Skip to main content

SPM Bukan Pengakhiran: Nasihat Buat Anak-Anak Kita

Assalamualaikum wbt Hai Semua!

SPM

Alhamdulillah, debaran menunggu keputusan SPM akhirnya dah pun berakhir. Dah tentunya ada yang tersenyum lebar, dan ada juga yang mungkin rasa berat hati nak tengok slip keputusan SPM tersebut. Tapi, apa-apa pun result anak-anak kita, satu benda penting yang kita kena ingat adalah: "SPM bukanlah satu pengakhiran hidup".

Sebagai mak ayah, apa-apa pun kita yang kena jadi kuat dan tenang dulu. Biar apa-apa pun result yang mereka dapat, percayalah, setiap anak ada rezeki dan jalannya sendiri. Kadang-kadang jalan itu bukanlah jalan yang kita bayangkan atau inginkan, tapi sebenarnya itulah yang terbaik untuk mereka yang Allah telah lorongkan.


Usaha Itu Tetap Satu Kejayaan

Apa-apa pun, Acik nak ucapkan jutaan tahniah untuk anak-anak semua. Bukan sebab gred semata-mata, tapi kerana usaha anak-anak yang berpenat-lelah setelah bertahun-tahun belajar, ulangkaji dan berjuang dalam exam. Tak semua orang ada kekuatan untuk bertahan sampai habis. Jadi usaha anak-anak semua tetap patut mak ayah raikan.

Saya selalu cakap pada anak saya (baru berumur 9 tahun), ummi tak kisah apa keputusan yang anak ummi akan dapat. Tapi apa yang ummi pentingkan adalah usaha anak ummi dan konsistensi anak ummi dalam belajar. Bila anak ummi rajin berusaha, itu adalah satu kejayaan buat anak ummi dan juga ummi. Apa-apa keputusan yang anak ummi dapat, kita serah pada Allah. Dah tentu Allah akan bagi apa yang terbaik buat anak ummi.


Ingatlah...

Keputusan itu hanyalah hanyalah angka.
Tapi semangat dan disiplin itu yang akan kekal dalam diri selamanya yang akan berguna untuk masa hadapan.


SPM Tak Tentukan Siapa Kita

Anak-anak perlu tahu, hidup ini adalah luas.

SPM hanyalah satu bab kecil dalam perjalanan anak-anak yang masih panjang. Ramai orang yang berjaya bukan hanya sebab gred A yang penuh dalam slip peperiksaan, tapi kerana mereka ada semangat nak terus belajar, nak terus mencuba, dan tak pernah putus asa bila jatuh.

Ingat, tak kiralah walaupun anak-anak dapat straight A atau apa-apa gred sekali pun dalam SPM, semangat yang berterusan itulah yang insya Allah yang akan dapan menjamin masa depan anak-anak yang cerah.

Kerjaya yang hebat, rezeki yang luas, kejayaan dalam hidup, semuanya boleh dicapai dengan usaha anak-anak yang berterusan untuk jadi lebih cemerlang.


Banyak Jalan Untuk Berjaya

SPM

Kalau result anak-anak semua cemerlang, Alhamdulillah, teruskan ke universiti, sambung diploma, kejar cita-cita anak-anak.

Kalau ada anak-anak yang dapat result yang kurang memberangsangkan, jangan sedih, jangan bimbang. Sebenarnya, terlalu banyak pilihan lain yang anak-anak boleh explore. Contohnya:

- Kolej kemahiran
- TVET
- Kursus profesional
- Mulakan bisnes kecil
- Belajar kemahiran digital, coding, design, editing, etc

Boleh tengok di link ni, untuk info lebih lanjut dan lebih detail.

Yang penting, cari jalan yang sesuai dengan minat dan kekuatan sendiri. Bukan semua orang perlu ikut laluan sama untuk berjaya.

Sambil-sambil tu, siapa yang rasa nak cuba dunia bisnes kecil-kecilan, boleh je mula dari sekarang. Zaman sekarang, peluang bisnes online pun banyak. Contohnya macam bisnes produk kesihatan semulajadi yang trusted seperti Shaklee. Sambil belajar, sambil tambah pengalaman berbisnes, sambil jana pendapatan sendiri.

Untung-untung boleh masuk kolej self-sponsored. Gitteww....


Jangan Bandingkan Diri Dengan Orang Lain

Kadang-kadang bila kita tengok kawan-kawan kita dapat result yang lebih baik, biasalah kalau hati ada rasa sedikit sedih. Itu adalah normal. Tapi jangan biarkan perasaan itu lama-lama, sehingga menjadi racun dalam diri sampai rasa nak berputus asa.

SPM

Ingat, kita sedang berlumba dengan diri sendiri, bukan dengan orang lain. Kita berlumba dengan diri kita yang semalam. Pastikan diri kita hari ini adalah lebih maju ke hadapan. Dan diri kita hari esok adalah lebih maju dari diri kita hari ini.

Biarlah perjalanan kita itu perlahan. Asalkan kita terus melangkah.


Terus Belajar Sampai Bila-Bila

Anak-anak...

Kita belajar bukan hanya sekadar sampai habis setakat SPM sahaja. Ilmu Allah itu ada di mana-mana. Dalam kehidupan, dalam pengalaman kerja, dalam kegagalan dan dalam kejayaan hatta sekecil mana pun.

Dan jangan lupa, dengan menjaga kesihatan pun adalah satu bentuk pembelajaran. Bila badan sihat, baru kita boleh kejar impian tanpa mudah letih atau stress.

Ada banyak cara nak jaga diri. Makan diet yang seimbang, cukup rehat, dan kalau nak sokongan tambahan, boleh amalkan suplemen semulajadi yang selamat dan terbukti seperti Shaklee. Cukup nutrisi, insyaAllah otak cergas, badan bertenaga, semangat pun kuat.


Doa, Usaha, Tawakkal

SPM

Jangan lupa, perjalanan hidup kita ini adalah atas ketentuan dan rahmat Allah.
Ya, usaha dan perancangan kita penting, tapi redha Allah dan tawakkal juga mesti kuat.

Percayalah...
Kadang-kadang rezeki itu boleh datang dari jalan yang tak disangka-sangka.
Kadang-kadang kegagalan hari ini adalah sebab Allah nak beri kejayaan yang lebih besar esok.

Yakinlah dengan aturan Dia.

Teruskan berusaha dan berdoa!


Akhir kata...

Anak-anak...

Janganlah kita malu dengan apa pun keputusan yang kita dapat. Yang penting, jangan berhenti membina impian dan terus mencuba dan berusaha.

Hidup ini bukanlah tentang siapa yang dapat A lebih banyak.
Di penghujungnya nanti, hidup ini adalah tentang siapa yang berani untuk bangun setiap kali kita jatuh, dan siapa yang akan tetap melangkah walaupun jalan penuh liku dan onak duri.

Gitteww....

Ingat ye, anak-anak...

SPM bukanlah pengakhiran. Tapi, ia barulah permulaan.
Mari sama-sama kita teruskan perjalanan ini dengan penuh semangat, doa dan usaha tanpa putus, dan tubuh badan yang sihat sebagai aset penting untuk terus berjuang.


Note:
Kalau ada yang nak cari suplemen semulajadi untuk kekalkan tenaga, kekuatan, dan fokus dalam perjalanan baru ni, boleh je try produk Shaklee. Sesuai untuk anak-anak muda yang aktif dan sentiasa nakkan yang terbaik untuk diri sendiri. WhatsApp je acik ye...

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Shaklee
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...