkan anda untuk menambahkan VITAMIN E dalam pemakanan anda.

Kenapa Vitamin E?

Tak kiralah anda wanita atau lelaki, Vitamin E memang sentiasa dikaitkan dengan masalah seksual. Malahan Vitamin E ni dah terkenal dengan jolokan nama “Vitamin Cinta” sebab terlalu banyak kelebihan ke atas fungsi seksual.
Tetapi malangnya, menurut USDA, hanya 13% daripada rakyat US yang mengambil vitamin E yang cukup.

Vitamin E adalah sejenis vitamin larut lemak dan telah diketahui ramai tentang sifat anti-oksidannya.  Vitamin E boleh menyemarakkan lagi hubungan antara suami dan isteri. Vitamin E adalah sejenis vitamin pencair darah yang boleh meningkatkan aliran darah dengan lebih lancar dan juga oksigen ke bahagian alat sulit, juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan hormone seks yang boleh meningkatkan lagi ‘keinginan’, tarikan dan meningkatkan ‘mood’. Faham, kan??

Tahu tak, ada sesetengah orang gunakan juga vitamin E sebagai ‘pelincir’? Sebab ia juga boleh tambah ‘rasa best’ tu…. 

Vitamin E juga bagus untuk lelaki yang mempunyai masalah kiraan sperma yang rendah dan ketidakaktifan sperma. Ini juga boleh membawa kepada kesukaran untuk mendapatkan zuriat. Keaktifan sperma sangat penting dan boleh memberikan kesan kepada kesuburan kerana sperma perlu untuk bergerak dengan jarak yang jauh untuk disenyawakan dengan ovum.

Ada kajian yang menunjukkan bahawa Vitamin E boleh membantu mengatasi kedua-dua masalah ni. Dalam Journal “Archives of Andrology”, isu March-April 2003, kajian menunjukkan mereka yang mengambil 400mg Vitamin E bersama 225 mcg selenium menunjukkan peningkatan dalam pergerakan sperma.

Selain tu, banyak lagi khasiat Vitamin E ni termasuklah: 

- Anti-penuaan (mengekalkan awet muda dan bertenaga)
- Meningkatkan peredaran darah (menjauhkan daripada penyakit insya Allah…)
- Membaiki tisu yang rosak
- Mengelakkan diabetes
- Mengurangkan PMS
- Mengurangkan pembesaran prostat
- Membantu mengurangkan simtom menopos

Apa makanan yang mengandungi Vitamin E?

Kacang walnut, sunflower seed, telur kuning, keledek, bayam, asparagus, brokoli, tomato dan roti gandum penuh.

Atau...

Anda boleh je mendapatkan supplemen Vitamin E daripada Shaklee yang diperkaya dengan Selenium dan ekstrak biji anggur. Nak tahu lebih lanjut tentang Vitamin E Shaklee, boleh klik sini.


So, terutama bagi anda yang ada masalah-masalah yang berkenaan tu, boleh order sekarang, saya bagi special price untuk anda....!!

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole