Skip to main content

Set Shaklee Paling Saya Suka dan Tidak Boleh "Miss"

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Bila ada orang tanya saya, "Syida, apa agaknya suppleman Shaklee yang paling awak suka?"

Haish... Sebenarnya susah nak jawab, sebab semua saya suka! Dan kalau nak pilih supplemen kegemaran saya pun susah juga sebab ia berubah ikut masa...

Pada zaman muda-mudi dulu, kalau tanya saya, memang suka Set Slimming la macam sorang rakan team saya ni.

But, jika untuk masa saat ini saya perlu pilih mana supplemen yang mesti ada dalam stok saya sekarang, sudah tentunya "Set Immune Booster".

Set Shaklee Paling Saya Suka

Kenapa saya suka Set Immune Booster?

Kita tak dapat nak sangkal lagi betapa mudahnya kita nak dapat jangkitan penyakit sekarang.

Saya sekeluarga adalah salah seorang yang termasuk dalam statistik pesakit-pesakit Covid 19 dulu. Dan terus-terang, selepas kami dijangkiti Covid 19, kekuatan sistem imun kami macam dah makin menurun. Kalau dulu kami jenis susah untuk dapat demam selsema, saya terutamanya, kali ni, kekerapan tu dah semakin meningkat.

Set Shaklee Paling Saya Suka

Jadi, sekarang kami sekeluarga memang tak boleh skip ambil Set Immune Booster ni. 
Dan jika kami dapat demam sekali pun, alhamdulillah, ia tidaklah berpanjangan. Kadang-kadang tak sempat makan ubat pun, demam dah kebah. Alhamdulillah, Allah yang bagi kesihatan buat kami, dengan menguatkan kembali sistem pertahanan badan kami melalui supplemen Shaklee ni.

Apakah supplemen yang terdapat dalam Set Immune Booster ni?

1) Sustained Release Vita-C

- mengandungi 500mg Vitamin C yang diekstrak daripada jagung secara semulajadi
- Diperkaya dengan bioflavonoid yang bagus untuk menguatkan lagi keberkesanan fungsi Vitamin C
- Diformulasikan dengan sistem "sustained release" di mana Vitamin C itu dilepaskan secara perlahan dan berkadar dengan masa supaya badan kita mendapat supply Vitamin C yang cukup sepanjang hari.
- Vitamin C adalah sejenis antioksidan yang bantu memelihara sel badan kita daripada kesan-kesan radikal bebas, seterusnya melindungi diri kita daripada penyakit.

2) Nutriferon
- Sejenis serbuk yang dibungkus di dalam sachet berasingan bagi memudahkan pengambilan.
- Ia dirumus khas melalui campuran berpaten yang diekstrak daripada biji labu, bunga safflower, biji plantago, dan bunga honeysuckle untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kita.
- Ramuan ini berfungsi untuk menggalakkan fungsi interferon, sejenis unsur semulajadi yang dapat membantu sistem imun badan kita dalam melawan jangkitan dan penyakit.

3) Omega Guard
- Mempunyai asid lemak perlu Omega-3 berspektrum luas, yang dijumpai dalam ikan-ikan kecil berair sejuk.
- Satu hidangan lengkap dengan 540mg EPA dan 360mg DHA
- Keistimewaan Omega Guard Shaklee adalah ia dihasilkan dengan teknik penyulingan 3 kali yang dapat memastikan ketulenan dan keberkesanannya, selain dapat menyingkirkan unsur-unsur logam berat.
- Omega-3 dapat menguatkan sistem imun badan kerana ia mempunyai ciri-ciri anti-radang, yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan.

4) Hero Kiddo
- Supplemen untuk anak-anak yang kaya dengan sumber antioksidan yang dapat meningkatkan keupayaan badan melawan jangkitan.
- Mempunyai rasa yang sedap (perisa ceri semulajadi) tanpa menggunakan gula, perisa, pengawet tambahan.
- Tekstur "gummy" yang pasti digemari oleh anak-anak.

Set Shaklee Paling Saya Suka

Alhamdulillah, inilah yang jadi amalan kami sekeluarga setiap hari. Mudah-mudahan Allah berikan kami kesihatan yang berpanjangan, lagi-lagi dah nak menjelang Ramadhan yang dah tentunya menuntut kesihatan yang lebih supaya kita dapat beribadat dengan lebih baik, insya Allah.

Set Shaklee Paling Saya Suka

Kalau anda juga nak berikhtiar dengan Set Immune Booster Shaklee ni, bolehlah roger-roger saya ye... Kita chit-chat panjang lagi nanti...

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

  1. Set imun booster ni memang favorite dy sekeluarga juga. Husbnd dan anak penah kena covid so mmg make sure imun badan kuat sekarang

    ReplyDelete

Post a Comment

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole