Skip to main content

RESEPI : CHICKEN SALAD

Assalamualaikum wbt.

Dalam proses diet saya, macam biasa saya amalkan Set Slimming Shaklee:

Alfalfa Complex
✌ Herb-Lax
✌ Lecithin
✌ Omega Guard
✌ ESP

Set ni membantu saya untuk bakar lemak yang dah lama terkumpul dalam badan sejak sekian lama. Juga dapat beri saya rasa kenyang lebih lama. Untuk menurunkan berat badan, dalam sehari, paling kurang sekali saya akan menggantikan samada breakfast atau lunch dengan minuman ESP. Selain dapat beri rasa kenyang lebih lama, ESP juga dapat berikan saya tenaga sepanjang hari.

Saya paling suka gabungan ESP dengan Peel Fresh Orange. Memang sedap. Kadang-kadang saya bancuh juga dengan Vico sebelum tidur. Kalau rajin lagi, saya suka pelbagaikan juga resepi ESP saya. salah satu resepi oleh tengok di sini.

Tapi, saya bukan nak cerita pasal ESP sebenarnya...



-------------------------------------------------- ---


Saya cuma nak cerita, dalam proses saya nak turunkan berat badan, saya tak pernah sekali-kali skip makan. Saya tetap breakfast, lunch dan dinner macam biasa. Tapi, apa yang membezakannya adalah jumlah makanan yang saya ambil. Atau lebih tepat lagi, jumlah kalori yang saya ambil setiap kali. Saya nak kongsi sau resepi best yang saya selalu amalkan waktu dinner, sekali dalam seminggu.


CHICKEN SALAD




Ingredients:

☼  4 strips of chicken fillet
☼  Cayenne pepper
☼  Minyak zaitun
☼  Mixed herb
☼  Daun salad
☼  Daun saderi
☼  Carrot
☼  Daun bawang
☼  Sos kegemaran anda

Penyediaan:
▣ Campurkan cayenne pepper, minyak zaitun dan mixed herb dalam mangkuk
▣ Masukkan ayam dan salutkan ayam dengan campuran tadi
▣ Letakkan ayam di atas pemanggang ajaib anda, dan panggang sehingga benar-benar masak… (Gunalah apa-apa pemanggang yang ade punnn)
▣ Di dalam mangkuk yang berasingan, masukkan daun salad yang telah dicerai-ceraikan, daun saderi yang di hiris halus, lobak merah yang disagat, dan daun bawang yang telah dihiris.
▣ Toskan sayuran salad anda dengan dressing atau sos kegemaran anda.
(Dalam gambar di atas, saya hanya guna one thousand island, mayonnaise dan sos cili biasa
▣ Letakkan ayam yang telah dipanggang tadi di atas daun salad anda
▣ Anda boleh taburkan chilli flakes jika anda sukakan yang lebih pedas.

Notes:
✿ Mat saleh punye style, mereka gemar dimakan bersama hot sauce
Untuk dressing, gunalah apa jenis dressing kegemaran anda
 Sayur-sayuran yang digunakan juga boleh dipelbagaikan dan jumlahnya ikut kesukaan anda
 Selepas ayam digrill, anda boleh adun semula ke dalam hot sauce sebelum diletakkan di atas daun salad anda
 Ayam grill anda boleh dipotong dadu jika suka
✿ Jumlah kalori : 250-300kcal


Tahukah anda?
Makanan pedas boleh mem'boost'kan metabolisme anda. Tapi jangan lebih-lebih pulak ye...

---------------------------------------- 

Simple je, kan? Dan tak berat sangat pun. So, sangatlah sesuai untuk anda yang sedang diet. Cubalah...!!


** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:


Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
Twitter : @SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia



Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole