Assalamualaikum wbt.
Macam yang semua mungkin tahu, saya banyak suggest supaya amalkan supplemen untuk dapatkan kesihatan yang optimum.
Tapi itu tak bermakna kita boleh abaikan gaya hidup yang sihat.
Tahu tak sebenarnya a good habit pun tersangat penting boleh tingkatkan taraf kesihatan badan kita?
Pemakanan yang sihat
- Ambil makanan yang cukup segala nutrien termasuk vitamin, mineral, protein, karbohidrat dan lemak sihat
- Kalau makanan yang kita ambil tak cukup lengkap dengan segala nutrien yang diperlukan, wajib ambil supplemen yang melengkapkan.
- Kurangkan makanan yang telah diproses
- Tak berlebihan dalam pengambilan lemak tepu dan gula ringkas
- Jangan ambil alkohol
- Minum air yang mencukupi
Tidur paling kurang 7 jam sehari pada waktu malam
- Sangat penting untuk mendapatkan rehat yang cukup pada waktu malam untuk memberikan ruang untuk system imun badan untuk berfungsi dengan baik.
- Bila kita tidur, badan kita boleh memulihkan kembali fungsi semulajadinya, termasuklah system imun.
- Kalau kita selalu tak cukup tidur, kita lebih mudah untuk mendapat jangkitan.
- Malah mudah juga untuk dapat masalah kesihatan seperti:
~ Penyakit jantung
~ Strok
~ Tekanan darah tinggi
~ Diabetes
~ Obesiti
Bersenam dengan kerap
- Kalau kita rasa tak sihat sebab kita kurang bersenam, maksudnya kita telah melemah system imun kita dan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit atau jangkitan.
- Kajian menunjukkan dengan kekal aktif melalui senaman yang kerap boleh membantu meningkatkan system imun dengan meningkatkan jumlah sel darah putih dalam badan kita bagi membantu untuk melawan apa jua bentuk kesakitan.
- Semakin kuat badan kita secara fizikal, maksudnya semakin kuat jugalah system imun kita.
- Tapi, kita pun tak boleh terlebih bersenam juga, sebab badan kita juga perlukan masa yang cukup untuk berehat.
- Kajian juga ada menunjukkan yang terlebih bersenam boleh menyebabkan tekanan fizikal pada badan kita, di mana ia boleh memberikan kesan negative pada system imun.
- Memaksa-maksa diri semasa bersenam boleh menyebabkan masalah pada system kardiovaskular kita dan boleh mengacau-bilaukan system imun kita.
- Ingat, dapatkan rehat yang cukup sebelum mula bersenam semula. Bersenam dan berehat sama-sama penting.
Happy setiap hari

- Stress melemahkan system imun.
- Stress yang terlalu tinggi boleh menghasilkan ketakseimbangan hormone dalam badan kita, dan secara tak langsung mencacatkan fungsi system imun dan boleh memberi kesan negative pada badan kita dalam proses penyembuhan.
- Ia juga boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.
Sebab tu kita kena amalkan gaya hidup yang sihat, iaitu dengan lakukan aktiviti fizikal, amalkan kepelbagaian makanan yang sihat dan bersosial.
Insya Allah kita akan terhindar daripada mendapat penyakit-penyakit kronik.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : syida_rohim
Twitter : @SyidaRohim
Google + : +SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Email : hanaziq7@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Meru (Klang), Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment