Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Zaman sekarang ni, tak kisahlah yang suri rumah mahupun yang bekerja di pejabat, dah nama perempuan, memang banyak betul komitmen yang kita kena fikir dalam kepala. Dengan kerja lagi, nak jaga makan-minum family, nak didik anak-anak, nak jaga hal ehwal rumah lagi... Memang setiap hari menuntut energy daripada kita.
Tapi bila umur dah makin meningkat, macam saya dah nak mencecah 40 tahun pun, saya sedar yang saya dah kena fokus pada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri saya. Bukankah ibu itu nadi kehidupan sebuah keluarga? Eceeewaaahhh.... Tapi betul, kan.... Kalau ibu pun asyik letih, lesu, asyik-asyik tak sihat, macam mana nak jaga keluarga, betul tak? So, saya tahu, apa-apa pun, saya kena jaga diri sendiri terlebih dahulu.
Antara usaha-usaha saya yang saya sedang cuba ubah sekarang termasuklah untuk cuba masuk tidur lebih awal. Saya juga cuba untuk susun jadual harian saya supaya saya dapat buat kerja-kerja rumah ikut the rank of priority. Dan saya tak pernah putus-putus untuk menjaga pola pemakanan saya. The last one tu memang sangat struggle juga, sebab I am such a big eater!
Walaupun susah, dan mungkin tak akan dapat amalkan gaya pemakanan yang perfect, saya cuba juga kawal. Saya cuba kurangkan pengambilan junk food, dan perbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan.
Dan antara benda yang saya tak akan miss juga adalah supplemen-supplemen harian saya. Saya akan pastikan yang saya sentiasa stock up supplemen-supplemen penting untuk saya supaya saya boleh dapat pastikan yang saya dapat top up nutrisi-nutrisi penting, bagi penjagaan kualiti kesihatan saya dan juga untuk memberikan saya tenaga sepanjang hari. Lagi-lagi hidup saya memang memerlukan saya sentiasa bergerak pantas nak siapkan kerja-kerja harian saya, kan...
Nutrien manakah yang terbaik untuk wanita?
3 nutrien utama yang setiap orang perlu cukupkan tak kisah lelaki mahu pun wanita adalah karbohidrat, protein dan lemak. Komponen-komponen ini adalah makronutrien yang terpenting dalam penghasilan tenaga dalam badan kita. Selain itu, ia juga berfungsi dalam membantu menstabilkan hormon, membina otot dan juga dapat memberikan kita rasa kenyang.
Mikronutrien yang Penting untuk Wanita
Selalunya 3 komponen di atas orang ramai dah tahu. Yang ramai masih tak peka adalah tentang kecukupan setiap mikronutrien dalam diet kita.
Berikut adalah antara mineral dan vitamin untuk wanita yang boleh membantu dalam meningkatkan tahap kualiti kesihatan khususnya buat kita para wanita.
Asid Lemak Omega-6 seperti GLA sangat bermanfaat terhadap kesihatan pembiakan wanita. Ia boleh bertindak sebagai pengawal atur hormon badan dan secara tidak langsung ia boleh kawal masalah-masalah yang timbul akibat PMS dan menopos.
Selain itu, ia juga adalah satu komponen penting untuk tisu otak dan otot yang sihat. GLA boleh membantu dalam menyokong kesihatan sistem sendi dan imun kita dengan mengawal gerak balas keradangan yang normal. Mengambil supplemen GLA juga boleh membantu mengekalkan kulit supaya nampak lebih sihat.
Folate/Asid Folik
Setiap wanita memerlukan folate setiap hari. Dan keperluan itu menjadi lebih tinggi bila seorang wanita tu mula hamil atau sedang menyusukan anak. Vitamin ini penting untuk membantu dalam mengekalkan sel darah merah dan penting dalam menghalang daripada berlakunya kecacatan kelahiran tiub saraf. Folate boleh dijumpai dalam makanan seperti sayur-sayuran berdaun hijau, legum, buah-buahan sitrus dan juga asparagus.
Vitamin E
Vitamin E penting untuk mendapatkan penglihatan, sistem pembiakan dan juga untuk kesihatan darah, otak dan kulit yang baik. Vitamin E juga mempunyai ciri-ciri antioksidan yang penting dalam menguatkan sistem imun badan kita. Kekacang, wheat germ oil, biji-bijian, biji bunga matahari, sayur bit dan kacang badam adalah tinggi dengan Vitamin E.
Magnesium
Magnesium membantu mengawal tindak balas kimia dalam badan kita, termasulah mengekalkan paras gula darah yang sihat, mengekalkan otot dan saraf supaya dapat berfungsi dengan baik, dan juga dapat membantu badan kita menghasilkan protein. Jika kita sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, penting juga untuk kita dapatkan magnesium yang cukup. Sumber magnesium yang baik termasuklah bijirin, coklat gelap dan biji-bijian.
Kalsium
Kalsium bukan sahaja penting untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat, malah kalsium yang cukup juga dapat membantu dalam mengekalkan kekuatan jantung dan otot. Kalsium juga boleh membantu dalam mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Sumber kalsium adalah seperti sayur-sayuran berdaun hijau, biji-bijian, makanan tenusu, sardin dan tauhu.
Vitamin D
Vitamin D adalah antara mikronutrien lain yang penting untuk wanita. Ia mempunyai banyak fungsi, tapi yang paling penting adalah ia berfungsi bersama kalsium dalam mendapatkan tulang yang sihat. Vitamin D juga banyak berfungsi dalam pertumbuhan sel, fungsi imun dan mengurangkan keradangan. Contoh makanan yang banyak mengandungi Vitamin D adalah seperti ikan berlemak, ikan kembung, ikan sardin, susu yang diperkaya dan cendawan.
Zat besi adalah salah satu mikronutrien yang wanita perlukan dalam jumlah yang lebih banyak berbanding lelaki. Nutrien ini dapat mengurangkan risiko anemia yang boleh membuatkan kita senang lesu, rasa lemah dan cepat marah. Sumber zat besi yang baik termasuklah daging merah, kerang-kerangan, ayam, sayur bayam dan ikan. Zat besi ni bagus kalau kita ambil bersama Vitamin C bagi membantu penyerapan yang lebih baik.
Vitamin B
Vitamin B adalah penting untuk proses penukaran makanan kepada tenaga. Kita boleh mendapatkan sumber vitamin B dalam makanan seperti protein haiwan, salmon, organ-organ dalaman, sayur-sayuran hijau, makanan laut, telur dan legum.
Asid Lemak Omega-3
Wanita disarankan untuk mengambil Omega-3 yang cukup kerena ia dapat banyak beri manfaat terutamanya pada fisiologi wanita. Ia dikatakan dapat mengurangkan simtom-simtom akibat PMS dan ia juga dapat mengurangkan risiko akibat rheumatoid arthritis dan juga osteoporosis yang lebih banyak berlaku pada wanita.
Wanita yang sedang hamil dan menyusukan juga memerlukan lebih banyak Omega-3. Ini kerana pada fasa ini bayi mendapatkan sumber makanan mereka melalui apa yang dimakan oleh ibu. Dan pada waktu ini juga bayi sangat memerlukan Omega-3 (DHA & EPA) yang cukup untuk proses pembinaan sistem penglihatan dan otak bayi. Mengambil Omega-3 yang cukup juga dikatakan boleh mengurangkan risiko kelahiran pra-matang dan juga kemurungan selepas kelahiran.
Selain itu, pengambilan Omega-3 yang mencukupi dapat juga meningkatkan kesihatan badan secara am, dan khususnya ia dapat atasi masalah kemurungan dan anxiety, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan juga dapat mengurangkan simtom-simtom keradangan.
Omega-3 boleh banyak ditemui pada ikan berlemak seperti salmon, makerel dan sardin. Selain itu, oyster, ikan bilis dan chia seed juga kaya dengan Omega-3.
Vitamin adalah Kunci untuk Penghasilan Tenaga
Pengambilan makanan yang betul dan mendapatkan tidur yang cukup memang penting untuk tingkatkan tenaga. Tapi, apa-apa pun kita tak boleh nak pandang rendah pada manfaat yang kita boleh dapat jika kita amalkan vitamin untuk wanita ini. Insya Allah, bila kita cukupkan nutrien dan vitamin untuk wanita ni, kita akan rasa perubahan dan kesannya yang positif. Selain dapat meningkatkan tenaga, boleh juga tingkatkan kualiti kesihatan badan kita sebagai seorang wanita secara am.
Jika kita kekurangan nutrien-nutrien penting ini, ia boleh merencatkan proses penghasilan tenaga dalam badan kita dan akhirnya menyebabkan proses-proses dalam badan jadi perlahan dan terganggu. Jika anda rasa, anda ada mengalami masalah-masalah ini, boleh cuba buat blood test untuk check paras mikronutrien-mikronutrien dalam badan, adakah berada dalam paras yang sihat dan selamat.
Bila kita tau kita kekurangan certain mikronutrien dalam badan kita, kita boleh cuba perbaiki pola pemakanan kita dan berikhtiar juga dengan mengamalkan dietary supplement.
Supplemen Vitamin Untuk Wanita yang Terbaik untuk Anda
Di bawah ini saya senaraikan beberapa supplemen vitamin untuk wanita daripada Shaklee yang bagus untuk kita amalkan bagi mendapatkan nutrien yang cukup untuk kesihatan kita.
Vita-Lize
- Mengandungi 25 jenis vitamin dan mineral perlu termasuklah Vitamin C, kalsium, Zat Besi, Vitamin B dan Asid folik
- Sejenis multivitamin dan multimineral yang dibangun khas melalui proses inovasi selama bertahun-tahun sehingga dapat mencapai satu formulasi istimewa untuk keperluan kesihatan lelaki mahupun wanita.
GLA Complex
- Sejenis asid lemak Omega-6 yang perlu untuk mengawal sistem-sistem dalam badan, terutamanya buat para wanita.
- Dihasilkan daripada minyak borage yang mengandungi GLA yang tulen, semulajadi dan berkepekatan tinggi dalam bentuk yang mudah untuk diserap.
- Mengandungi formulasi istimewa hasil gabungan GLA, minyak biji bunga matahari dan juga Vitamin E untuk meningkatkan taraf kesihatan badan.
Omega Guard
- Membekalkan asid lemak Omega-3 berspektrum luas, yang secara semulajadinya ditemui pada ikan kecil di habitat air sejuk.
- Setiap hidangan membekalkan 1080mg Omega-3, yang terdiri daripada 540mg EPA dan juga 360mg DHA.
- Untuk memastikan ketulenan dan keberkesanannya, minyak ikan dalam Omega Guard melalui proses Penyulingan Molekul 3 Kali Ganda yang moden yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PCBs dan bahan-bahan cemar yang lain.
- Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir pada Omega Guard.
Ostenutrix
- Diformulasi secara istimewa dengan satu matrix yang terdiri daripada 7 nutrien penting termasuklah kalsium, Vitamin D3, magnesium, Zink, Kurprum, Mangan dan Boron untuk bantu membina kepadatan tulang
- Berbentuk caplet yang kecil dan mudah ditelan.
Anda berminat nak dapatkan Set Vitamin untuk Wanita ni?
Boleh WhatsApp saya hari ini jugak!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment