Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
“Ummi, kenapa saya macam susah sangat nak fokus masa buat kerja sekolah ye?”
Pernah tak soalan macam ni keluar dari mulut anak-anak mak ayah semua? Mmm… Susah jugakkan nak jawab. Sebab kadang-kadang kita mak ayah ni pun confuse juga. Kenapa anak kita macam tak boleh nak fokus belajar eh... Pastu kadang-kadang tengok anak cam cepat letih, balik sekolah terus melepek je… Pastu bila demam sikit, lambat nau nak baik.
Tapi bila kita dah jadi mak ayah ni, dah tentulah kita kena fikir, cari jalan untuk improve keadaan anak kita ni kan? So, kita kena fikir, apa agaknya cara yang boleh kita buat untuk bantu anak-anak kita, secara semula jadi, supaya mereka dapat kekal sihat, bertenaga dan dapat otak yang lebih cerdas.
Rupa-rupanya, antara solusinya, mudah je… Iaitu dengan MINYAK IKAN! Khususnya yang kaya dengan Omega-3 (DHA & EPA) lah...
Dulu-dulu saya ingatkan Omega-3 ni penting untuk orang dewasa je. Ye la.. Yang kita selalu dengar pasal manfaat Omega-3 untuk jaga jantung la, jaga sendi la… So ingatkan orang tua je la yang kena banyak amalkan minyak ikan ni, kan... Tapi bila dah jadi mak ni, bila kita duk banyak membaca, barulah tau yang minyak ikan pun sangat bagus diamalkan untuk anak-anak kita. So, maksudnya bukan setakat elok untuk kita mak ayah je, tapi juga sangat kritikal untul tumbesaran dan perkembangan mereka. Lagi-lagi bila kita sedang hidup di zaman sekarang ni, bertambah pentinglah untuk kita bekalkan mereka dengan sokongan nutrisi tambahan.
Nak tahu kenapa penting sangat minyak ikan atau Omega-3 ni? Jom saya kongsikan 5 manfaat utama yang membuatkan saya sendiri tak teragak-agak nak pastikan anak saya dapat Omega-3 yang cukup.
Manfaat 1: Bantu Perkembangan Otak & Fokus Anak
Minyak ikan, terutamanya yang tinggi kandungan DHA, sangat penting dalam membina struktur otak anak. Ini bukan saya yang kata tau! Memang banyak kajian yang menunjukkan DHA banyak membantu perkembangan kognitif dan daya ingatan kanak-kanak.
Bayangkan otak anak kita ni macam sebuah komputer super canggih yang sedang dibina. Setiap hari ada je wayar dan litar baru yang bersambung. DHA ni lah bahan binaan utama untuk wayar-wayar halus tu. Ia sangat penting untuk:
- Perkembangan otak yang sihat sejak dari dalam kandungan lagi.
- Meningkatkan daya tumpuan dan memori anak. Senang cerita, bila cikgu mengajar, insya Allah dia akan jadi lebih mudah faham dan ingat.
- Membantu kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. Kalau dulu asyik "alahai, susahnya", lepas ni mungkin jadi "Oh, senang je ni!"
- Ada juga kajian yang menunjukkan ia boleh membantu anak-anak yang bergelut dengan masalah fokus macam yang selalu dialami oleh mereka yang ada ADHD.
Pendek kata, beri anak Omega-3 yang cukup, kita sedang membantu mereka untuk menjadi lebih cerdas dan fokus dalam pelajaran.
Cubalah bagi anak amalkan Omega-3, insya Allah nanti ibu ayah akan nampak perubahan kecil pada anak-anak. Dari yang suka termenung masa buat kerja sekolah, akan mula lebih fokus dan senang faham bila kita mengajar. Tentu ibu ayah akan happy nanti. Kita usaha dan doa banyak-banyak k!
Manfaat 2: Tingkatkan Sistem Imun Anak
Bila datang musim batuk selsema, kadang risau juga bila tengok anak senang sangat berjangkit sama. Sistem imun anak-anak masih dalam pembentukan, jadi memang mereka mudah sangat dijangkiti. Bila sorang dah mula bersin-bersin, mula lah nanti sorang-sorang akan ikut terjangkit sama. Tapi ikut pengalaman kami sendiri, lepas kitorang semua amalkan minyak ikan secara konsisten, memang saya boleh nampak perubahan. Kami dah makin jarang buat lawatan ke klinik, tak macam dulu. Kalau demam sekali pun, alhamdulillah, cepat sangat baik.
Di sinilah EPA dalam minyak ikan memainkan peranan penting kerana ia mempunyai sifat anti-radang. Ia bantu:
- Menguatkan sistem imun anak, jadi badan mereka lebih bersedia nak lawan kuman dan virus.
- Mengurangkan keradangan dalam badan, yang boleh melegakan simptom alergi atau asma pada sesetengah kanak-kanak.
Sebab tu ramai pakar kesihatan galakkan pengambilan minyak ikan sejak usia kecil lagi. Bila imun kuat, anak pun kuranglah demam selsema, dan lebih ceria nak ke sekolah atau bermain. Ibu bapa pun tak risau sangat!
Manfaat 3: Tulang dan Sendi Kuat
Anak-anak yang sedang membesar kan memang aktif; melompat sana sini, berlari tak henti. Bila kita cakap pasal tulang, mesti ingat kalsium je kan. Tapi, walaupun kalsium dan Vitamin D tu memang penting untuk tulang, Omega-3 juga ada peranan tersendiri tau. Ini kerana Omega-3 dapat bantu sokong kesihatan tulang dan sendi anak-anak. Kita selalu fikir masalah sendi ni untuk orang tua je, tapi sebenarnya asas tulang yang kuat tu adalah terbina sejak daripada kecil lagi.
Kandungan EPA dan DHA dalam minyak ikan boleh:
- Membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik, secara tak langsung menguatkan tulang mereka.
- Mengurangkan keradangan pada sendi, penting untuk anak-anak yang suka bersukan atau banyak bergerak.
- Menyokong perkembangan tulang yang sihat secara menyeluruh. Kita nak anak kita membesar dengan rangka yang kuat, kan?
Bila kita tahu pasal manfaat-manfaat ni, terus terlintas dalam fikiran, anak kita ni dah lah duk aktif berlari, bersukan dan bermain setiap hari. Sendi diorang pun pastinya perlukan sokongan juga. Sekurang-kurangnya kita dah kena mula jaga dari awal, sebelum mereka nanti mula mengadu sakit lutut bila dah masuk masa alam remaja nanti. 😅
Manfaat 4: Kawal Emosi & Tingkah Laku
Pernah tak anak tiba-tiba tantrum tak tentu pasal? Atau susah nak kawal marah?
Sebenarnya, kesihatan otak sangat berkait rapat dengan cara mereka menguruskan emosi dan tingkah laku. Omega-3, terutamanya DHA dan EPA, membantu dalam perkembangan fungsi otak yang mengawal emosi.
Omega-3 boleh membantu anak:
- Lebih mudah bertenang dan kurang tantrum.
- Mempunyai mood yang lebih stabil dan ceria.
- Menguruskan tekanan dengan lebih baik.
- Menunjukkan tingkah laku yang lebih positif dalam interaksi sosial dan di sekolah.
Pendek kata, minyak ikan ni tak bantu otak jadi pandai je, tapi juga bantu hati jadi lebih tenang!
Manfaat 5: Meringankan Simptom Asma, Masalah Pernafasan dan Alahan
Bagi kanak-kanak yang ada masalah asma atau alahan, Omega-3 boleh jadi peneman setia.
Sifat anti-radang EPA dapat membantu:
- Mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan, yang merupakan punca utama kepada serangan asma. Ini berpotensi membantu mengurangkan kekerapan dan keterukan serangan asma.
- Meringankan simptom alahan seperti hidung berair, bersin, dan ruam kulit dengan menstabilkan tindak balas imun badan yang terlebih sensitif. Ramai ibu bapa yang mengatakan anak mereka lebih selesa dan kurang diserang alahan setelah mengambil minyak ikan secara konsisten.
Tak payah cakap anak orang. Anak sulung saya sendiri pun selalu ada masalah wheezing masa kecil dulu. Setiap kali demam atau batuk, mesti kena guna nebulizer. Bila konsisten beri minyak ikan, saya perasan dia dah kurang batuk-batuk. Kalau batuk-batuk pun takde dah sampai wheezing kena guna nebulizer tu. Lega sangat, alhamdulillah!
Macam Mana Nak Pastikan Anak Saya Dapat Minyak Ikan Yang Cukup?
Sumber terbaik semestinya daripada makanan seperti ikan berlemak (salmon, sardin, kembung). Tapi, sejujurnya, berapa kerap anak kita nak makan ikan tu? Macam anak saya yang nombor 2 ni memang tak suka langsung ikan. Tambahan pula, dengan gaya hidup sibuk hari ni, nak sediakan makanan yang kaya Omega-3 setiap hari mungkin agak mencabar.
Inilah masanya untuk kita consider suplemen minyak ikan yang berkualiti. Kalau saya, saya memang percayakan Omega Guard Shaklee.
Minyak Ikan Pilihan Saya: Omega Guard Shaklee!
Saya tahu banyak pilihan minyak ikan kat luar sana. Tapi pilihan saya tetaplah Omega Guard daripada Shaklee.
Kenapa saya suka Omega Guard?
- Kandungan Omega-3 yang Tinggi: Setiap hidangan Omega Guard memberikan dos EPA dan DHA yang optimum untuk perkembangan anak dan mudah diserap badan
- Sumber dari ikan laut dalam, bukan hati ikan
- Tulen dan Selamat: Shaklee terkenal dengan standard ketulenan dan keselamatannya. Minyak ikan mereka diproses dengan teliti untuk membuang bahan cemar seperti plumbum dan merkuri melalui proses penyulingan molekul 3 peringkat, jadi kita tak perlu risau.
- Mudah untuk Anak: Untuk anak kecil yang tak boleh telan kapsul, kita boleh pecahkan dan campurkan minyaknya dalam susu atau makanan. Bagi anak yang lebih besar, kapsulnya kecil dan mudah ditelan.
Memastikan anak kita mendapat nutrisi yang cukup adalah pelaburan jangka masa panjang untuk kualiti kesihatan dan kecerdasan mereka. Saya dah nampak kesan baik pada anak-anak dan diri saya sendiri juga. Sebab tu saya rasa kena kongsi dengan ibu-ibu lain juga. Tak rugi cuba sesuatu yang terbukti selamat dan berkesan.
Akhir kata…
Anak-anak kita ibarat kain putih. Kita yang mencorakkan, dari segi akhlak, emosi, dan tak lupa juga pemakanan mereka. Bila mereka cukup nutrisi, badan sihat, minda cergas, hati kita pun akan jadi lebih tenang.
Minyak ikan mungkin nampak macam satu suplemen biasa. Tapi bagi saya, ia adalah cara saya menunjukkan kasih sayang, biar bukan dengan kata-kata, tapi melalui usaha kecil yang penuh makna, hari demi hari.
Anda dah cuba berikan minyak ikan kepada anak-anak? Kalau ya, apa perubahan positif yang paling ketara yang anda telah nampak? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen ya, biar kita sama-sama belajar!
Kalau masih belum, dan sedang consider nak berikan minyak ikan untuk anak, semoga perkongsian saya ni dapat beri sedikit pencerahan. Dan kalau nak tahu lebih lanjut pasal Omega Guard Shaklee, boleh je tanya saya. WhatsApp je saya k ❤️
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment