Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Menurunkan berat badan sering menjadi cabaran besar untuk ramai orang. Ada yang cuba pelbagai jenis diet, bersenam non-stop, malah ada yang sanggup mengambil jalan pintas dengan "ubat kurus". Tapi, tahu tak sebenarnya ada satu jenis lemak yang boleh membantu dalam proses penurunan berat badan? Ya, ia adalah omega-3, si “lemak baik” yang selalu kita dengar dalam dunia kesihatan.
Omega-3 bukan sekadar baik untuk jantung dan otak, tetapi ia juga mempunyai manfaat tersembunyi untuk mereka yang ingin menguruskan badan. Jom kita tengok macam mana lemak baik ini boleh membantu kita mencapai matlamat kurus!
Bagaimana Omega-3 Membantu Penurunan Berat Badan?
1) Meningkatkan Metabolisme
Omega-3 memang power bila cakap pasal bakar kalori! Lemak baik ni boleh bantu meningkatkan metabolisme badan kita, iaitu keupayaan badan untuk membakar kalori sepanjang hari. Bayangkan macam enjin kereta, kalau enjin kita buat “maintenance” yang baik, minyak pun boleh digunakan dengan lebih efficient, tak lah cepat habis. Macam tu juga dengan badan kita. Omega-3 boleh bantu “melancarkan” proses pembakaran tenaga supaya lebih efficient.
Selain tu, omega-3 ni juga ada keupayaan unik untuk bantu badan proses lemak dengan lebih baik. Biasanya, badan kita suka simpan lemak sebagai “stok kecemasan”. Tapi omega-3 pandai “ajar” badan kita supaya dapat guna lemak tu untuk ditukarkan kepada tenaga. Ini bermakna, lebih banyak lemak yang disimpan akan dapat dibakar, terutamanya kalau kita sedang aktif bersenam. Bila metabolisme naik, badan rasa lebih bertenaga, dan berat badan pun makin senang turun.
Lagi best, Omega-3 ni boleh bantu kawal keradangan dalam badan, yang boleh jadi punca kenapa metabolsime kita slow. Kalau badan asyik stress dengan keradangan, semua sistem akan terganggu, termasuk pembakaran kalori. Time nil lah Omega-3 jadi hero, “sejukkan” badan kita balik dan bagi ruang untuk metabolisme kembali ke tahap optimum.
So, jangan pelik kalau lepas amalkan omega-3, kita akan rasa lebih segar, ringan, dan makin dekat dengan target berat badan.
2) Meningkatkan Keberkesanan Senaman
Kalau kita rajin bersenam, omega-3 ni boleh jadi satu tips untuk dapatkan hasil yang lebih padu. Lemak baik ni sebenarnya boleh bantu otot kita untuk gunakan tenaga dengan lebih efficient. Bila otot “happy”, kita boleh buat senaman lebih lama tanpa cepat rasa letih. Lagi satu, omega-3 ni juga boleh mengurangkan asid laktik yang buat kita rasa lenguh dan sakit lepas workout. Jadi, kalau ambil omega-3, recovery badan jadi lebih cepat, dan esoknya kita dah boleh teruskan latihan tanpa rasa sengal-sengal teruk lagi
Omega-3 ni juga power dalam bantu pembakaran lemak semasa bersenam. Kajian ada menunjukkan yang omega-3 boleh meningkatkan penggunaan lemak sebagai tenaga, terutamanya masa aktiviti kardio. Maksudnya, sambil kita jogging atau sumba, badan kita akan bakar lebih banyak lemak, bukan cuma karbohidrat daripada nasi yang kita makan. Best, kan? Bayangkan senaman akan akan jadi lebih berkesan. Bukan peluh je keluar banyak, kalori pun sama terbakar lebih.
Bonus lagi, kulit pun boleh jadi makin glowing sebab omega-3 ni ada effect anti-radang. Jadi, bersenam + omega-3 = kombinasi win-win untuk badan fit + muka berseri!
3) Mengurangkan Selera Makan
Kadang-kadang, cabaran paling besar bila nak turunkan berat badan ni bukanlah senaman atau diet, tapi rasa lapar yang datang tak kira masa! Kat sinilah omega-3 boleh jadi penyelamat. Lemak baik ni insya Allah boleh bantu kawal hormon lapar kita, macam ghrelin dan leptin, supaya badan kita boleh tahu bila kita dah cukup makan. Bila hormon lapar ni seimbang, selera pun jadi lebih terkawal. Tak adalah asyik rasa nak snekking je walaupun baru lepas makan nasi tadi!
Lagi best, omega-3 ni bantu badan rasa kenyang lebih lama. Bila kita makan makanan kaya omega-3, contohnya salmon atau chia seed, ia akan bantu bagi signal pada otak yang badan dah cukup tenaga. Jadi, kita tak rasa nak ulang-ulang makan atau cari makanan berat dalam masa terdekat. Senang cerita, omega-3 ni macam “coach” yang pandai ajar badan kita untuk makan dengan lebih bijak, Dengan selera makan yang terkawal, perjalanan nak capai berat ideal pun jadi lebih smooth dan seronok!
4) Meningkatkan sensitiviti insulin
Omega-3 ni memang hebat bila cakap pasal kawal gula dalam darah. Salah satu kelebihannya adalah meningkatkan sensitiviti insulin, iaitu cara badan kita respon pada hormon yang uruskan paras gula. Bila sensitiviti insulin meningkat, badan kita jadi lebih cekap menggunakan gula sebagai tenaga, bukan simpan jadi lemak. Ini penting terutamanya untuk orang yang ada masalah berat badan atau risiko kencing manis. Senang cerita, omega-3 ni macam "coach" untuk badan, ajar sistem badan kita supaya lebih bijak guna tenaga dan tak overreact dengan gula yang kita makan. Jadi, bila ambil omega-3, kita bukan je rasa lebih bertenaga, tapi berat pun lebih senang nak turun!
Sumber Omega-3 yang Baik untuk Penurunan Berat Badan
Omega-3 boleh didapati daripada makanan semulajadi dan juga supplemen. Berikut adalah antara sumber utama omega-3 yang boleh diamalkan.
1) Ikan Berlemak
- salmon
- mackerel
- Sardin
- tuna
- herring
Ikan-ikan ini kaya dengan EPA dan DHA, jenis Omega-3 yang sangat baik untuk kesihatan jantung dan otak.
2) Makanan Laut Lain
- Tiram
- Udang
Selain ikan, makanan laut ini juga mengandungi omega-3 dalam jumlah yang baik
3) Biji dan kekacang
- Biji chia (chia seed)
- Biji Rami (flaxseed)
- Kacang soya (soybean)
- Biji labu (pumpkin seed)
- Walnut
Biji dan kekacang ini mengandungi ALA, jenis Omega-3 yang bagus sebagai tambahan dalam diet anda,
4) Minyak Tumbuhan
- Minyak biji rami (flaxseed oil)
- Minyak soya (soybean oil)
Sumber ini sesuai untuk mereka yang vegetarian atau vegan
5) Supplemen Omega-3
- Minyak ikan (fish oil)
- Minyak hati ikan kod (Cod liver oil)
- Minyak alga (algal oil - untuk mereka yang memilih sumber tumbuhan)
Supplemen ini memudahkan anda mendaoat dos omega-3 yang mencukupi jika sukar mendapatkan daripada makanan.
Gabungkan pelbagai sumber ini dalam diet harian anda untuk memastikan badan mendapat manfaat omega-3 secara optimum!
Omega Guard Shaklee: Supplemen Omega-3 Terbaik
Omega Guard Shaklee adalah salah satu supplemen omega-3 yang terbaik dihasilkan dengan kualiti premium dan dirumus khas untuk memberi manfaat maksimum kepada tubuh kita
Kenapa Omega Guard Shaklee Adalah Pilihan Terbaik?
1) Kaya dengan EPA dan DHA
- EPA: Membantu mengurangkan keradangan dan menyokong kesihatan jantung
- DHA: Penting untuk fungsi otak, mata, dan perkembangan janin bagi ibu hamil
2) Penyulingan Molekul Tiga Tahap
- Proses ini memastikan supplemen bebas bahan cemar seperti merkuri, logam berat dan toksin lain
3) Kapsul Mudah Telan
- Direka untuk memudahkan pengambilan harian tanpa rasa hanyir
4) Manfaat Menyeluruh untuk Tubuh
- Membantu meningkatkan metabolisme dan menyokong proses penurunan berat badan
- Menyokong kesihatan sendi dengan mengurangkan keradangan
- Baik untuk kesihatan kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan berseri
5) Diekstrak daripada ikan-ikan kecil daripada habitat air sejuk laut dalam
- Lebih kurang tercemar daripada logam-logam berat dan merkuri berbanding ikan-ikan besar
Dengan kelebihan ini, Omega-Guard Shaklee bukan sahaja sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan dos omega-3 yang mencukupi, tetapi juga untuk yang ingin meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Jika anda mencari supplemen berkualiti dan selamat, Omega Guad Shaklee adalah pilihan terbaik!
Akhir kata…
Omega-3 sememangnya memainkan peranan penting dalam membantu penurunan berat badan, meingkatkan metabolisme dan menyokong kesihatan badan secara menyeluruh. Pengambilan supplemen seperti Omega Guard Shaklee adalah salah satu usaha yang baik untuk kita mendapat bekalan omega-3 yang mencukupi, di samping diet seharian kita yang seimbang. Namun, kita juga kena ingat yang tiada supplemen ajaib yang boleh menggantikan usaha kita untuk menurunkan berat badan.
Untuk mencapai berat badan ideal, supplemen omega-3 seperti Omega Guard perlu digabungkan dengan gaya hidup yang sihat seperti menjaga pengambilan kalori dan bersenam secara konsisten. Cuba amalkan makanan seimbang, bersenam sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu, dan pastikan kita minum air yang mencukupi setiap hari. Omega Guard hanyalah sokongan tambahan yang akan menjadikan perjalanan kita menjadi lebih mudah dan efficient!
Jika anda berminat untuk mencuba Omega Guard Shaklee sebagai sebahagian daripada rutin kesihatan anda, jangan tunggu lagi. WhatsApp kami sekarang untuk dapatkan maklumat lanjut dan promo terkini.
Jadikan langkah kecil ini sebagau permulaan ke arah badan yang lebih sihat dan bertenaga!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment