Skip to main content

Bisnes Dari Rumah

Assalamualaikum wbt

Saya pernah bekerja di Universiti Malaya. Saya bekerja sebagai seorang Tutor. Dan pernah juga bekerja sebagai Pembantu Penyelidik di sana. Saya bekerja selama lebih kurang 4 tahun, sehabis sahaja saya graduate. Pada masa yang sama juga, saya menyambung pengajian Sarjana Sains Kejuruteraan (Master of Science Engineering) secara full time. 



Ini Amir Mujahid saya..
Pada masa yang sama juga, saya dikurniakan dengan seorang putera bernama Amir Mujahid. Selepas saya dikurniakan cahaya mata, rutin saya terus berubah. Prioriti saya juga berubah. Tapi, atas kelemahan diri sendiri, saya tak mampu untuk beri sepenuh masa buat putera kesayangan saya dan juga suami tercinta. Perasaan saya bercampur baur bila memikirkan masa anak saya yang lebih banyak dihabiskan bersama baby sitter berbanding diri saya sendiri. Saya jadi terkilan. Saya tahu anak saya memerlukan perhatian lebih dari kami suami isteri. Dari situ, kami suami isteri dah buat macam-macam planning untuk menguatkan ekonomi kami supaya saya boleh berhenti kerja dan hanya duduk di rumah bersama anak kesayangan saya. 


Sebelum saya menjebakkan diri berniaga Shaklee ni, saya memang dah jadi customer tetap Shaklee. Saya pernah bercerita sebelum ni. Since saya dah jadi customer tetap, saya baru terfikir untuk menjadi member Shaklee dan cuba untuk menjadi Pengedar. 


Gambar Hiasan : Tapi hidup saya lebih kurang camnilah....
Alhamdulillah, jalan saya dimudahkan. Setelah setahun, saya dah tak risau lagi. Kini saya adalah seorang ibu dan isteri yang hanya bekerja dari rumah. Income masuk... Dapat pula spend masa lebih dengan anak. Dapat uruskan rumah tangga dengan lebih baik lagi, insya Allah... Percaya tak, sambil-sambil saya menaip untuk post ni, saya tengah suapkan anak saya makan. Kalau dulu, tak dapat macam ni... Hidup saya sekarang lebih bermakna dan SANGAT HAPPY... Bila saya happy, suami pun happy... Heee...~~


Buat bisnes Shaklee memang mudah. Namanya sudah terkenal. Produknya memang dipercayai. Tak perlu keluar rumah, tak perlu juga ada kedai untuk jual produk. Kamilah boss, kamilah pekerja. Tengah-tengah suap anak pun boleh berniaga. Tengah-tengah buat kerja rumah pun, boleh ambil order lagi. Sambil-sambil baring pun boleh jawab pertanyaan prospek customer. Mudah, kan??


Saya tahu, saya tak menyesal mengambil langkah untuk berhenti kerja, kerana saya yakin Allah akan bantu saya berjaya dengan bisnes Shaklee. 



Alhamdulillah. Ini pengalaman saya yang seciput bersama Shaklee. Dan saya cukup berpuas hati. Saya yakin, dengan bantuan Allah, rezeki saya akan mencurah-curah lagi bersama Shaklee, ditambah pula dengan coaching yang best dari Team kami. Yang penting usaha kena MANTOPPP!!


Jadi jika anda ingin jadi ibu yang ingin sentiasa bersama anak di rumah, sambil-sambil kira income yang masuk setiap hari, jangan tunggu lama-lama. Bertindak sekarang juga!! Tak guna jika ada keinginan tapi tiada tindakan. Buat planning dari sekarang. Jika anda ingin pengalaman yang hebat berniaga dengan Shaklee bersama saya, hubungi saya, dan tanya saya bagaimana... Saya sangat happy untuk melayan segala pertanyaan anda...


Jom Berjaya Bersama Saya....




Untuk order dan konsultansi percuma, hubungi Pengedar Sah Petaling Jaya anda:




Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Email : hanaziq7@gmail.com
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Petaling Jaya, Jalan Kebun, Meru, Enstek dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole