Skip to main content

Tips Anak Mudah Bangun Sahur

Assalamualaikum & Hai Semua!

sahur

Nak ajar anak kecil untuk mula berpuasa adalah satu cabaran. Tapi cabaran yang lebih besar bagi pendapat saya adalah untuk kejutkan anak bangun awal untuk bersahur.
 
Sahur adalah sangat penting, lagi-lagi untuk anak-anak yang sedang membesar, kerana daripada situlah mereka akan dapat nutrien yang cukup supaya mereka dapat berpuasa dengan lebih baik. Kita takut kalau anak-anak terlepas, mereka akan jadi keletihan, tak bertenaga dan susah nak fokus semasa belajar di sekolah mahupun di rumah.

Di sini saya nak kongsikan beberapa tips untuk ibu ayah cuba praktikkan nanti.

Pastikan Anak Tidur Awal

sahur
  • Ini bagi memudahkan anak-anak dapat bangun lebih awal.
  • Ia juga untuk mengelakkan anak daripada tak cukup tidur, yang membuatkan anak jadi kurang fokus di sekolah nanti

Bedtime Story

sahur
  • Sebelum anak-anak tidur tu, boleh terlebih dahulu buat bedtime story, ceritakan tentang puasa, kelebihan orang berpuasa, dan pentingnya sahur.
  • Boleh juga bercerita apa yang kita akan dapat makan waktu bangun sahur nanti.
  • Tujuannya adalah supaya anak rasa lebih berkobar-kobar dan excited nak bangun awal dengan rasa anticipation yang lebih tinggi.

Sediakan Makanan Kegemaran Anak

sahur
  • Hari sebelum tu, boleh tanya anak siap-siap, apa yang mereka nak makan ketika sahur
  • Walaupun anak boleh pilih makanan sendiri, kita sebagai parents perlu juga peka dan perlu pastikan nutrisi makanan sahur anak kita adalah seimbang, supaya anak kita dapat berpuasa dengan lebih baik.
  • Pastikan makanan anak kita masih mempunyai cukup vitamin dan protein yang boleh berikan mereka tenaga semasa berpuasa nanti.
  • Kita juga boleh sediakan beberapa pilihan makanan buat anak-anak supaya pilihan-pilihan yang ada tu tak terkeluar dari kategori diet seimbang dan mengelakkan mereka minta makanan yang agak mengarut.

Kejutkan Anak Dengan Lembut

sahur
  • Masuk bilik anak, belai-belai rambut dia, cium pipi dia, dan panggil nama anak dengan lembut.
  • Tujuannya supaya kita nak anak ada mood baik sepanjang bersahur nanti. Dia nak bangun pun happy je...
  • Tapi nak kejut anak ni mungkin ambil masa sikit, so pandai-pandailah adjust masa ye....
  • Lepas anak bangun tu, selalu saya akan suruh anak basuh muka dan berkumur, supaya anak akan jadi lebih segar.

Wujudkan Suasana Ceria

sahur
  • Walaupun parents pun mengantuk, tapi cubalah untuk wujudkan suasana yang ceria semasa bersahur.
  • Berceritalah dengan anak apa nak buat selepas makan, "kita akan solat subuh berjemaah." ... "Nanti Thia dapat pakai telekung cantik..."
  • Boleh cerita juga nanti kita akan berbuka puasa dengan kuih kegemaran anak ke... dan sebagainya... Create suasana supaya anak excited... dan tak mengantuk... 😉

Acknowledge Kejayaan Anak Bangun Awal

sahur
  • Puji lah anak, cakap "Good job, Thia!" atau "Baguslah anak ummi ni berjaya bangun awal harini...."
  • Anak tentu akan rasa seronok dan akan cuba untuk bangun awal lagi untuk bersahur esoknya.
Semoga perkongsian saya ini bermanfaat buat anda.
Moga berjaya ye, parents 💓

💗 Sharing.is.Caring 💗

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

  1. Tips yg bagus sangat...moga lepas ni anak2 Kita lebih semangat berpuasa..

    ReplyDelete
  2. perkongsian sgt bermanfaat

    ReplyDelete

Post a Comment

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole