Skip to main content

Lemak Yang Membakar Lemak (erk... macam mane tu?)

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Konfius tak dengan tajuk entri ni? Hehehe...

Jangan tak percaya, kita memang memerlukan sesetengah jenis lemak (atau lebih tepat Asid Lemak) untuk membakar lemak jahat dalam badan kita.


Apakah lemak-lemak baik yang kita perlukan ni?

Asid Lemak Omega-3

Asid lemak Omega-3 membantu kita untuk bakar lemak dengan membantu badan kita untuk bertindak balas dengan lebih baik pada sejenis hormon , iaitu Leptin.
  • Leptin memberitahu badan kita (dan otak kita) untuk sekat selera kita dan membuatkan kita makan lebih sedikit. So dengan cara tu kita boleh kekalkan atau hilangkan berat badan.
  • Leptin meningkatkan metabolisme dengan meningkatkan penghasilan hormon tiroid (tiroid mempengaruhi kadar metabolisme) 
  • Leptin juga menyebabkan badan kita bakar lemak untuk menghasilkan tenaga.
So, kalau badan kita tak dapat bertindak balas dengan baik terhadap Leptin, then sebaliknya yang akan berlaku... Kita akan lebih cepat rasa lapar, dan badan kita akan simpan lebih banyak lemak. 

So, kita boleh ambil asid lemak Omega-3 untuk bantu badan kita supaya dapat bertindak balas dengan lebih baik terhadap Leptin, supaya kita boleh meningkatkan metabolisme yang akan membakar lemak dalam badan kita.

Bagaimana lagi Omega-3 dapat bantu kita turunkan berat badan...


  1. Omega-3 membantu kita kawal rasa lapar dengan menstabilkan paras gula dalam darah.
  2. Satu kajian di Australia menunjukkan mereka yang ambil Omega-3 ketika dalam program senaman dapat membakar lebih banyak lemak berbanding mereka yang hanya bersenam (tanpa mengambil Omega-3) dan mereka yang bersenam dan mengambil lain-lain jenis (asid) lemak.
  3. Kajian yang dijalankan di Jepun dan Republik Czech mencadangkan Omega-3 dapat menghalang penghasilan lemak badan jahat. Kajian ini juga mencadangkan Omega-3 sebagai penggalak kepada lebih banyak pembakaran lemak.
Kita boleh dapatkan Omega-3 dalam:
  1. Flaxseed
  2. Salmon
  3. Sardin (yang fresh, bukan dalam tin ye...)
  4. Supplemen Omega Guard
  5. Daging lembu
  6. Banyak lagi... 



Macam mana nak pastikan pengambilan Asid-asid Lemak ni dapat hilangkan berat badan kita dengan pantas...
  • Ingat: Kita kena ambil dalam 10-30% je lemak  dalam diet kita kalau kita nak hilangkan berat badan dan nak bina otot...
  • Pastikan kebanyakan atau lagi bagus SEMUA jenis lemak yang kita ambil tu adalah terdiri daripada asid lemak perlu macam Omega-3 kalau kita nak bakar lemak dengan lebih cepat...
  • Kita boleh dapatkan asid-asid lemak ni dengan makan lebih banyak makanan jenis lean protein, macam ikan, kekacang, daging batang pinang atau telur. 
  • Tapi kalau kita rasa macam tak cukup ambil lemak sihat ni dalam diet kita, kita boleh je nak ambil supplemen Omega Guard (untuk Omega-3)
Semoga berjaya dalam usaha untuk mendapatkan berat badan ideal yang anda impikan...

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...