Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tazkirah

Jangan Lewatkan Berbuka! Ini Sebabnya dari Sudut Islam & Kesihatan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Lepas dah seharian berpuasa, mesti rasa tertunggu-tunggu masa berbuka, kan? Time ni je la kita boleh hafal waktu tepat berkumandang azan Maghrib 🤭.  Tapi tahu tak, sebenarnya ada juga orang-orang yang sengaja nak lengah-lengahkan waktu berbuka, sama ada sebab terlalu busy dengan kerja, sebab malas nak gi ke meja makan, atau saja-saja nak “tahan sikit lagi”, sebab nak tengok power ke tak. Eh, boleh pulak macam tu!  Sebenarnya, menyegerakan berbuka puasa ni bukan saja sunnah Rasulullah SAW, tapi juga ada banyak manfaat lain untuk badan kita juga. Bukan sekadar ikut-ikutan, tapi ada sebab kenapa Islam menggalakkan kita berbuka tepat pada waktunya. Jom kita tengok kenapa tak elok lewatkan berbuka, dari sudut agama dan juga kesihatan! Keutamaan Menyegerakan Berbuka dalam Islam Dalam Islam, berbuka tepat pada waktunya bukan sekadar boleh makan cepat-cepat, tapi sebenarnya ada banyak kelebihan yang Rasulullah SAW sendiri tekankan.  1) I...

Tips Mudah Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Pernah tak selalu rasa letih yang tak lega-lega, walaupun dah cukup tidur dan rehat? Kadang-kadang, walaupun kita dah pasang niat nak bangun pagi dengan penuh semangat, by the time sampai waktu tengah hari je badan dah mula rasa lesu. Mata pun ikut mula jadi layu. Terus mengantuk. Rasa letih yang melampau ni bukan je buat kita rasa lesu, tapi juga buat kita hilang fokus dan tak produktif.  Jangan risau, anda tak keseorangan. Dalam era serba pantas ni, memang ramai yang mengalami masalah keletihan melampau ni. So, jom kita tengok macam mana kita nak atasi masalah keletihan ni supaya kita boleh kekal bertenaga sepanjang hari.  Ubah Rutin Harian Ada masanya, rasa letih kita tu datang bukan sebab kita tak cukup rehat, tapi sebab kita stuck dalam rutin harian yang sama setiap hari. Bayangkan kita buat benda yang sama setiap hari, pada waktu yang sama, dengan cara yang sama; lama-lama otak dan badan pun akan jadi “boring” dan rasa penat. Tukar ru...

Bahagia itu Sederhana: Cara Simple untuk Happy

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Dalam hidup yang asyik sibuk dan serba laju ni, mesti kita selalu terfikir yang bahagia tu mesti kena ada duit berkepuk atau dah ada kejayaan yang besar dalam kerjaya. Padahal, bahagia tu nak dapat simple je sebenarnya.   Kadang-kadang kita sibuk kejar macam-macam benda, sampai terlupa yang kebahagiaan tu ada je dalam benda-benda kecil di sekeliling kita. Tak perlulah kita nak tunggu untuk dapat semua benda yang kita impikan, baru kita boleh happy. Apa kata kita mula untuk appreciate apa yang ada di depan mata kita, living in the moment, dan be happy dengan cara yang simple.   Bersyukur dan Redha   Rasa syukur adalah kunci kebahagiaan. Bersyukur ni bukanlah complicated. Bila kita bersyukur, kita akan mula menghargai sepenuhnya segala nikmat kecil yang Allah kurniakan pada setiap saat kepada kita. Tak perlulah kita nak tunggu rezeki besar atau hidup sempurna baru nak happy. Mungkin rezeki kita tidaklah melimpah ruah seperti orang lain, ...

Hikmah Berdoa dan Doa Yang Bagus Untuk Wanita

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! "Doa merupakan senjata bagi orang-orang mukmin." Pernah dengar, kan, ungkapan ni? Bila dengar ungkapan ni, benda pertama yang saya teringat adalah kisah para mukminin di Perang Badar. Di mana pada waktu itu, tentera orang Islam hanya ada dalam 313 orang sahaja yang menentang seramai lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin.  Jika ikut rasional matematik, dengan nisbah 1 lawan 3, rasa macam susah tentera muslimin nak menang, kan... Tapi itulah beza orang Islam dengan orang kafir. Kita ada satu senjata yang tiada tandingan hebatnya, iaitu aqidah kita. Kepercayaan kita kepada kuasa Allah, dan keyakinan kita bahawa Allah akan sentiasa membantu mereka yang menegakkan agamaNya. Sebelum bermulanya Perang Badar Rasulullah SAW juga memanjatkan doa: ‏ اللَّهُمَّ أَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ إِنْ تَهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةُ مِنْ أَهْلِ الإِسْلاَمِ لاَ تُعْبَدْ فِي الأَرْضِ"‏ Maksudnya: Ya Allah, penuhi...

Erti Di Sebalik Hari Raya Open House - Bukan Hanya Pesta Juadah

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Alhamdulillah dah nak masuk minggu ketiga kita dalam Syawal. Macam biasalah di hari raya ni kita mesti dapat banyak undangan jemputan Hari Raya Open House kan, terutamanya bila dah masuk penghujung Syawal ni. Bila cakap pasal Hari Raya Open House, mesti kita akan terus terbayangkan juadah-juadah yang dihidangkan. Masa saya beraya di Negeri Sembilan haritu, juadah wajibnya adalah Rendang Maman. Sekarang ni di Johor tempat saya menetap, macam-macam juga hidangannya. Ada laksa johor la... Ada Nasi Biryani la... Teringat pula ada satu rumah tu dihidangkan Sup Gearbox! Fuhh... Mantapp... Tapi, bila kita kunjung-mengunjung ni, kena betulkan niat juga. Bila kita menziarah rumah orang, tujuan kita adalah untuk mengeratkan ukhuwah yang utamanya. Waktu raya ni lah kita ambil peluang untuk berjumpa sanak saudara dan sahabat-sahabat lama yang dah lama kita tak jumpa. Sebelum Hari Raya haritu, ada seorang rakan lama saya yang dah lama sangat tak jumpa plan untuk...