Skip to main content

Penawar segala penyakit

Assalamualaikum wbt.




"If exercise were a pill, everyone would take it."


Kalaulah senaman itu adalah sejenis pil atau ubat, semua orang mesti akan amalkannya. 




Ini kerana senaman boleh membantu menghalang atau merawat hampir kesemua masalah kesihatan yang ada dalam dunia ni, termasuklah strok, tekanan darah tinggi, osteoporosis dan jantung.

Saya tak exaggerate tau... Ini memang dah ada bukti secara klinikal..! 



Apa sebenarnya kebaikan senaman untuk kesihatan kita?      



Awet Muda


Semua orang dah memang tau kot, kebanyakan kes kematian adalah disebabkan oleh penuaan. Senaman boleh merangsang penghasilan hormon pertumbuhan manusia, iaitu hormon awet muda yang boleh mencairkan lemak, membina otot dan membantu kita untuk nampak muda, dan terasa muda.


Menurunkan risiko alzheimer

Hanya dengan berjalan selama 10 minit sehari boleh merendahkan risiko untuk mendapat Alzheimer. Ia boleh menajamkan minda orang-orang tua yang mempunyai masalah keupayaan kognitif, akibat Alzheimer. Tak ada ubat yang boleh buat macam ni! 


Membina otot yang boleh membantu mengurangkan masalah arthritis


Mereka yang mempunyai otot yang lebih kuat mempunyai risiko osteoarthritis yang lebih rendah.


Meredakan simtom lelah

Senaman yang kerap selama 3 bulan boleh mengurangkan simtom asthma secara mendadak. Ia juga boleh mengurangkan masalah kebimbangan dan kemurungan.


Menghalang dan melindungi daripada kanser



Senaman boleh membantu menghalang kanser dan pengulangannya. Ia juga boleh meredakan sebarang kesan sampingan akibat rawatan kanser. Ini termasuklah untuk kanser prostat, payudara dan kolon.


Memberi lebih tenaga


Mereka yang bersenam secara konsisten selama 3 bulan berisiko rendah untuk menghadapi kelesuan berbanding mereka yang tidak bersenam.


Menghilangkan stress


Dengan hanya berjalan, anda boleh menghilangkan rasa stress tanpa perlu telan anti-depressant. 


Mengurangkan risiko diabetes


Senaman yang kerap merendahkan risiko untuk mendapat diabetes sebanyak 40%. Senaman juga boleh mengawal paras gula dalam darah bagi mereka yang dah ada diabetes.


Meningkatkan kestabilan


Orang-orang yang dah berumur memang senang terjatuh, yang boleh mengakibatkan kecederaan, malah boleh juga menyebabkan kematian. Pelbagai jenis senaman termasuklah berjalan, menari dan tai chi boleh membantu warga tua untuk meningkatkan kestabilan diri.



Melegakan kesakitan akibat fibromyalgia


Senaman air yang kerap boleh menurunkan kesakitan dan meningkatkan kesihatan bagi pesakit fibromyalgia.


Mengurangkan risiko batu karang

Mereka yang banyak melakukan aktiviti rekreasi seperti berjalan dan berbasikal kurang berisiko untuk dapat batu karang berbanding mereka yang kurang aktif. 

Batu karang boleh dielakkan dengan senaman selama 30 minit, 5 hari seminggu.


Mengelakkan serangan jantung


Senaman yang kerap mengurangkan risiko mendapat serangan jantung. Dan senaman yang kerap selepas mendapat serangan jantung juga boleh mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung tersebut.



Penawar bagi tekanan darah tinggi



Senaman boleh menurunkan tekanan darah. Senaman seperti berjalan atas treadmill atau senaman otot boleh jadi "penawar" untuk sesiapa sahaja yang ada tekanan darah tinggi. Kalau berjalan bawah sinaran matahari pun bagus, sebab Vitamin D daripada sinaran matahari boleh menurunkan tekanan darah.


Meningkatkan sistem imun


Mereka yang bersenam akan kurang mendapat selsema. Ini kerana senaman boleh meningkatkan peredaran sel imun yang membunuh virus jangkitan. Tapi tak bolehlah buat kejap-kejap je. Kita kena bersenam selalu untuk kekalkan kualiti sistem imun yang berterusan.


Membantu untuk mudah tidur malam

Dengan senaman yang kerap, mereka yang mengalami insomnia boleh tidur dengan lebih mudah dan tak lagi selalu terjaga pada waktu tengah malam.


Mengurangkan hot flush akibat menopos


Wanita yang banyak lakukan aktiviti fizikal akan kurang menghadapi simtom menopos, seperti hot flush.



Meningkatkan kualiti hidup


Berbasikal selama 30 minit boleh meningkatkan tenaga, hubungan sosial dan tahap beraktiviti.



Menguatkan tulang


Senaman sangat berkesan untuk mengekalkan jisim tulang, mengelakkan daripada keretakan dan meningkatkan kualiti kehidupan mereka yang mengalami osteoporosis.


Menurunkan berat badan

Kita dengar banyak cerita orang-orang yang berjaya turunkan berat badan. Tapi banyak juga kita nampak mereka yang tak dapat maintain weight loss tu. Untuk kekalkan penurunan berat badan, senaman yang kerap adalah amat digalakkan.


Melindungi kita daripada jatuh sakit akibat tekanan

Mereka yang selalu bersenam mempunyai kurang masalah kesihatan bila mereka menghadapi tekanan. 



Melindungi otak



Brisk walking selama 30 minit sehari, untuk 6 hari seminggu  boleh mengurangkan risiko strok.


Kesimpulannya...

Jika anda semua rajin bersenam secara konsisten, insya Allah, banyak masalah kesihatan dapat diatasi...

Performance Drink sebagai bekalan untuk anda yang ingin kekal terhidrat dalam kehidupan anda yang aktif. Sebagai ganti kepada air "seratus tambah".


** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:


Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : syida_rohim
Twitter : @SyidaRohim
Google + : +SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Meru, Klang, Setia Alam, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang, Sunway, Sepang, Nilai, Labu dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole