Skip to main content

Aik... Berat Turun Lagi? Nicee....

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Haa... Baca tak title di atas? 

Itu maknanya saya tengah happy!!

Sebab bangun-bangun pagi, ambil penimbang berat. Bila timbang berat. macam tak sangka TURUN LAGI 1 KG!!

Nampak macam sikit je, kan? 1 kg je?? 


Haa... Jangan tak tau perjalanan slimming program saya dah berjalan sejak November 2013 lagi. Dan saya dah slowkan slimming program saya pada 2 bulan kemudian lepas turun sebanyak 6 kg (lebih kurang). 

Apa yang saya buat dalam slimming program saya?

Saya download satu apps dalam phone saya, supaya saya boleh track berapa jumlah kalori yang saya ambil dalam sehari. Saya juga boleh track berapa jumlah kalori yang saya bakar dalam sehari. Ingat tak, saya pernah beritahu sebelum ni (refer sini), NILAI KALORI YANG DIBAKAR MESTI MELEBIHI NILAI KALORI YANG DIAMBIL. Terima kasih, Mr. Kevin Zahri, sebab banyak memberi ilmu secara tidak langsung melalui blognya tips-tips untuk turunkan berat badan.

Jadi, untuk turunkan berat badan, saya harus limitkan pengambilan kalori saya. Tapi, saya mesti kekal kenyang atau tak boleh berlapar, supaya boleh terus bertenaga untuk membuat kerja rumah dan proses pembakaran kalori yang lain. 


Itulah peranan SET SLIMMING SHAKLEE yang memang sangat banyak membantu. Setiap supplemen dalam set ini mempunyai peranan tersendiri dalam membantu saya untuk menurunkan berat badan.


ESP pula saya ambil sebagai pengganti makanan (meal replacement). Tak perlu ambil nasi untuk kekal kenyang. Ambil ESP sahaja dah cukup buat saya. Saya ambil dalam 2 kali sehari. Nak tahu salah satu resepi ESP boleh refer sini

Yang bestnya ESP ni, dia sangat mengenyangkan dan bertenaga, tapi ia juga rendah kalori. So, memang sangat bagus untuk saya. 

Itu pasal diet. Pasal pembakaran kalori pula, saya bukanlah jenis yang ke gym. Nak bersenam pun payah. Dalam 2 bulan tu, rasanya 2 kali je saya dan suami berjogging di taman.

Jadi, saya membuat alternatif sendiri. Sebagai seorang isteri dan ibu yang bekerja di rumah, banyak cara saya boleh bakar kalori. Sebagai contoh, saya akan ambil peluang untuk berulang-alik ambil barang yang berterabur di lantai (biasalah... ada anak kecil), dan letak di tempat asal. Ambil sikit demi sikit supaya lebih kerap saya boleh berulang-alik. Dan saya juga cuba berjalan dengan pace yang pantas. Kadang-kadang, jika perlu beli sarapan di luar, saya akan memilih untuk berjalan kaki dan memilih jalan yang jauh.

Oh, satu perkara paling penting. Tak kira macam mana pun kita nak bakar kalori, posture badan mesti kena jaga. Kalau tak, mulalah sakit pinggang la, sakit tangan la...

Ok, itu di antara tips-tips yang saya lakukan sendiri.


Macam saya ada beritahu tadi, saya dah mula slow down dalam diet saya (dah mula tak kira sangat kalori) selepas 2 bulan, selepas saya berjaya hilangkan 6kg. Tapi, apa yang saya rasa best sangat, ia dah mula jadi habit saya. Cara pemakanan saya dah tak macam dulu sangat. Kalau dulu ambil nasi 2 senduk, sekarang 1 senduk dah cukup. Sekarang, saya juga makin rajin makan salad. Dulu memang tak la..... ESP memang still jadi pilihan utama untuk gantikan breakfast or lunch. Sebab dah memang sedap dan kenyang. Kenapa perlu makan yang lain?

Apa yang saya nak tekankan sebenarnya, dalam proses nak turunkan badan ni, sebenarnya bukanlah hanya proses sementara. Asyik-asyik tahan makan. Skip makan. Tapi, ia mengubah gaya hidup. Lifestyle yang kita amalkan menjadi lebih sihat. Saya didik diri saya untuk diet sebegitu rupa selama 2 bulan. Tapi selepas itu, ia dah sebati dalam diri saya.

That's why, walaupun saya dah tak berusaha sangat sekarang, saya masih boleh turunkan berat badan lagi, walau hanya 1 kg. Dan saya yakin, banyak kg lagi saya boleh turunkan dalam masa akan datang....


TQ Allah kerana izinkan lemak-lemak itu keluar dari badan saya, dan memberi saya kekuatan di sepanjang pejalanan hidup saya.


TQ Shaklee di atas supplemen yang banyak membantu dalam proses weight management saya.


TQ Kevin Zahri atas tips-tips dan kisah-kisah motivasi yang banyak dikongsikan 


TQ hubby sebab banyak menyokong isterimu, nanti kita jogging sama-sama lagi ye... heee...~~

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole