Skip to main content

Kebaikan Halia


Kita selalu gunakan HALIA dalam masakan, kan? Saya ingat lagi masa berpantang dulu, ummi saya pernah bakar hirisan-hirisan halia nak dijadikan lauk.... erkkk... saya ni memang la tak boleh sangat makan benda-benda macam tu. Setengah orang suka, setengah orang yang macam saya ni.. Memang kurang berminat la...

Tapi, tahu tak halia sangat banyak kelebihannya, terutama dari segi kesihatan. Lebih 2000 tahun dulu, perubatan Cina telah mencadangkan penggunaan halia untuk bantu menyembuh dan mencegah beberapa masalah kesihatan. Halia dipercayai dapat menggalakkan peredaran tenaga dalam badan dan meningkatkan kadar metabolisme badan kita. 


Apa lagi kebaikan-kebaikan halia

  • Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk meningkatkan aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam, dan peluh berlebihan.


  • Mengurangkan "Motion Sickness". 

Halia berkesan untuk masalah loya yang dikaitkan dengan mabuk perjalanan. Ada satu kajian ke atas sepasukan tentera laut, lepas diberikan serbuk halia, mereka kurang mengalami "motion sickness".


  • Meningkatkan penyerapan. 

Halia meningkatkan penyerapan dan rangsangan nutrien penting dalam badan. Ini dengan merangsang rembesan enzim gastrik dan pankreas.


  • Mencegah Selesema. 

Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk selesema di seluruh Asia. 


  • Melawan Ketidakselesaan Perut. 

Halia adalah sesuai dalam membantu penghadaman, dengan itu meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan kemungkinan sakit perut. Halia juga dapat mengurangkan keradangan seperti aspirin dan ibuprofen


  • Mencegah Kanser Kolon. 

Satu kajian di University of Minnesota mendapati bahawa halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal.


  • Mengurangkan Sakit dan Keradangan. 

Halia mengandungi antara bahan-bahan anti-keradangan yang paling mujarab dikenali dan merupakan ubat tahan sakit semulajadi yang kuat.


  • Melawan Masalah Pernafasan. 

Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia dalam mengembangkan paru-paru anda dan mencairkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semula jadi yang boleh mencair dan membuang lendir.


  • Merawat Kanser ovari. 

Serbuk halia membantu mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.


  • Menguatkan Imunisasi. 
Pengambilan halia sedikit sehari boleh membantu menghentikan potensi risiko strok dengan menyekat lemak dari arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melawan batuk dan sakit tekak.


  • Mengurangkan "Morning Sickness".

Halia telah menunjukkan kadar kejayaan 75 peratus dalam menyembuhkan "morning sickness".

                           .........................................

Banyak kan? Rugilah kalau kita tak ambil peluang untuk merasai kelebihan-kelebihan halia ni. 

Kalau anda nak dapatkan supplemen yang berunsurkan halia, anda boleh dapatkan... PEPPERMINT GINGER PLUS hanya dari Shaklee....

Terbaik tauuu!!!

Jika anda ada masalah-masalah seperti BATUK, SAKIT PERUT, LOYA dan masalah lain seperti yang disebut di atas, sangat sesuailah untuk ambil supplemen ni.....




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Untuk order dan konsultansi percuma, hubungi:





Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole