Assalamualaikum wbt.
Sebagai ibu bapa, kita perlu tahu apa yang anak-anak kita perlukan. Kita kena selalu pastikan yang anak kita dapat penjagaan yang rapi dari semua segi.
Insya Allah, saya nak kongsikan satu panduan untuk anda di mana anda boleh dapatkan maklumat untuk membina tabiat pemakanan yang sihat untuk anak-anak anda. Anda boleh jadikan sebagai rujukan untuk memudahkan anda pantau diet anak anda mengikut tahun.
Mudah-mudahan panduan ini boleh bantu anak anda mendapat permulaan hidup yang lebih sihat.
Nutrisi
Apa yang anak anda makan adalah penting untuk kesihatan mereka. Anda boleh ikuti panduan nutrisi di bawah:
Umur 0-6 bulan
- Susu ibu adalah satu-satunya makanan terbaik buat bayi yang baru lahir hingga berumur 6 bulan.
- Susu ibu menyediakan nutrisi yang terbaik di samping melindungi bayi daripada jangkitan.
- Jika keadaan tak mengizinkan, iaitu jika tak dapat berikan susu ibu pada anak, berikan anak susu yang diformulasi dengan zat besi (bukan susu lembu).
- Bayi yang diberikan hanya susu ibu yang tak selalu dapat pendedahan cahaya matahari mungkin memerlukan supplemen Vitamin D, terutama yang berkulit gelap. Dapatkan nasihat daripada doktor.
Umur 6-12 bulan
- Teruskan breastfeed bayi anda paling kurang pun sehingga anak berumur setahun jika boleh.
- Jika keadaan tak mengizinkan, iaitu jika tak dapat berikan susu ibu pada anak, berikan anak susu yang diformulasi dengan zat besi (bukan susu lembu).
- Boleh perkenalkan makanan pejal ("solid food") apabila anak anda sudah mencecah 4-6 bulan. Boleh mulakan dengan puree sayur-sayuran atau buah-buahan yang kaya dengan zat besi, seperti bayam, kale, aprikot dan epal.
- Perkenalkan makanan yang baru satu-persatu untuk memudahkan ibu bapa mengenal pasti masalah alahan makanan pada anak. Sebagai contoh, tunggu seminggu sebelum tambahkan buah atau sayur yang lain. Atau setengah pendapat tunggu hingga 4 hari.
- Berikan makanan yang kaya dengan zat besi, seperti telur kuning, bayam dan tofu.
- Kalau boleh elakkan daripada berikan madu kepada bayi yang di bawah umur setahun.
- Tak apa kalau tambahkan sedikit lemak dalam makanan bayi yang di bawah 2 tahun.
- Elakkan tambah gula dan garam dalam makanan bayi
Umur 1-2 tahun
- Boleh diperkenalkan dengan makanan keluarga sedikit demi sedikit, jangan berlebihan
- Boleh berikan susu lembut untuk menggantikan susu formula dan susu ibu selepas anak berumur setahun
- Elakkan tambah gula dan garam dalam makanan bayi
2 tahun ke atas
- Boleh ambil makanan keluarga
- Boleh sediakan pelbagai jenis makanan, termasuklah perbanyakkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.
- Boleh tambahkan gula dan garam dengan berpada-pada
- Galakkan diet rendah lemak, lemak tepu dan kolestrol.
- Bantu anak untuk kekalkan berat badan yang sihat dengan memberikan makanan yang baik dan galakkan senaman yang konsisten.
Anda boleh refer jumlah kalori yang patut diambil oleh anak-anak kita di bawah:
So jangan ingat orang-orang dewasa je kena control kalori. Kanak-kanak pun perlu dikawal juga. Jangan ingat, "oh, budak-budak lagi.. Biarlah dia enjoy makan gula-gula tu selagi dia still sihat muda-mudi.."
Oh, jangan sampai anak kita kecik-kecik dah obese ye. Dan jangan terkejut ada yang kecik-kecik dah kene ambil insulin injection. Saya tak borak. Memang benar boleh berlaku.
So, kawallah dari sekarang.
Tips yang saya amalkan untuk anak saya supaya dia tak terlalu sweet tooth:
- Berikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek.
- Kalau tiba-tiba anak lapar sebelum waktu makan, instead of beri biskut, potongkan carrot atau tomato atau any buah untuk dia makan. Tapi ni perlu dididik sejak kecik lagi. Kalau dah besar-besar baru buat, mungkin dia dah stat memilih.
- Buah pun saya tak bagi selalu. Sebab kadang-kadang buah pun manis juga. So saya limitkan setengah biji sehari (anak saya umur 3 tahun).
Saya amat menyarankan bagi anda yang ada anak kecil, gantikanlah makanan-makanan rapu/junk food tu dengan makanan yang lebih sihat. Dan of course, ibu-bapalah yang harus mulakan dulu. Ubah gaya hidup kita... *smile*
Vitalea for Children Multivitamin terbaik untuk anak-anak anda Tanpa perasa, pemanis tiruan dan tanpa pengawet Rasa anggur semulajadi |
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : syida_rohim
Twitter : @SyidaRohim
Google + : +SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Email : hanaziq7@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Klang, Setia Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang, Sunway, Sepang, Nilai, Labu dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment