Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Dalam post kali ini saya nak cerita sedikit tentang Vitamin C.
Saya yakin rata-rata antara kita dah pun tahu betapa pentingnya Vitamin C untuk kesihatan badan kita. Tapi, mungkin ramai yang masih belum tahu yang Vitamin C tak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita. Oleh sebab itu, kita perlu mengambil vitamin C daripada diet pemakanan seharian untuk menampung keperluan badan kita pada Vitamin C ni.
Apakah kepentingan Vitamin C?
Vitamin C, atau nama lainnya asid askorbik (ascorbic acid), adalah penting dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan diri kita secara menyeluruh. Oleh sebab itu, amat penting untuk kita pastikan pengambilan vitamin C kita adalah mencukupi.
Menyokong kesihatan imun badan kita
- ciri-ciri antioksidan pada vitamin C ditunjukkan dapat menyokong kesihatan imun badan kita
- membantu dalam pencegahan dan rawatan jangkitan
- penting dalam pembinaan dan pembaikkan tisu badan
Sejenis antioksidan yang sangat powerful
- mengekalkan pertahanan antioksidan dan integrtiti sel dan tisu badan kita secara semulajadi
- melindungi sel kita daripada kerosakan akibat radikal bebas dan juga tekanan oksidatif
- membantu mencegah atau melambatkan kanser tertentu dan penyakit jantung
- menggalakkan proses penuaan yang sihat
Penting dalam sintesis kolagen
- kolagen merupakan sebahagian unsur yang penting dalam pembinaan tulang rawan
- boleh bantu mengurangkan risiko arthritis
- penting juga dalam mendapatkan kulit, saluran darah, tisu penghubung, tendon ligamen dan salur darah yang sihat
Meningkatkan penyerapan Zat Besi
- gandingkan makanan kaya dengan zat besi dengan makanan yang tinggi vitamin C adalah cara terbaik untuk membantu memaksimumkan penyerapan zat besi daripada makanan
- mengurangkan risiko hb rendah dan masalah anemia
Menyumbang kepada fungsi otak
- mengurangkan risiko pendarahan di otak yang boleh mengakibatkan strok
Apa terjadi jika badan kita tak cukup Vitamin C?
- keletihan
- sistem imun lemah
- penyembuhan luka terjejas
- lemah badan
- anggota badan mudah lebam
- rambut kering dan terbelah
- gusi bengkak atau berdarah
- kulit kering, kasar tidak rata
- masalah kesihatan yang lebih kronik seperti skurvi, anemia, sakit otot dan sendi, ruam kulit dan kehilangan gigi
Apa makanan yang tinggi Vitamin C?
- buah sitrus (buah kiwi, oren, lemon)
- strawberi
- capsicum
- jambu batu
- betik
- tomato
- mangga
- brokoli
- brussels sprout
- nanas
Amalkan makanan-makanan ini secara konsisten boleh membantu dalam meningkatkan paras vitamin C kita. Selain itu, kita juga boleh amalkan supplemen Vitamin C yang berkualiti dan yang mempunyai kredibiliti akan keberkesananannya, seperti vitamin C Shaklee, jika kita rasa pengambilan vitamin C daripada diet kita tidak mencukupi, atau kita mempunyai masalah kesihatan tertentu yang memerlukan kita amalkan supplemen.
Adakah kita perlu ambil supplemen Vitamin C?
Ia bergantung kepada keperluan dan keadaan setiap individu. Secara umumnya, kita boleh dapatkan bekalan vitamin C daripada diet yang seimbang, terutamanya daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi, ada certain daripada kita yang mungkin memerlukan lebih banyak vitamin C daripada apa yang kita dapat ambil daripada diet kita.
Jika ini berlaku, kita mungkin perlu untuk amalkan supplemen.
Contoh mereka yang digalakkan untuk amalkan supplemen Vitamin C:
- mereka yang mengamalkan certain-certain diet yang mengehadkan jumlah pengambilan certain-certain kumpulan makanan
- mereka yang ada masalah kesihatan yang menjejaskan penyerapan vitamin C
- mereka yang memang telah dinasihatkan oleh doktor atau pakar pemakanan supaya mengamalkan supplemen atas sebab-sebab kesihatan yang tertentu
Tanda-tanda lain yang boleh menunjukkan yang kita perlu tingkatkan pengambilan Vitamin C atau amalkan suplemen vitamin C:
- kerap letih
- kerap terkena jangkitan
- luka lambat sembuh
- gusi berdarah
- sakit-sakit sendi
- masalah kulit kering atau kasar
- sistem imun yang lemah
- kurang ambil buah-buahan dan sayur-sayuran
Sustained Release Vita-C Plus adalah supplemen Vitamin C terbaik!
Kenapa saya cakap Vitamin C Shaklee ni terbaik?
- Ini kerana Vitamin C Shaklee ni direka dengan sistem sustained release, yang dapat menghantar bekalan Vitamin C yang menyerupai 1 1/2 biji buah oren setiap jam selama 5 jam.
Dengan sistem ini, maka badan kita akan dapat bekalan vitamin C yang mencukupi sepanjang hari dan dapat meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C dalam badan kita.
- Vitamin C Shaklee ditambah dengan 120mg bioflavonoid sitrus bersama dengan vitamin C, yang dapat meningkatkan tindak balas vitamin C.
- Bebas daripada pengawet, pewarna dan pemanis tiruan
- Berasaskan daripada sumber semulajadi dan berkualiti tinggi
Anda dah tahu pelbagai manfaat yang dapat ditawarkan daripada vitamin C Shaklee ni. Oleh itu, jangan ragu-ragu lagi untuk mula menggunakan vitamin C Shaklee demi mendapatkan kesihatan sistem imun, kecergasan dan kulit yang lebih baik lepas ini. Jom dapatkan Vitamin C Shaklee anda sekarang juga!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment