Skip to main content

Bawang Putih (Garlic) Boleh Menurunkan Tekanan Darah


Tekanan darah tinggi atau hypertension adalah sejenis penyakit kronik di mana tekanan darah dalam arteri menjadi tinggi. Ada 2 jenis ukuran tekanan darah, iaitu systolic dan diastolic. Bacaan systolic adalah apabila otot jantung sedang mengecut. Diastolic pula adalah apabila otot jantung berada dalam keadaan rehat antara 2 denyutan. Maksudnya bacaan systolic tu adalah bacaan tekanan darah yang maksimum dan diastolic tu adalah bacaan minimum. Bacaan normal tekanan darah adalah dalam lingkungan 100-140mmHg systolic dan 60-90mmHg diastolic. Tekanan darah tinggi dikatakan apabila bacaannya melebihi 140/90 mmHg.

Ada banyak punca yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. 

Kebiasaannya, tekanan darah tinggi boleh berlaku apabila umur seseorang itu meningkat. Dan satu lagi faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi adalah pemakanan yang tidak sihat. Pengambilan sodium berlebihan dan obesity sering dikaitkan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi. 






Tak kira apa pun sebabnya, masalah tekanan darah tinggi boleh diatasi dengan pelbagai cara.


Sebagai permulaan, jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, sewajibnya anda turunkan berat badan yang berlebihan tu. Jika anda seorang perokok, berhentilah.... Pengambilan alkohol yang berlebihan juga boleh meningkatkan tekanan darah. So, rentikanlah.... Tak elok untuk kesihatan. Untuk orang islam. Berdosa besar tu...




Dalam banyak kes, mengurangkan garam atau sodium dalam pemakanan dah terbukti banyak membantu untuk atasi masalah tekanan darah tinggi. So, bagi sesiapa yang gemar ambil makanan segera atau snek, penting untuk  baca label makanan, sebab memang banyak makanan ringan ni yang mempunyai kandungan sodium yang amat tinggi. Untuk pengetahuan anda, makanan yang dianggap mempunyai kandungan sodium yang tinggi jika ia mengandungi lebih daripada 250 mg sodium untuk setiap hidangan. So, sekali lagi.. SILA BACA LABEL NUTRISI MAKANAN UNTUK SETIAP BUNGKUSAN YANG ANDA BELI.


Okay, ada lagi beberapa  elemen yang dikatakan penting untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Antaranya adalah kalsium, magnesium, potassium dan minyak ikan.

Tapi, untuk post kali ni, saya nak bercerita tentang...



KHASIAT BAWANG PUTIH UNTUK MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI


Dalam pelbagai ujian, bawang putih telah ditunjukkan dapat mengurangkan kolesterol, tekanan darah tinggi dan selesema.

Sebagai contoh, Alan Tsai, Ph.D. dari Michigan School of Health, telah menguji kesan bawang putih terhadap paras kolesterol. Result menunjukkan bahawa mereka yang mengambil bawang putih mempunyai tekanan darah yang lebih rendah secara semula jadi, berbanding dengan mereka yang tidak mengambil bawang putih dengan kenaikan kadar kolesterol sebanyak 23%. Dr Tsai ada menyebut bahawa kejadian penyakit kardiovaskular dan lain-lain adalah lebih rendah di negara-negara yang penduduknya mengambil bawang putih yang banyak.

Apa yang ada pada bawang putih yang boleh menurunkan paras tekanan darah tu?

Jawapannya adalah ALLICIN

Tapi satu benda yang anda perlu tahu adalah, sebatian allicin dihasilkan apabila bawang putih yang mentah tu dihancurkan.

Malangnya, apabila bawang putih dimasak, khasiat sebatian allicin itu akan musnah.


Jadi, untuk anda benar-benar ingin mendapatkan khasiat daripada bawang putih untuk menurunkan tekanan darah, anda haruslah mengambilnya secara mentah. Macam mana nak ambil secara mentah? Nak kunyah? Boleh juga kalau sanggup. Tapi, boleh juga kalau nak cari resepi pelbagai salad. Banyak salad yang menggunakan bawang putih secara mentah.

Selain itu, apa caranya lagi?

Saya cadangkan

GARLIC - DIETARY SUPPLEMENT


Antara manfaat Garlic Complex ni adalah:
❏ Mengawal jangkitan
❏ Menurunkan tekanan darah
❏ Menurunkan paras kolestrol
❏ Memelihara kesihatan secara selular
Anda boleh klik sini untuk tahu lebih lanjut tentang Garlic Complex Shaklee ni...


Anda juga boleh ambil Set Darah Tinggi Shaklee:
♡ Omega Guard
♡ Garlic - Dietary Supplemen
♡ B-Complex
♡ Ostematrix
♡ CoQ Health

Insya Allah, saya akan terangkan manfaat supplemen yang lain dalam post akan datang...

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Untuk order dan konsultansi percuma, hubungi:





Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole