Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Masa cuti sekolah haritu, saya dan beberapa kawan-kawan saya yang di kalangan mak-mak dan isteri-isteri pergi “cuti-cuti Malaysia”. Cuti-cuti Malaysia la kononnya... Pergi staycation di area Johor Bahru je.... Ye la, tak sampai 1 jam pun dari rumah. Tapi at least dapatlah jugak keluar dari rumah, dan keluar daripada rutin-rutin biasa kami. Nak bercuti daripada mendengar rengekan-rengekan “Ummi, mana baju saya?”, atau “Sayang, nampak tak dompet abang?”
Waktu tu kami bercuti daripada fikir pasal rumah, fikir pasal suami, fikir pasal anak. Itu hari kami. Kami betul-betul fokus untuk bercuti, sembang-sembang kosong, rehat dan relax sepuas-puasnya! Aahh… Seronok betul!
Walaupun staycation kami tu hanya satu malam je, tapi bagi saya sendiri, walaupun sekejap, ia berjaya membuatkan hati dan minda saya yang sebelum tu terasa berat dengan memikirkan macam-macam perkara, terus terasa ringan. Balik daripada bercuti tu, jumpa suami dan anak-anak pun dengan penuh rasa ceria. Suami pun bila tengok isteri happy, dia pun bertambahlah happy, kan…
Kenapa Me-Time Penting
Cabaran mak-mak untuk luangkan masa untuk diri sendiri memang tak boleh dipandang ringan. Dengan jadual harian yang penuh dengan urusan anak-anak, kerja rumah, dan mungkin kerja di pejabat, nak dapatkan masa untuk sekadar tarik nafas panjang pun kadang-kadang susah. Belum lagi rasa bersalah yang datang bila cuba nak ambil masa rehat sendiri. Time tu la rasa macam, "Nak rehat-rehat pulak, padahal banyak lagi kerja tak siap lagi ni!" Kadang-kadang, bila dapat duduk sambil hirup secawan kopi panas yang tak sempat sejuk tu pun boleh jadi luxury.
Tapi, mak-mak juga sangat perlukan "me-time". Walaupun sibuk, mak-mak tetap kena ingat betapa pentingnya self-care. Me-time ni sebenarnya lebih daripada sekadar satu peluang untuk 'bernafas' dari rutin harian. Ia adalah satu keperluan asas untuk jaga kesihatan mental dan emosi kita.
Ramai orang ingat me-time ni adalah satu kemewahan, macam rehat yang hanya layak bila semua kerja dah selesai. Me-time ni lebih daripada sekadar masa rehat. Hakikatnya, me-time adalah masa untuk kita recharge tenaga dan stabilkan emosi supaya kita boleh terus berfungsi dengan baik dalam kehidupan seharian. Ia macam “reset button” untuk minda dan jiwa kita.
Bila kita ambil masa sekejap untuk diri sendiri, tak kisah sama ada ia sejam atau even 10 minit sekali pun; baca buku ke… pergi jalan-jalan sorang-sorang ke… even just hirup kopi panas sambil tengok hujan, insya Allah automatic stress boleh jadi berkurang. Mood pun naik sebab kita bagi diri kita peluang untuk tarik nafas dan lari sekejap daripada rutin.
Lepas recharge, kita akan perasan yang kita akan rasa lebih fokus dan produktif, macam tenaga bateri penuh semula.
So, jangan anggap me-time tu saja-saja nak manjakan diri untuk lari daripada tanggung jawab, tapi anggaplah ia untuk pelaburan untuk jadi versi terbaik diri kita.
Cadangan Cara Nak Having Me-Time?
Cara nak dapatkan me-time ni tak semestinya perlu yang rumit atau mahal. Kadang-kadang, yang paling simple tu lah paling berkesan.
Contohnya:
- Berjalan-jalan di taman sambil hirup udara segar
- Menonton drama kegemaran
- Dengar muzik kegemaran sambil melepak
- Nikmati secawan teh atau kopi waktu pagi tanpa gangguan
- Tulis journal untuk luahkan perasaan
- Melukis atau buat aktiviti kreatif lain
- Membaca novel kegemaran
- Lakukan meditasi ringkas atau senaman ringan
- Buat home-spa
- Berjalan-jalan di taman sambil hirup udara segar
- Menonton drama kegemaran
- Dengar muzik kegemaran sambil melepak
- Nikmati secawan teh atau kopi waktu pagi tanpa gangguan
- Tulis journal untuk luahkan perasaan
- Melukis atau buat aktiviti kreatif lain
- Membaca novel kegemaran
- Lakukan meditasi ringkas atau senaman ringan
- Buat home-spa
Itu hanyalah sebahagian contoh yang boleh kita mak-mak buat untuk dapatkan me-time. Tak kisahlah apa pun aktiviti me-time kita tu. Yang penting, kita kenalah cari aktiviti yang boleh buat kita rasa lega dan puas. Tak kisahlah seberapa pendek pun masa tu, asalkan masa itu milik kita sepenuhnya tanpa ada apa-apa gangguan.
Jangan Rasa Bersalah!
Ramai mak-mak mesti pernah rasa serba salah bila ambil masa untuk diri sendiri, kan? Tapi penting untuk ingat yang self-care tu bukan bermaksud abaikan tanggungjawab, tapi ia sebenarnya membantu kita recharge dan jadi versi terbaik untuk keluarga.
Bila kita lebih sihat, lebih bertenaga dan lebih happy, insya Allah kita boleh bagi lebih banyak perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak dan pasangan. Anggap “me-time” tu sebagai pelaburan jangka panjang untuk kita jadi ibu dan isteri yang lebih cool dan tenang.
Shaklee sebagai rutin “me-time”
Untuk buat “me-time” kita tu lagi berbaloi, Shaklee boleh jadi kawan baik mak-mak. Produk-produk macam supplemen vitamin dia yang berkualiti tinggi tu memang power untuk boost tenaga dan kesihatan dalaman. Bayangkan tengah berehat sambil minum teh, lepas tu ambil supplemen yang bantu kurangkan stress dan bagi badan lebih bertenaga. Memang badan akan rasa lagi fresh dan ready nak sambung kerja-kerja rumah lepas tu.
Ini antara cadangan supplemen Shaklee yang sesuai untuk mak-mak:
B-Complex
- Berperanan penting dalam menyokong sistem saraf yang sihat
- Membantu mengurangkan rasa letih, meningkatkan tenaga dan meningkatkan mood secara keseluruhan
- Membantu mengeluarkan serotonin, iaitu hormon yang mengawal mood dan mengurangkan stress
- Membantu dalam metabolisme badan
- Membantu memastikan sel-sel badan mendapat nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik
ESP
- Membina dan memperbaiki otot
- Memberikan tenaga yang berpanjangan
- Membantu mengekalkan rasa kenyang lebih lama
Antara tambahan supplemen lain jika perlu adalah seperti:
Omega Guard
- Menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL
- Menstabilkan tekanan darah
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Meningkatkan fungsi otot dan ketahanan fizikal
- Menyokong kesihatan otak
- Meningkatkan fokus serta daya ingatan
- Mengurangkan simtom kemurungan dan anxiety
Coq-Trol Plus
- Menghasilkan tenaga dari peringkat sel
- Mengekalkan stamina dan kecergasan
- Bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas
- Mengurangkan tanda penuaan
- Menyokong kesihatan kulit
Akhir Kata...
Kadang-kadang kita lupa yang me-time tu sangat penting untuk recharge diri kita. So, jangan rasa segan atau malu untuk minta bantuan pasangan atau anak-anak kita yang dah besar sikit tu untuk handle hal-hal rumah. Tak salah pun untuk nak ambil masa sedikit untuk diri sendiri. Malah, itu yang akan buat kita jadi versi diri kita yang lebih baik. Bila kita bagi ruang untuk diri sendiri untuk berehat dan kumpul tenaga, kita akan jadi lebih tenang dan happy. Ingat, kita tak sorang-sorang dalam perjalanan ni. Pasangan ada untuk bantu. So, tak payah rasa bersalah pun.
Me-time tu hak kita!
Kalau berminat dengan supplemen Shaklee, jom dapatkan dengan saya. WhatsApp saya ke nombor di bawah ni ye.
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment