Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Apa kabar semua?
Mintak maaf sangat la ye.. Sebab dah lama sangat tak meng'update' blog saya ni. Dah bersawang sangat... Fuh.. fuh... Tiup sikit habuk...
Sejak kebelakangan ni ada yang bertanya-tanya, perlu ke saya ambil supplemen? Kenapa saya kena ambil supplemen?
Mmmm... Sebenarnya, soalan ni lebih patut ditanya kepada diri sendiri. "Aku ni rasanya cukup sihat ke?" "Pemakanan aku ni cukup nutrisi ke?"
Bila soalan-soalan di atas ni boleh dijawab dengan jayanya, barulah kita boleh kembali kepada soalan asal, "PERLUKAH SAYA AMBIL SUPPLEMEN KESIHATAN."
Tapi, disebabkan dah ada yang bertanya, maka saya pun cubalah menjawab seadanya....
SEBAB-SEBAB KENAPA KITA PERLU AMALKAN SUPPLEMEN KESIHATAN
1) Kebanyakan makanan-makanan yang kita ambil sekarang ni dah kurang nutrisi, walaupun nampak sihat.
Kenapa?
Ia berdasarkan teknik penanaman, atau penumbuhan, atau pembiakan sumber makanan kita yang menyebabkan mineral-mineral penting sudah berkurangan.
Sebagai contoh, buah-buahan yang ditanam secara genetik, untuk jadikan warna buah nampak cantik dan sebagainya. Teknik ini kurang memberikan penekanan pada nilai nutrisi.
Kecuali, kalau kita makan sayur yang ditanam sendiri, makan ayam yang dibela sendiri, tanpa disuntik dan dibiarkan hidup secara bebas (bukan dikurung), insya Allah, kandungan nutrisinya terjamin.
2) Kebanyakan sumber makanan kita telah pun tersimpan lama. Apatah lagi, makanan-makanan tu perlu di'transport' dari tempat yang jauh. Ia memerlukan teknik penyimpanan yang tertentu (seperti pengawetan) yang boleh mengurangkan paras vitamin dalam makanan tersebut.
3) Proses penyediaan makanan pun boleh menyebabkan kandungan nutrien dalam makanan boleh berkurang. Termasuklah proses memasak makanan tersebut.
4) Tabiat makan yang tak menentu.
Contoh, makan lewat, tak cukup kunyah, dan makan dalam keadaan yang tergopoh gapah.
Bila jadi macam ni, penghadaman jadi tak stabil. So, susahlah nak serap nutrien daripada makanan tu.
5) Kita kena makan certain-certain ubat.
Ada certain ubat boleh menyebabkan nutrien-nutrien penting dalam badan kita berkurangan.
INI BUKAN BERMAKNA SAYA SURUH JANGAN MAKAN UBAT, OKAY!!
Saya just nak tekankan, bila kita banyak bergantung pada ubat, maka lagi pentinglah ambil supplemen.
Paham kan bebetul ayat di atas... :)
6) At certain time, kita akan alami keadaan-keadaan yang memerlukan kita ambil certain nutrien yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, bila kita pregnant, doktor memang akan suggest untuk kita ambil supplemen Asid Folik.
Bila kita alami tinggi paras kolestrol, doktor memang akan suggest ambil supplemen Omega-3.
Bila umur makin meningkat, doktor akan suggest ambil supplement kalsium untuk elakkan osteoporosis.
Dan sebagainya...
7) Keadaan pencemaran udara yang tak menentu kat Malaysia ni menyebabkan badan kita perlukan lebih banyak nutrien untuk detoks toksin-toksin yang dah masuk dalam badan kita.
Untuk fungsi ni, sangat penting untuk ambil vitamin jenis antioksidan: iaitu vitamin 'ACE'
8) Certain-certain orang (macam saya) memang akan memerlukan lebih nutrien-nutrien tertentu disebabkan masalah-masalah genetik.
Macam saya sendiri, saya ada masalah resdung. Saya memang perlukan supplemen Vitamin C dan Alfalfa untuk saya tak mudah dapat alahan.
Alhamdulillah, berkesan...
Insya Allah, ini je perkongsian saya untuk hari ini.
Harap dapat menjawab persoalan-persoalan anda.
So, kalau anda rasa anda memerlukan supplemen nutrisi, anda tau siapa yang anda boleh cari...
Saya la..... Heee.....~~
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment