Tekanan darah tinggi atau hypertension adalah sejenis penyakit kronik di mana tekanan darah dalam arteri menjadi tinggi. Ada 2 jenis ukuran tekanan darah, iaitu systolic dan diastolic. Bacaan systolic adalah apabila otot jantung sedang mengecut. Diastolic pula adalah apabila otot jantung berada dalam keadaan rehat antara 2 denyutan. Maksudnya bacaan systolic tu adalah bacaan tekanan darah yang maksimum dan diastolic tu adalah bacaan minimum. Bacaan normal tekanan darah adalah dalam lingkungan 100-140mmHg systolic dan 60-90mmHg diastolic. Tekanan darah tinggi dikatakan apabila bacaannya melebihi 140/90 mmHg. Ada banyak punca yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kebiasaannya, tekanan darah tinggi boleh berlaku apabila umur seseorang itu meningkat. Dan satu lagi faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi adalah pemakanan yang tidak sihat. Pengambilan sodium berlebihan dan obesity sering dikaitkan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat tekanan darah ti...