Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Hari ni saya nak share sikit pasal topik yang makin relevan bila umur dah makin meningkat ni: gaya hidup sihat. Ramai kan antara kita yang dah masuk 30-an ke atas? Yang mana sebaya-sebaya saya, mesti badan anda dah mula “kasi hint” yang tak best. Bangun pagi badan rasa lenguh-lenguh. Makan sikit pun paras kolesterol mula cepat naik. Tidur dah cukup tapi badan tetap rasa lesu. Dah mula rasa badan tak seceria dulu. Cepat penat, sakit sana sini, kulit pun makin kusam. Ha… pernah tak rasa macam tu?
Jangan risau, itu normal! Bukan anda sorang je yang alami benda tu, tapi memang ramai yang di kalangan umur 30-an atau 40-an yang melalui fasa ni. Tapi, the good news is… kita semua masih belum terlambat untuk mula berusaha untuk mula menjaga kesihatan diri dan jantung kita supaya kita kekal sihat dan bertenaga, asalkan kita tahu caranya.
Kenapa Makin Berumur Makin Kena Ambil Berat Pasal Kesihatan?
Mesti ada yang tertanya, kenapa bila umur dah mencecah 30-an ni, tiba-tiba je semua macam penyakit nak menyinggah? Waktu muda-muda dulu, takde langsung simtom-simtom ni datang. Itu yang mungkin membuatkan kita tak fikir sangat pasal kesihatan jantung, kolesterol, atau tekanan darah dulu.
Ha, sebenarnya, bila kita makin berusia, dah masuk umur 30-an, badan kita akan melalui pelbagai jenis perubahan. Antaranya adalah metabolisme badan kita akan mula jadi perlahan. Proses penuaan ni akan memperlahankan fungsi beberapa organ penting dan seterusnya akan menyebabkan sel-sel badan kita akan menjadi semakin kurang efficient. Badan mula ‘berkarat’ bak kata orang, dan risiko penyakit “silent-killer” macam serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi pun akan mula meningkat.
Antara isu kesihatan yang kerap timbul bila dah masuk 30-an ke atas ni termasuklah:
- Risiko penyakit jantung: Kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi
- Sakit sendi: Kartilaj sendi kita mula menipis, menyebabkan sakit dan kekakuan.
- Memori makin berkurang: Kadang-kadang tu, kunci rumah letak kat mana pun boleh lupa!
- Kulit kusam dan penuaan awal: Kolagen dalam kulit semakin berkurang, mulalah timbul garis-garis halus.
- Mudah letih dan lesu: Stamina tak macam zaman muda-mudi dulu.
Inilah sebabnya kenapa kita perlu lebih proaktif dalam menjaga kesihatan, bukan tunggu dah sakit baru nak cari ubat. Dan salah satu ikhtiar yang boleh bantu kita adalah Omega Guard!
Apa Istimewanya Omega Guard Ni Sampai Kena Ambil?
Omega Guard ni sebenarnya adalah minyak ikan berkualiti premium yang kaya dengan Omega-3 fatty acids, (terutamanya EPA dan DHA); iaitu sejenis lemak sihat yang badan kita perlukan tapi tak mampu hasilkan sendiri. Korang mesti pernah dengar kan pasal kebaikan minyak ikan ni? Tapi apa beza Omega Guard dengan minyak ikan lain kat pasaran?
Omega Guard dari Shaklee ni ada beberapa kelebihan yang buatkan ia menjadi pilihan ramai:
- Sangat tulen, pekat dan bergred farmaseutikal: Shaklee menggunakan proses penyulingan molekul 3 peringkat. Ini maksudnya, takde la merkuri, plumbum, arsenik, atau bahan cemar lain yang tak sepatutnya ada dalam minyak ikan tu. Kualiti memang tip-top!
- Kecil & mudah ditelan: Takde bau ikan yang meloyakan.
- Sumber dari ikan-ikan kecil laut dalam: Ikan-ikan yang digunakan untuk ekstrak minyak ni adalah ikan laut dalam macam sardin, mackerel, dan ikan bilis. Ikan-ikan ni memang terkenal dengan kandungan Omega-3 yang tinggi, lebih sihat dan bersih.
- Stabilkan kolesterol: EPA dan DHA dalam Omega Guard ni memang power untuk bantu turunkan paras kolesterol jahat (LDL) dan naikkan kolesterol baik (HDL).
- Melancarkan peredaran darah: Kurangkan risiko darah beku dan tekanan darah tinggi, jadi risiko penyakit jantung dapat dikurangkan.
- Baik untuk sendi: Sifat anti-radang Omega-3 ni memang sangat bagus untuk mereka yang ada masalah sendi, gout atau sakit-sakit badan.
- Tingkatkan fungsi otak dan memori: DHA ni komponen penting dalam otak kita. Pengambilan Omega Guard secara konsisten boleh bantu tingkatkan daya ingatan, fokus, dan mood. Sesuai sangat untuk yang dah mula ada penyakit pelupa tu!
- Cantikkan kulit dan rambut: Omega-3 juga bantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan masalah kulit. Kulit pun jadi lebih anjal dan berseri. Rambut pun sihat dan shining!
- Tingkatkan imuniti badan: Bila imun sistem kuat, badan pun tak mudah diserang penyakit.
Pendek kata, Omega Guard ni sangat bagus untuk kesihatan menyeluruh, terutamanya bila kita dah melangkah ke fasa usia 30-an ke atas.
Cara Nak Amalkan Omega Guard Dengan Betul
Untuk mendapatkan manfaat optimum dari Omega Guard, cara pengambilan yang betul tu penting tau. Biasanya, disarankan untuk ambil 2-3 kapsul sehari, bersama dengan makanan.
Kenapa kena ambil dengan makanan? Sebab Omega-3 ni adalah jenis lemak, jadi dia lebih mudah diserap oleh badan bila ada makanan lain dalam perut. Contohnya:
- ambil 1 biji waktu sarapan, 1 biji waktu makan tengah hari, dan 1 biji waktu makan malam
Atau cara saya:
- sekali gus 2-3 biji selepas makan malam (ini waktu saya makan berat)
Anda boleh pilih mana-mana cara ini ikut kesesuaian anda. Tapi yang paling penting…
📅 Konsisten! Ambil setiap hari. Jangan makan bila teringat je. Kalau takut lupa, set alarm.
💧 Minum air yang cukup: Minyak ikan akan dapat diserap dengan lebih baik bila badan kita cukup air.
Jadikan Omega Guard Sebahagian Dari Gaya Hidup Sihat Anda!
Omega Guard ni bukan ubat ajaib yang boleh buat kita terus sihat dalam sekelip mata. Ia adalah suplemen yang berfungsi sebagai pelengkap kepada gaya hidup sihat kita. Untuk hasil yang terbaik, pastikan juga:
- Amalkan diet seimbang: Kurangkan makanan berminyak, bergula, dan banyakkan sayur-sayuran serta buah-buahan.
- Bersenam secara konsisten: Mula dengan brisk 30 minit sehari pun dah cukup baik.
- Rehat yang cukup: Pastikan tidur 7-8 jam sehari.
- Kawal stres: Belajar teknik relaksasi macam yoga atau meditasi.
Akhir kata…
Dengan gabungan Omega Guard dan gaya hidup sihat, insya Allah kita akan rasa lebih bertenaga, ceria, dan mampu menjalani hari-hari dengan lebih produktif. Jangan tunggu dah sakit baru kita nak beringat. Ramai orang hanya mula jaga jantung bila dah disahkan ada masalah kolesterol tinggi atau tekanan darah tak stabil. Tapi waktu tu, kita dah already ada dalam "repair or recovery mode”. Apa kata kita mula daripada sekarang, sebelum kita dapat simtom-simtom yang membimbangkan ni?
Gaya hidup sihat tak semestinya kena terus tukar 100%. Tapi kita boleh mulakan dengan satu langkah kecil. Dan kalau anda tanya saya, Omega Guard adalah salah satu langkah kecil yang boleh memberi impak besar untuk kesihatan jantung kita.
Ingat, jantung kita bekerja 24/7 tanpa cuti. Jadi jom kita beri dia ‘minyak pelincir’ terbaik setiap hari. Jom kita mulakan langkah ke arah kesihatan yang lebih baik sekarang!
Kalau anda berminat nak cuba Omega Guard atau nak tahu lebih lanjut pasal Omega Guard atau nak dapatkan konsultasi? Jangan segan silu untuk terus whatsApp saya ya! Jangan tunggu sakit baru nak bertindak. Badan kita amanah, jom kita jaga sama-sama dan sama-sama kita kekal sihat dan bertenaga!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment