Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Bila dah masuk minggu peperiksaan, mula lah hidup jadi sangat hectic. Tak kisahlah untuk mak ayah atau anak-anak yang belajar tu sendiri. Ini termasuklah jadi pada diri saya sendiri. Bila dapat je jadual peperiksaan, dah macam-macam saya fikir dalam otak. Saya dah siapkan schedule silibus-silibus yang perlu anak saya ulang kaji, print out kertas-kertas past year exam atau apa-apa latihan yang anak saya boleh cuba untuk buat. Memang kalut lah! Dulu-dulu masa zaman saya masih belajar pun, itu jugalah yang saya buat untuk diri sendiri. Sekarang saya turunkan ke anak saya pula.
Tapi sebenarnya, kalau difikir-fikirkan balik, di sebalik apa sahaja persiapan kita di sepanjang musim peperiksaan tu, ada banyak benda positif yang kita boleh ambil dan terapkan dalam hidup kita dan anak-anak.
Ya, memanglah bila cakap pasal exam, kita fikirkan untuk dapat straight A je. Tapi, kalau kita pandang dari sudut lain, musim exam ni sebenarnya boleh jadi satu titik tolak yang boleh bantu untuk kita jadikan hidup kita supaya lebih tersusun, dan secara tak langsung boleh meningkatkan kualiti hidup, produktiviti dan kesihatan fizikal serta mental kita sekeluarga.
Eh, macam mana tu?
1. Belajar Rancang Masa dengan Lebih Baik
Masa exam, hampir semua orang akan mula pandai untuk buat jadual belajar. Bila nak baca subjek apa, bila nak rehat, bila nak tidur, bila nak main game (eh?)… Walaupun kadang-kadang.. ye la… jadual tu tak de lah kita dapat ikut 100%, tapi at least kita dah mula ada kesedaran nak belajar merancang dan menyusun masa.
Bila rancang masa dengan betul, kita akan:
- Kurang stress sebab tahu apa nak buat seterusnya
- Kurang buang masa dengan benda yang tak penting
- Lebih fokus pada target harian
Lepas habis exam pun, cuba kekalkan habit ni. Buat “to-do list” yang simple setiap hari. Tak perlu panjang-panjang pun, dapat 3-5 item penting pun dah cukup untuk permulaan. Nak lagi bagus, boleh belajar teknik untuk kenal pasti perkara-perkara yang terletak dalam kumpulan “highest priority & highest urgency”. Lama-lama, semua tu akan mula jadi habit dan jadikan kehidupan harian kita lebih produktif.
2. Disiplin Diri dan Konsistensi
Masa exam, nak tak nak kita kena juga duduk dan buat ulangkaji. Tak boleh main phone lama-lama, tak boleh tidur lewat sangat dan dah tak boleh bertangguh. Ini semua adalah satu bentuk latihan disiplin.
Bila dah terbiasa dengan disiplin ni masa exam, rugilah kalau kita tak teruskan je habit ni lepas tu. Boleh baca sini untuk tahu bagaimana habit yang baik boleh memberi impak pada kesihatan.
Disiplin diri bantu kita untuk:
- Capai target lebih cepat
- Kurangkan sifat bertangguh kerja (procrastination)
- Rasa lebih puas hati dengan pencapaian harian
Dalam bab kesihatan pun sama. Nak jaga kesihatan tak boleh on-off. Kena konsisten makan makanan berkhasiat, minum air cukup, tidur awal… Sama la kalau ambil suplemen pun kena juga berdisiplin. (Ni memang pesanan kat diri sendiri juga ni)
3. Minda Lebih Tersusun dan Tenang
Pernah tak masa exam rasa kepala kita akan jadi lebih "alert"? Sebab masa tu, otak kita sebenarnya berada dalam "mode fokus". Waktu tu, kita tahu apa yang nak dicapai, kita tahu apa yang penting, apa yang kurang penting. Ini semua sebab adanya struktur dalam rutin harian.
Bila ikut jadual, kita akan:
- Kurang rasa kelam-kabut
- Lebih tenang sebab ada hala tuju (baca sini untuk rahsia kekal bahagia dan happy)
- Minda jadi lebih bersedia untuk hadapi cabaran harian
Sedikit tips yang saya boleh share untuk dapatkan minda yang kekal tenang:
- Elak buat semua benda last minute
- Bahagi masa untuk kerja dan rehat
- Ambil masa sekejap setiap hari untuk refleksi diri (contohnya tulis journal)
4. Belajar Fokus dan Kurangkan Gangguan
Masa exam, kita sendiri sepatutnya akan rasa nak kurangkan scroll media sosial, dah tak tengok Netflix sangat, dan kita akan lebih fokus untuk membuat atau membaca nota. Alangkah bagusnya kalau rasa ini terus dinormalisasikan dalam kehidupan seharian walaupun bukan berada dalam minggu exam.
Dengan mengurangkan distraction-distraction ni, kita boleh:
- Siapkan kerja lebih cepat
- Hasilkan kerja lebih berkualiti
- Akan ada lebih masa untuk berehat yang betul-betul berkualiti
Cuba hadkan masa daripada bermain phone walaupun dah habis exam. Kena ada masa, orang panggil “digital detox”, supaya kita boleh bebaskan diri daripada screen time dan ambil masa itu untuk reset diri dan buat apa-apa aktiviti lain yang lebih berfaedah dan memanfaatkan diri.
5. Kesihatan Lebih Terjaga Bila Ada Jadual
Minggu peperiksaan biasanya buat kita mak ayah ni jadi lebih peka dengan waktu tidur, waktu makan anak, dan kesihatan anak yang lebih baik.
Kalau waktu exam boleh jaga semua tu, kenapa lepas exam tak boleh kan?
Apa yang boleh kita teruskan:
- Tidur awal, bangun awal (baca sini untuk tahu tips mudah tidur)
- Makan ikut waktu, elak makanan ringan sangat
- Minum air secukupnya
- Rehat yang cukup dan berkualiti
Set penjagaan kesihatan asas macam Vitalea, B-Complex dan OmegaGuard ni sebenarnya bagus diamalkan setiap hari, tak kiralah musim exam atau tak. Bila badan sihat, otak pun akan jadi lebih bertenaga dan emosi pun akan jadi lebih stabil.
Akhir kata…
Jangan kita pandang minggu peperiksaan ni sekadar ujian di atas kertas semata-mata. Tapi jadikanlah ia juga sebagai “simulasi kepada kehidupan sebenar”. Jadikan ia sebagai satu latihan di mana kita boleh belajar untuk merancang, belajar untuk jadi lebih fokus, belajar mengurus masa, belajar untuk jaga kesihatan dengan lebih baik, juga belajar untuk mengawal tekanan.
Apa yang saya sharekan di atas ini juga sebenarnya boleh juga diambil sebagai check list persiapan sebelum dan sepanjang minggu peperiksaan. Dan kalau kita dapat teruskan rutin dan habit yang dibentuk masa exam ni, insya Allah hidup kita secara tak langsung akan jadi lebih teratur dan meaningful sentiasa, bukan hanya waktu minggu exam ni je. Tak semestinya kena rigid, tapi cukuplah sehingga ia dapat bantu kita untuk menjadi versi diri kita yang lebih baik. Aameen….
Nak lagu bagus kalau kita juga dapat amalkan gaya hidup sihat dan juga pengambilan supplemen yang bersesuaian. iIsya Allah memang satu bonus lah untuk bantu kita sekeluarga jadi lebih cergas dan lebih fokus dengan rutin harian. Boleh baca sini untuk tahu tips bagaimana boleh kekal bertenaga sepanjang hari.
Selamat beramal dan semoga terus cemerlang, bukan saja dalam peperiksaan, tapi juga dalam hidup kita yang mendatang!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment