Skip to main content

Susah Lelap? Jangan Buat Perkara-perkara Ini Sebelum Masuk Bilik Tidur

Assalamualaikum wbt



Haih... Asyik menguap je tu.. Kenapa?


Malam tadi tak cukup tidur? Tidur tak nyenyak?

Haiyaa... susah tidur, pegi kerja pun jadi mata panda....!!



Tau tak, dapatkan tidur yang nyenyak sangat penting. Sebab dengan tidur yang nyenyak, ia boleh membina semangat dan tenaga untuk kita bekerja pada esok harinya. 

Dan tahu tak juga, tidur yang terganggu juga boleh menjejaskan kesihatan kita secara amnya. Mulalah rasa sakit kepala la... Stress la... Bila dah stress, mulalah dapat penyakit macam-macam. Even sekarang ni, susah tidur tu pun dah dinamakan sebagai satu penyakit, iaitu "insomnia". Pernah dengar, kan?

Nak dapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti sebenarnya banyak bergantung pada diri kita sendiri. Bergantung pada apa yang kita buat sepanjang hari, apa yang kita makan, apa yang kita minum... Terutamanya pada hampir waktu nak tidur...



So, kat sini saya nak share sikit lah beberapa perkara yang patut dielakkan sebelum kita nak masuk tidur untuk mendapatkan tidur yang berkualiti:



GUNA SMARTPHONE




Menggunakan alat elektronik macam smartphone, atau tengok TV sebelum masuk tidur boleh mengganggu kualiti tidur. Nak dapatkan tidur yang nyenyak, kita kena elakkan daripada menggunakan alat teknologi yang boleh mengeluarkan cahaya untuk sekurang-kurangnya sejam sebelum waktu tidur.




Sinaran biru atau "Blue light" yang dikeluarkan daripada komputer, smartphone, tablet dan TV boleh menghalang penghasilan melatonin yang memberi rasa mengantuk. Kalau nak jugak tengok smarphone atau laptop kat bilik tidur, boleh.... Tapi kena jarakkan paling-paling 14 inci daripada mata kita. Atau kurangkan brightness screen monitor tu...


MENGAMBIL UBAT-UBAT TERTENTU




Sesetengah jenis ubat atau supplemen boleh beri effect kesegaran pada kita. Kalau tanya saya, saya akan elakkan daripada ambil B-Complex sebelum tidur sebab ia boleh bagi energy pada kita. Bila dah energetic, susah lah sikit nak tidur, kan... 



Ubat lain yang boleh menyebabkan kita susah nak tidur adalah antidepresan. Dan ada juga ubat-ubat lain yang boleh buatkan perut kita rasa tak selesa. So, tidur pun jadi tak selesa la. 


Sebab tu, kalau kita memang ada masalah tidur, dan pada masa yang sama kita ada ambil apa-apa jenis ubat, tanya balik pada doktor, kalau-kalau itu adalah effect daripada ubat-ubatan tu...

Dan jangan ingat ambil pil tidur boleh bantu untuk kita tidur nyenyak, k.... Apa-apa pun, sila dapatkan nasihat doktor jika ada masalah tidur yang kronik.



SMS / WHATSAPP / TELEGRAM / PM / SEWAKTU DENGANNYA

Elakkan letak handphone berdekatan dengan kita sewaktu tidur



Bermesej pun boleh ganggu tidur kita. Sebab ada kemungkinan bila kita tidur berdekatan dengan handphone, kita akan terkejut bila terdengar notification kalau ada orang reply mesej kita tadi.




Kalau nak elakkan daripada terjaga akibat any notification, letak handphone jauh-jauh. Atau pun, mute kan je...


MINUM KOPI





Haa.. Yang ni memang kebanyakannya semua tahu kot... Elakkan minum kopi sebelum tidur..


Kalau ada yang tak tahu, secawan kopi mengandungi lebih kurang 8-120 mg kaffein secawan. Dan rasanya semua pun tau kita kena elakkan daripada ambil kaffein sebelum tidur kan... 

Tapi kekadang ada sesetengah orang yang memang suka nak minum kopi waktu-waktu malam. Tapi tau tak, walaupun kita minum kopi tu dalam 2-3 jam sebelum tidur, ia still boleh affect kualiti tidur kita tau! Dan satu fakta lagi yang kita kena tau, kaffein boleh stay dalam badan kita hingga 12 jam!!!  




Anda minum kopi decaf? 


Tahu tak lagi satu fakta yangs sebenarnya kopi decaf pun tak semestinya betul-betul caffein-free. Ada sesetengah kopi decaf masih ada kaffein walaupun dalam kuantiti yang sikit (~20mg). So, kena cek betul-betul ingredient kopi yang kita minum tu. Nak selamat, tak payah la minum kopi waktu malam...



MINUM TEH




Selain kopi, teh pun adalah salah satu sumber kaffein jugak. 




Suka sangat minum teh? Okay, boleh minum. Tapi ada caranya...


1) Rendamkan uncang teh SEKALI JE laju-laju dalam satu cawan berisi air panas
2) Terus alihkan uncang tadi ke cawan yang lain yang berisi air panas ke suam ke... bergantung pada kita la nak minum air macam mana. 



Kenapa kena buat macam ni?




Sebab kebanyakan kaffein pada teh akan dilepaskan pada saat-saat awal rendaman tu. So, dengan cara ni, kita still boleh enjoy minum teh malam-malam dengan kandungan kaffein yang lebih rendah.


MAKAN COKLAT



Satu lagi sumber kaffein adalah coklat. Terutamanya dark chocolate yang mempunyai kandungan koko yang lebih tinggi. 



Selalunya milk chocolate mempunyai kandungan kaffein yang lebih rendah (~10mg). Dan saya pernah terbaca, untuk menikmati coklat dengan kandungan koko paling rendah adalah minuman susu coklat. 


Selain kaffein, coklat juga memngandungi satu sebatian yang dipanggil 'theobromine'. Theobramine dikatakan boleh juga menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung, dan seterusnya boleh menjurus kepada susah untuk tidur. Tapi, dikatakan kandungan theobramine dalam coklat adalah sedikit, untuk mempunyai kesan yang ketara. 



KURANG REHAT




Pernah tak masa nak tidur, kita asyik teringat-ingat je kerja kat ofis. Atau pun terfikir-fikir masalah itulah... ini la... 




Kalau ia terjadi pada anda, ia mungkin disebabkan anda tak berikan minda anda cukup rehat sebelum waktu tidur. Kita tak ambil masa untuk relax sebelum masuk tidur.


Sepatutnya sebelum masuk tidur, kita kena ambil masa sejam untuk relaxkan minda. Jangan masuk tidur dalam keadaan yang terlalu penat dan berserabut. Kalau nak buat apa-apa planning, lakukan pada waktu tu.

Bila dah sampai waktu tidur, insya Allah jiwa kita... hati kita.. dan minda kita dah already tenang dan relax. Insya Allah, lebih mudah untuk nyenyak tidur. Takde la nanti tidur asyik termimpi-mimpi pasal kerja dan masalah je kan... Nightmare betul...



CHECK EMAIL





Selain disebabkan oleh "blue-light", kita tak digalakkan untuk check email dekat-dekat dengan waktu tidur untuk mengelakkan kita rasa cemas, gelisah dan stress. Nanti otak kita asyik terfikir pasal kerja je, walaupun kita dah baring atas katil. Nanti tidur pun dalam keadaan yang stress. Bila tidur dalam keadaan stress, bangun tidur kita boleh rasa letih. Rasa restless.


MAKAN MAKANAN PEDAS DAN BERLEMAK




Ambil makanan yang berat dekat dengan masa tidur boleh menyebabkan kita tidur dengan keadaan perut yang tak selesa. Mungkin perut rasa kembung atau terlalu kenyang. Tambah pulak dengan makan makanan pedas atau berlemak yang boleh menyebabkan rasa pedih ulu hati.



Seelok-eloknya, ambil dinner paling lewat 2 jam sebelum tidur. Ini adalah untuk memberikan mada untuk perut kita hadamkan makanan yang kita ambil. Kalau tiba-tiba lapar waktu malam tu, boleh minum susu sebab ia boleh berikan effect mengantuk pada kita. 


TIDUR NYENYAK DENGAN OSTEMATRIX SHAKLEE

>> Magnesium dalam Ostematrix boleh meningkatkan kualiti tidur dan mengurangkan risiko untuk terjaga pada waktu malam.
>> Magnesium juga boleh mengurangkan stress dan rasa cemas. Boleh memberikan rasa tenang


** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:


Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : syida_rohim
Twitter : @SyidaRohim
Google + : +SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Meru, Klang, Setia Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang, Sunway, Sepang, Nilai, Labu dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole