Assalamualaikum wbt dan hai semua!
Dalam post-post yang lepas memang saya banyak tekankan pasal kepentingan supplemen untuk menjamin kesihatan. Supplemen memang super penting terutamanya untuk dapatkan vitamin, mineral dan mikronutrien yang lain yang cukup dan optimum.
Tapi perlu saya tekankan sesuatu di sini... Walau macam mana baik sekalipun supplemen Shaklee ni, kunci utama untuk mendapatkan kesihatan yang baik adalah dengan mendapatkan diet yang sihat.
Okay, saya kata "SIHAT". Tapi tak semestinya kita kena buang sekaligus apa yang nampak macam tak sihat tu. Sebab memang tak realistik kalau kita nak amalkan diet sebegitu rupa. Dah nama orang Melayu, boleh ke kita terus tak nak makan nasi lemak. Boleh ke kita tak nak merasa langsung kuih seri muka, tepung pelita semua tu... (err... sedapnye... nyum.. nyum...)
Nampak tu, sebut je terus rasa cam terliur. Saya sendiri tak mampu. Kalau anda mampu, itu dah cukup bagus. Tapi saya berani jamin, tak ramai yang boleh nak ketepikan temptation dengan kuih-muih yang saya sebutkan tu.
Kalau kita buat keputusan untuk get rid semua makanan-makanan tu, sebenarnya ia akan menyebabkan kita akan kepingin atau mengidam sangat dengan makanan tu. Nanti tak semena-mena kita akan ambil makanan tu dengan jumlah yang lebih banyak daripada biasa.
Kata kuncinya adalah - BERSEDERHANA. Ini termasuklah dengan makanan kesukaan kita tu. Ini yang paling penting. Untuk nak kekal sihat, saya rasa, apa yang kita patut buat adalah dengan ambil diet yang 'cukup' sihat.
Ini antara saranan-saranan yang boleh diamalkan...
MAKAN LEBIH BANYAK MAKANAN LENGKAP
- Contoh makanan lengkap: Bijiran
penuh, buah-buahan segar (buah tau... bukan jus), dan sayur-sayuran segar.
- Kurangkan makanan yang diproses- Semakin tulen makanan kita, insya Allah itu lebih baik, sebab...
- Semakin dekat makanan tu dengan keadaan asal, makin tinggi nilai nutrisi
BANYAK MINUM AIR
- Air berikan fungsi pelincir dalam
badan kita- Kita boleh tahu badan kita cukup air bila bibir dan mulut kita tak kering
- Kalau boleh pastikan air yang kita minum tu betul-betul tulen dan bersih supaya kita tak tambahkan lagi lebih banyak toksin dalam badan kita.
Untuk pastikan yang kita dapat air yang bersih dan tulen, saya cadangkan Get Clean Water Pitcher daripada Shaklee, yang mengaplikasikan sistem penapisan air baharu berbilang paten bagi menghasilkan air yang lebih bersih dan sihat. Berbanding jag air yang lain, Get Clean Water Pitcher menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air serta mengurangkan bahan-bahan cemar berbahaya - termasuk sehingga 99% plumbum!
KURANGKAN GULA DAN PEMANIS-PEMANIS LAIN
- Gula yang berlebihan boleh:‣‣ melemahkan sistem imun
‣‣ menyebabkan kesakitan sedia ada jadi lebih teruk
‣‣ meningkatkan paras tekanan darah dan kolestrol
‣‣ meningkatkan risiko penyakit jantung
‣‣ menyebabkan obesiti
‣‣ menyebabkan diabetes jenis-2
- Gula berlebihan juga memainkan peranan dalam menyebabkan atau merumitkan lagi keadaan-keadaan penyakit lain seperti chronic fatigue syndrome, fibromyalgia, chronic sinusitis, irritable bowel syndrome, kanser, penyakit auto-imun, jangkitan candida dan yeast, dan ADD/ADHD.
- Untuk gantikan gula, boleh gunakan stevia (diperbuat daripada daun pokok stevia, sejenis herba yang rasa manis dalam keluarga chrynsanthemum).
KURANGKAN KAFFEIN
- Mereka yang kuat minum kopi selalu terperangkap dalam dalam satu kitaran kejam. Vicious Cycle.
- Tenaga yang dijana daripada kaffein yang berlebihan (bersama paras adrenelin yang naik mendadak) pasti diikuti dengan tenaga yang turun mendadak juga, memaksa kita untuk minum kopi dengan lebih banyak untuk kekalkan tenaga.
- Jika anda seorang yang kuat minum kopi dan mudah rasa lesu dan cemas yang melampau, saya sarankan untuk berhenti minum kopi sepenuhnya untuk 2-3 bulan. (Gantikan dengan Cinch Energy Tea Mix untuk mulakan hari kita).
- Jika keadaan kita rasa lebih baik, kita boleh start minum kopi semula - tapi tak lebih daripada 1 cawan sehari.
- Nak lebih bagus dan sihat : 1-2 cawan green/black tea sehari, tinggi dengan antioksidan.
Walaupun saya sarankan supaya berhenti minum kopi secara berlebihan, saya tak galakkan supaya berhenti secara mengejut. Kalau betul-betul nak kurangkan pengambilan kopi, kita kena kurangkan secara beransur-ansur. Contohnya, kalau selalu kita minum 10 cawan sehari, potong kepada 5 cawan sehari untuk minggu pertama, kemudian potong lagi ke 2-3 cawan sehari untuk minggu kedua. Pastu potong lagi ke 1 cawan sehari. Lepas tu, enjoy je la! (Atau sekali lagi, lagi bagus tukar terus ke Green Tea, atau Cinch Tea).
- Banyak hadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu, banyak baca al-Quran. Insya Allah, hati akan jadi tenang. Dan tenang, maka kuranglah stress, sebab hati sentiasa redha.
- Banyak lakukan aktiviti yang anda suka. Masing-masing mesti ada hobi, kan? Menjahit ke.. Menulis ke.. Kumpul setem ke.. Hehehe... Apa-apa la yang boleh buat anda release tension.
- Insya Allah, you will always feel good about yourself.
Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.
JANGAN MINUM ALKOHOL
Tak payah cakap banyak lagi, sebagai seorang muslim, kita memang dah diharamkan untuk meminum, menghidang, menjual, membeli dan apa-apa lagi yang berkenaan dengan alkohol bernama arak ni. So, tiada kompromi di sini. Jika kita lakukan perkara yang melanggar fitrah sebagai seorang manusia, memang akan binasalah tubuh badan. This also applies to everything, termasuk rokok dan dadah.
CARI SUMBER KEBAHAGIAAN KITA (FOLLOW YOUR BLISS)
- Sumber kebahagiaan yang hakiki adalah apabila kita betul-betul follow apa yang Allah dah gariskan buat kita, sebagaimana yang dah tertulis dalam al-Quran.- Banyak hadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu, banyak baca al-Quran. Insya Allah, hati akan jadi tenang. Dan tenang, maka kuranglah stress, sebab hati sentiasa redha.
- Banyak lakukan aktiviti yang anda suka. Masing-masing mesti ada hobi, kan? Menjahit ke.. Menulis ke.. Kumpul setem ke.. Hehehe... Apa-apa la yang boleh buat anda release tension.
- Insya Allah, you will always feel good about yourself.
Saya harap perkongsian saya kali ni dapat memberi manfaat buat anda semua. Akhir kata, moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, lahiriah mahupun batiniah. Badan mau sihat, hati pun mauh sihat, iman pun mau sihat....
💗 Sharing.is.Caring 💗
*💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment