Skip to main content

PCOS dan Masalah Kesuburan: Jangan Putus Asa, Masih Ada Harapan

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

PCOS dan Masalah Kesuburan

PCOS. Dengar je perkataan ni, mesti ramai wanita yang mengeluh. Sebab mesti ramai yang dah tahu PCOS ni ada kaitan rapat dengan masalah kesuburan, kan? Memang tak dinafikan, Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) ni adalah antara punca utama kenapa ramai wanita struggle untuk hamil. Tapi jangan risau, anda semua tak keseorangan! Dan paling penting, jangan sesekali putus asa, sebab harapan sentiasa ada!

Apa Itu PCOS & Kenapa Ramai Wanita ‘Kecut Perut’ Bila Mendengarnya?

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) ialah sejenis gangguan hormon yang menjadikan ovari menghasilkan androgen (hormon "lelaki") secara berlebihan. Secara ringkasnya, PCOS ni akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan kita. Antara tanda-tanda atau akibat-akibat yang biasa kita dengar disebabkan masalah PCOS adalah:
- Kitaran haid tak teratur.
- Tumbuh bulu-bulu halus di tempat yang tak sepatutnya
- Naik jerawat
- Berat badan susah nak turun
- Ovari kita mungkin tak melepaskan telur yang matang secara teratur (ovulasi) atau langsung tak melepaskan telur
- Kantung kecil berisi cecair (cyst) mudah terbentuk pada ovari.

Atas sebab ovulasi yang tak menentu ini lah yang selalu membuatkan ramai wanita susah nak conceive. Bila ovulasi tak berlaku, macam mana nak bersenyawa dengan sperma kan? Itu yang menjadi cabaran terbesar bagi wanita TTC yang mengalami PCOS. Tahu tak, di Malaysia sendiri, terdapat kajian yang mendapati lebih kurang 12.6 % wanita yang berada dalam usia subur berdepan dengan masalah PCOS. Ini bukan satu angka yang kecil!

Apakah itu "Chemical Pregnancy"?

Kadang-kadang, kita excited sangat bila period datang lewat dan UPT (ujian kehamilan) tunjukkan dua garisan. Tapi tak lama lepas tu, period datang balik, dan UPT jadi negatif. Ini yang kita panggil chemical pregnancy atau kehamilan kimia.

Wanita dengan PCOS mempunyai kadar keguguran awal yang lebih tinggi berbanding populasi umum. Sebahagiannya merupakan chemical pregnancies. Sebab itu, bila kita bincang tentang PCOS, wajar juga kita bercakap tentang chemical pregnancy agar harapan & perancangan kita lebih realistik.

Chemical pregnancy ni sebenarnya berlaku bila persenyawaan dan penempelan awal dah berlaku, tapi kehamilan tu tak dapat diteruskan. Maka berlakulah keguguran. Ia berlaku sangat awal, selalunya sebelum kita sempat buat ultrasound atau nampak kantung kehamilan (biasanya sebelum minggu ke‑5). Kebiasaannya:
- Ujian UPT tunjuk dua garisan halus.
- Beberapa hari kemudian keluar darah seperti haid dan sedikit rasa sengal pinggang.
- Kandungan hormon ß‑hCG turun dengan pantas bila diuji.

PCOS dan Masalah Kesuburan

Bila ini berlaku, ia bukan bermaksud anda tak subur langsung tau! Sebaliknya, Ia menunjukkan yang badan anda mampu untuk hamil, cuma mungkin ada isu kecil yang perlu diperbaiki untuk mengekalkan kehamilan. Jangan sedih sangat bila jadi macam ni, anggaplah ia satu petanda positif yang awak memang berpotensi untuk hamil. 

Bagaimana PCOS ‘Menggugat’ Kesuburan dan Meningkatkan Risiko "Chemical Pregnancy"

- Ovulasi tak menentu: Telur sihat sukar dilepaskan, menyukarkan persenyawaan.
- Insulin resistance: Gula dalam darah di paras tinggi → hormon jadi haru-biru, endometrium (dinding rahim) tidak optimum untuk penempelan janin.
- Keradangan kronik: Ovari & rahim sentiasa ‘tegang’, sel mudah rosak; embrio susah ‘melekat’ kemas.
- Hormon Progesteron Rendah: Susah menyokong penempelan → keguguran sangat awal (chemical pregnancy).

Ringkasnya: PCOS bukan sahaja menyukarkan proses kehamilan, tapi juga sukar untuk mempertahankan kehamilan di minggu‑minggu terawal.

Keradangan Kronik Yang Diam‑Diam Merampas Peluang Hamil

PCOS dan Masalah Kesuburan

Keradangan kronik yang berlaku pada badan ini antara pencetusnya termasuklah diet tinggi gula proses, stress yang kronik, dan berat badan berlebihan. Semua ini biasa dialami oleh pesakit PCOS.

Keradangan kronik boleh:
- Mengganggu kualiti telur.
- Menipiskan lapisan rahim.
- Meningkatkan risiko telur yang disenyawakan ‘terlepas’ sebelum sempat membesar, seterusnya menyumbang kepada chemical pregnancy.

Ikhtiar Semula Jadi: Redakan Keradangan & Pulihkan Keseimbangan Hormon

Mungkin anda dah cuba macam-macam cara, dari rawatan kesuburan di klinik sampailah ke petua orang lama-lama. Ada yang dah rasa macam nak give up. Tapi, saya nak cakap, selagi ada usaha, selagi tu anda masih ada harapan.

Banyak cara yang boleh dicuba untuk meningkatkan peluang kehamilan, antaranya:

- Pemakanan Yang Sihat: Hadkan refined carbs (roti putih, gula) dan makanan terproses, lebihkan protein & serat.
- Pengurusan Berat Badan: Bagi yang overweight, pengurangan berat badan walaupun sedikit boleh membantu melancarkan kitaran haid dan ovulasi. Turun 5–10 % berat badan → hormon lebih seimbang → ovulasi lebih teratur
- Senaman Konsisten: 30 minit brisk walk, berenang atau zumba 5× seminggu.
- Pengurusan Stress: Stress boleh mengganggu hormon. Cari aktiviti yang boleh hilangkan stress seperti yoga, meditasi, atau hobi. Boleh juga buat gratitude Journaling, zikir, atau teknik pernafasan 4-7-8 sebelum tidur.
- Supplemen Antioksidan: Polyphenol dalam Res V & Vivix bantu redakan keradangan & menyokong kesihatan sel.

Res V & Vivix Shaklee: Boleh ke Bantu?

Ramai yang dah tahu tentang Shaklee dan produk-produknya. Ada yang dah cuba dan nampak kesannya, dan ada juga yang masih ragu-ragu. Shaklee ni bukanlah "magic pill” yang boleh terus sembuhkan PCOS atau buat kita terus pregnant. Tapi, ia adalah satu supplemen kesihatan yang boleh membantu menyokong usaha utama kita dalam menjaga kesihatan badan kita secara menyeluruh.

Dua produk Shaklee yang sering disebut-sebut bila bab kesuburan dan PCOS ni adalah ResV dan Vivix kerana ia mengandungi polifenol.

Kenapa Polyphenol ini bagus untuk masalah PCOS?
- Antioksidan power: Lindungi sel daripada radikal bebas.
- Kurangkan keradangan: Bantu ovari & rahim stabil semula.
- Sokong kesihatan sel: Membantu baik pulih sel telur
- Menyokong sistem imun
- Meningkatkan tenaga: Meningkatkan fungsi mitokondria
- Menyokong keseimbangan hormon

Apa Yang Ada Dalam Res V & Vivix dan Apa Perbezaan antara Kedua-duanya?

Kedua-dua Res V dan Vivix memang sama-sama bagus. Kedua-duanya mengandungi resveratrol, sejenis antioksidan yang kuat. Antioksidan ni penting untuk melawan radikal bebas dalam badan kita, yang boleh merosakkan sel-sel, termasuklah sel-sel reproduktif. Ia menyokong kesihatan sel, melindungi DNA ang penting untuk fungsi badan yang optimum, termasuk sistem reproduktif. Bila sel-sel sihat, badan akan berfungsi dengan lebih baik, dan ini boleh memberi impak positif pada kesuburan.

Walaupun kedua-dua Vivix dan Res V ni tiada perbezaan dari segi fungsinya, namun begitu ada perbezaan kecil antara Vivix dan Res V dari kandungannya:

Vivix
- Dalam bentuk cecair
- Dilengkapi 4 bahan utama yang mengandungi resveratrol dan juga polifenol iaitu: Muscadine grapes, japanese knotweed, lobak ungu & european elderberry.
- Mengandungi campuran polifenol yang 10 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol sahaja

Res V
- Dalam bentuk softgel
- Mengandungi tambahan polifenol daripada pomegranate, red grape extract, chebulic myrobalan, dan lain-lain, yang akhirnya menghasilkan profil polifenol yang lebih aktif
- Mengandungi campuran polifenol yang 13 kali ganda lebih kuat daripada resveratrol sahaja
- 30% lebih power berbanding Vivix

PCOS dan Masalah Kesuburan

Cara pengambilan (cadangan umum)
- Res V: 2 softgel sekali sehari, selepas makan.
- Vivix: 1 sudu kecil (5 ml) sehari; boleh terus telan atau campur dengan jus buah kegemaran

Ingat ya, supplemen ni hanyalah tambahan kepada gaya hidup sihat dan rawatan perubatan, bukannya pengganti. Penting untuk berbincang dengan doktor atau pakar kesuburan dahulu sebelum mengambil sebarang supplemen, terutamanya jika anda sedang menjalani rawatan atau mengambil ubat rawatan darah tinggi, diabetes, warfarin, dll. 

PCOS dan Masalah Kesuburan

Bila Berlaku Chemical Pregnancy – Apa Perlu Buat?

- Berikan Ruang Emosi: Allow yourself to feel. Nak menangis? Menangislah sepuasnya. Itu normal. Go ahead.
- Dapatkan Sokongan: Daripada pasangan, keluarga atau komuniti PCOS & TTC Malaysia di FB/Telegram.
- Semak Dengan Pakar: Pastikan tiada masalah rahim/tiroid/autoimun tersembunyi.
- Journaling syukur (Gratitude journaling): Tuliskan 3 benda kecil yang masih buat kita tersenyum setiap hari.
- Teruskan Penjagaan Diri: Diet, senaman, suplemen & doa. Kombinasi ini insya Allah dapat menaikkan semula peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat.

Akhir kata…

“PCOS bukan penamat, cuma sebuah rintangan. Setiap rintangan, pasti ada jalan pintas atau jalan jauh. Pilih untuk teruskan berjalan.”

PCOS mungkin melambatkan perjalanan seseorang untuk menjadi seorang ibu, malah kadang kadang ia menyebabkan keguguran awal seperti chemical pregnancy. Namun, dengan pemahaman yang tepat, gabungan pemakanan seimbang, senaman, pengurusan stres, dan sokongan nutrisi seperti Res V & Vivix, ia boleh bantu kita untuk ‘tune’ semula hormon dan kesihatan sel. Jadi, kepada semua pejuang PCOS dan mereka yang sedang bergelut dengan cabaran kesuburan, jangan sesekali mengalah. Setiap hari adalah peluang baru untuk mencuba. Yang penting, buat pemeriksaan berkala dengan pakar O&G, teruskan usaha tanpa berputus asa, jaga kesihatan diri, dan paling penting, percaya pada rezeki Allah. Sentiasa yakin yang Allah sedang menyusun waktu yang terbaik untuk anda akhirnya dapat mendengar sebuah tangisan bayi dalam pelukan anda. Insya Allah, suatu hari nanti impian anda untuk memiliki zuriat akan tercapai.

Semoga perkongsian ini membuka pintu harapan baharu buat semua TTC-warriors di luar sana. Kalau rasa bermanfaat, kongsikan dengan rakan yang sedang berjuang dan mungkin perlukan harapan bersama. 💕

Jika nak bertanya lebih lanjut tentang produk Vivix dan Res V, boleh whatsApp saya ye...

Ada apa-apa nak kongsi pengalaman atau tips? Jom sembang kat ruangan komen!

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Shaklee
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...