Skip to main content

Waktu Terbaik Pengambilan Vitamin

Sesetangah vitamin kita tak boleh ambil secara hentam keromo. Masa pengambilan vitamin juga boleh dikatakan penting untuk memastikan kita dapat dapat menyerap segala zat dalam suplemen tersebut. 

Sesetengah supplemen perlu diambil bersama makanan untuk penyerapan yang lebih baik. Tapi ada juga supplemen yang lebih baik diambil ketika perut kosong.

So, kat sini saya nak kongsikan sikit tips-tips pengambilan supplemen


Supplemen yang diambil ketika perut kosong
Pengambilan Zinc adalah amat digalakkan ketika perut kosong, paling kurang 1-2 jam sebelum mengambil apa-apa makanan. Masa yang paling bagus adalah ketika baru bangun tidur, kerana pada waktu tu perut memang sangat kosong. Pada masa lain, cari masa ketika perut paling kosong, paling kurang sejam selepas pengambilan makanan, dan tunggu paling kurang 1-2 jam sebelum pengambilan makanan seterusnya. 

Supplemen yang diambil dengan sarapan pagi
Kebanyakan vitamin oleh diambil bersama sarapan pagi. Termasuklah Vitalea (multivitamin), B-Complex, Vitamin E dan Vitamin C. Insya Allah ia dapat membantu anda untuk memulakan hari dengan cergas. Sebagai contoh, B-complex boleh membantu menukarkan makanan kepada tenaga, yang boleh berikan kecergasan pada anda.

Sangat-sangat tak digalakkan untuk mengambil Ostematrix yang mempunyai Kalsium bersama Vitalea kerana Vitalea mempunyai zat besi (Iron). Kalsium boleh mengganggu penyerapan zat besi dalam badan kita. So, anda boleh ambil Ostematrix anda ketika lunch dan dinner. Sesetengah multivitamin yang mempunyai zat besi ada sedikit kalsium. Jumlah yang sedikit ni tak akan mengganggu penyerapan zat besi.

Untuk pengetahuan anda, Vitamin C dapat membantu meningkatkan penyerapan zat besi, so anda boleh ambil jus oren ketika sarapan atau ambil supplemen Vitamin C bersama Vitalea. 


Supplemen yang diambil dengan makanan tengahari
Jika anda tak nak ambil vitamin-vitamin tadi ketika sarapan, anda juga boleh amalkan vitamin-vitamin tadi bersama lunch atau dinner. Tapi perkara yang paling penting yang perlu diingat adalah untuk ambil vitamin-vitamin BERSAMA makanan, untuk membantu pemecahan dan penyerapan zat-zat yang lebih baik.


Vitamin yang diambil ketika makan malam
Supplemen kalsium atau Ostematrix boleh diambil bersama dinner atau beberapa jam selepas dinner sebelum tidur. Kalsium bagus diambil secara sedikit-sedikit, untuk mendapatkan penyerapan yang lebih baik. Oleh kerana Ostematrix terdiri daripada Calcium Carbonate, ia perlu diambil bersama makanan untuk membantu penyerapan.


Itu je tips-tips yang saya nak kongsikan setakat ni.

Saya akan kongsikan lagi tips-tips lain dalam entri-entri yang akan datang, okay?


** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Untuk order dan konsultansi percuma, hubungi Pengedar Sah Petaling Jaya anda:



Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Email : hanaziq7@gmail.com
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Petaling Jaya, Jalan Kebun, Meru, Enstek dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole