Skip to main content

Zat Besi dalam Diet Ketika Kehamilan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Kehamilan merupakan salah satu saat yang paling mencabar bagi seseorang wanita. Pada saat inilah perasaan semua bercampur baur. Rasa suka, takut, semua ada. Tapi, semua wanita tak akan menafikan, ia juga merupakan saat yang amat manis, menantikan kelahiran cahaya mata yang tersayang.
Hari ni nak cerita sikit pasal keperluan wanita yang hamil untuk mendapatkan zat besi yang mencukupi. 
Kenapa penting sangat zat besi (iron) untuk wanita hamil?
Tak payah tanya lah. Even sebelum hamil pun, setiap orang amat memerulan zat besi untuk pelbagai tujuan:
- Penting untuk menghasilkan hemoglobin, iaitu sejenis protein sel darah merah yang membawa oksigen kepada sel-sel yang lain.
- Zat besi adalah komponen yang penting bagi myoglobin (sejenis protein yang membantu menyediakan oksigen pada otot), kolagen (protein dalam tulang, rawan, dan tisu-tisu penghubung), dan juga enzim-enzim dalam badan.
- Ia juga membantu untuk mengekalkan sistem imun yang sihat.
Tapi, semasa sedang hamil, kita akan memerlukan lebih banyak mineral penting.
- Jumlah darah dalam badan kita meningkat ketika hamil sehingga kita mempunyai 50% jumlah darah lebih banyak berbandin sebelumnya. Sebab tu, kita memerlukan lebih banyak zat besi untuk menghasilkan hemoglobin.
- Kita memerlukan zat besi extra untuk baby dalam kandungan yang sedang membesar dalam rahim kita, dan juga untuk placenta, terutama semasa dalam trimester ke-2 dan ke-3.
- Kebanyakan wanita memerlukan lebih zat besi kerana mereka memang dah kekurangan zat besi sebelum hamil lagi.
- Kekurangan zat besi boleh mengakibatkan anemia ketika kehamilan, yang juga banyak dikaitkan dengan kelahiran pra-matang (orang melayu cakap lahir tak cukup bulan), berat badan baby yang rendah dan paling menakutkan boleh mengakibatkan maut pada baby yang dikandungkan tu... 😭

Berapakah jumlah zat besi yang diperlukan?
Wanita hamil : 27mg sehari
Wanita yang tak hamil : 18mg sehari

Dari mana kita boleh dapatkan zat besi?


Daging merah adalah sumber zat besi yang terbaik bagi wanita hamil.

Masa saya pregnant dulu, ramai suruh yang makan hati ayam untuk dapatkan zat besi. Memang betul, hati memang boleh membekalkan zat besi yang banyak, tapi malangnya hati mempunyai jumlah Vitamin A yang boleh dikatakan tak selamat untuk wanita hamil. Plus, bukan ke hati tu tempat pengumpulan macam-macam jenis toksin? So, kalau boleh cuba elakkan ye... 

Zat besi juga boleh didapatkan melalui kekacang, sayur-sayuran dan bijirin.

Sumber-sumber lain seperti:
- 2 biji Telur - 1.8 mg
- 100g Daging lembu - 2 mg
- 100 g Ikan Salmon - 0.3 mg
- 100 g Bayam - 2.7 mg
1 Kentang bersama kulitnya - 2.9 mg
- 100 g Jagung - 2.7 mg
- 100 g Aprikot - 0.4 mg
- 100 g Prune - 0.9 mg
100 g Kacang tanah - 1.9 mg
- 100 g Kacang lentil - 3.3 mg
- 100 g Beras perang - 0.4 mg
- 1 keping Roti gandum - 1 mg
- 100 g Kismis - 1.9 mg
- 100 g Yogurt rendah lemak - 0.1 mg

Itu jela serba sedikit yang saya nak kongsikan tentang keperluan zat besi semasa hamil. Mungkin ada banyak lagi yang ingin dikongsikan, tapi mungkin di lain entri.

Kalau kawan-kawan rasa memerlukan supplemen tambahan zat besi atau iron, bolehlah dapatkan Vita-Lize terbaik hanya dari Shaklee.


Kalau kawan-kawan ada sebarang soalan, insya Allah saya boleh tolong. Hubungi je saya, k?

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole