Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Menurunkan berat badan lepas bersalin memang cabaran besar bagi sesetengah orang, terutamanya bagi ibu yang menyusukan anak. Walaupun ramai yang kata menyusukan baby boleh bantu membakar kalori, hakikatnya ibu-ibu mesti perasan rasa lapar tu macam tak pernah berhenti! Kadang-kadang rasa macam baru je makan, tapi dah lapar balik. Ditambah pula dengan berat badan yang naik banyak masa mengandung, nak kurus semula rasa macam mission impossible!
Dalam usaha nak kurus, perkara paling penting yang ibu menyusu kena ingat adalah kesihatan diri sendiri dan bayi. Proses menyusu memerlukan banyak tenaga, jadi tubuh ibu perlukan nutrisi yang cukup untuk pastikan susu badan berkualiti dan mencukupi. Kalau diet tak betul atau terlalu extreme, bukan saja badan jadi lemah, tapi penghasilan susu pun boleh terjejas. Sebab tu, apa-apa pun usaha kita lakukan untuk turunkan berat badan mesti seimbang; ibu sihat, bayi pun happy!
Sebenarnya ada cara yang selamat dan santai untuk capai berat badan idaman tanpa kompromi kesihatan diri dan bayi.
Mitos dan Fakta Tentang Kurus Ketika Menyusu
Ramai orang percaya mitos ini:
“Kalau menyusukan baby, automatic badan akan kurus balik macam anak dara.”
Bunyi memang best, tapi realitinya tak semudah itu. Betul, menyusu memang bakar kalori tambahan. Tapi, kalau lepas tu asyik nak ulang trip pergi ke dapur untuk cari snek atau nak mengudap, berat badan tetap susah nak turun. So, menyusu sahaja tak cukup. Ibu kena jaga pemakanan dan pastikan badan tetap aktif untuk nampak hasilnya.
Fakta sebenarnya, gaya hidup yang sihat adalah kuncinya. Nak kurus masa menyusu perlukan keseimbangan antara makanan berkhasiat, senaman ringan dan cukup rehat (walaupun susah sikit nak dapatkan tidur yang cukup lepas baby baru lahir). Jangan mudah terpengaruh dengan mitos. Yang penting, fokus pada kesihatan jangka panjang, bukan sekadar angka di atas penimbang.
Diet Seimbang
Nak kurus masa menyusu tak semestinya kena kawal makan sampai stress. Sebenarnya, ibu menyusu perlukan tenaga yang lebih untuk hasilkan susu, so, penting untuk makan secara seimbang, bukan berlapar. Kuncinya adalah pilih makanan yang penuh nutrisi dan elakkan yang zero nutrisi macam kerepek, coklat atau fast food. Kalau rasa nak mengudap-ngudap, tukar kepada pilihan yang lebih sihat seperti buah, yogurt atau kekacang. Sedap pun sedap, badan pun sihat!
Ibu menyusu juga memerlukan kalsium dan protein yang lebih daripada biasa. Jadi, masukkan makanan macam susu, cheese, telur, ikan dan ayam dalam menu harian. Protein bukan je boleh buat perut rasa kenyang lebih lama, tapi juga bantu baiki tisu badan dan tingkatkan metabolisme. Kalsium pula penting untuk pastikan tulang dan gigi ibu (dan bayi!) kekal kuat. Jadi, tak ada alasan nak skip makanan berkhasiat.
Minum Banyak Air
Selain itu, jangan lupa minum air yang mencukupi. Badan ibu menyusu cepat dehydrated sebab proses menghasilkan susu. Kalau air tak cukup, bukan je rasa letih, tapi proses turunkan berat badan pun boleh terganggu. Pastikan ada botol air sentiasa di sebelah, lagi-lagi masa menyusu. Diet seimbang ni sebenarnya tak susah pun; selagi ibu tahu apa badan perlukan, usaha untuk kurus jadi lebih santai dan menyeronokkkan!
Rutin Senaman yang Mesra Ibu Menyusu
Jangan risau kalau rasa susah nak cari masa untuk bersenam. Sebenarnya tak perlu pun aktiviti berat macam marathon atau angkat berat untuk mula kurus. Mula dengan berjalan kaki santai keliling taman pun dah cukup baik. Kalau ada stroller, boleh bawa baby sekali. Itu pun dah boleh jadi workout ringan yang boleh bantu bakar kalori sambil-sambil hirup udara segar. Jalan santai 30 minit sehari boleh buat badan rasa lebih segar dan mood pun jadi lebih baik.
Bagi ibu yang rasa susah nak tinggalkan baby untuk bersenam, cuba buat aktiviti yang boleh libatkan baby kita sekali. Contohnya baring di lantai dan gunakan baby kita tu sebagai “weight” atau “bebanan” masa kita buat sit-up. Atau kalau baby kita tu dah besar sikit, boleh main “aeroplane” dengan dia, angkat baby kita tu ke udara. Bukan baby je confirm suka, tapi ia juga dapat bantu kuatkan otot lengan dan core kita.
Kalau suka aktiviti yang lebih tenang, cuba aktiviti yoga atau senaman postnatal. Gerakan yoga bukan je boleh bantu tingkatkan fleksibiliti, tapi juga bagus untuk redakan tekanan dan kuatkan otot badan, terutama bahagian perut dan pinggul. Banyak video yoga di youtube untuk ibu lepas bersalin. So boleh follow je dari rumah. Lagi best, baby pun boleh join sekali. Angkat baby masa buat aktiviti squat atau letak baby di atas yoga mat masa kita buat aktiviti stretching.
So, tak perlu cari alasan lagi, senaman ni insya Allah boleh jadi sesi bonding kita dengan si baby!
Pengambilan Supplemen Yang Bersesuaian
Selain pemakanan yang sihat dan senaman, supplemen boleh jadi tambahan yang boleh membantu ibu menyusu menurunkan berat badan dengan lebih berkesan. Tapi amatlah penting untuk memilih suppleman yang selamat dan sesuai, sebab apa yang ibu ambil juga boleh mempengaruhi susu badan. Jadi, fokuslah pada produk yang berasaskan bahan semulajadi.
Antara supplemen yang sesuai adalah:
1) ESP
- Rendah kalori tapi tinggi nilai nutrisinya
- Membantu ibu rasa kenyang lebih lama
- Membantu mengurangkan keinginan untuk mengudap-ngudap atau snekking secara berlebihan
- Diperbuat daripada protein soya non-GMO
- Bagus untuk meningkatkan tenaga
- Bantu memperbaiki sel-sel badan tanpa ganggu kualiti susu ibu
2) Omega Guard
- Minyak ikan yang berkualiti tinggi
- Membantu membakar lemak
- Membantu memperbaiki metabolisme
- Memberi manfaat untuk perkembangan otak bayi yang disusukan
3) Vita-Lize
- Memastikan ibu mendapat semua vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk kekal sihat sambil menurunkan berat badan
4) Alfalfa Complex
- Tinggi serat (fiber)
- Membantu memperbaiki sistem penghadaman
(sistem penghadaman yang baik penting untuk menyokong proses penurunan berat badan)
Apa-apa pun, supplemen hanyalah pelengkap. Kunci utama untuk turunkan berat badan tetaplah pada diet yang seimbang dan gaya hidup aktif.
Elakkan Stress Berlebihan
Pertama sekali, ibu kena faham yang badan lepas bersalin memang ambil masa untuk pulih. Jadi tak perlu terlalu stress kalau berat badan tak turun dengan cepat. Lagipun, tubuh tengah bekerja keras menghasilkan susu untuk bayi. Dan itu sendiri adalah satu tugas yang besar! Daripada kita sibuk kira kalori atau timbang berat setiap hari, fokus pada rutin yang sihat dan konsisten. Ingat, apa yang penting ialah kesihatan ibu dan bayi, bukan angka pada penimbang pada waktu ini.
Stress berlebihan juga boleh jejaskan usaha nak kurus. Bila kita stress, hormon kortisol dalam badan meningkat, dan ini boleh buatkan selera makan bertambah. Pernah tak rasa asyik nak makan coklat atau benda manis bila tengah tertekan? Itulah kerja hormon stress! Jadi, cuba cari cara untuk bertenang, macam buat aktiviti santai, tidur (kalau boleh!), atau luangkan masa untuk diri sendiri walaupun sekejap. Bila hati tenang, lebih mudah untuk badan kita bertindak balas pada usaha kurus.
Paling penting, jangan bandingkan diri kita dengan ibu-ibu yang lain. Setiap orang ada perjalanan masing-masing, dan apa yang sesuai untuk orang lain mungkin tak sama untuk kita. Kalau nampak orang lain cepat je boleh kurus, itu rezeki mereka. Fokus pada progress sendiri, dan raikan setiap pencapaian kecil, macam berjaya elakkan fast food selama seminggu atau berjalan 10 minit sehari. Percayalah, perubahan kecil yang konsisten lebih berkesan daripada usaha besar yang penuh tekanan. Relax, ibu… You’ve got this!!!
Akhir kata…
Nak kurus masa menyusu memang boleh, tapi ingat, perjalanan ni perlukan kesabaran dan konsistensi. Jangan stress atau terlalu mendesak diri sendiri, sebab yang penting ialah ibu sihat, baby happy. Fokus pada usaha kecil setiap hari, macam makan lebih sihat, minum cukup air, dan cuba senaman ringan. Tak kisah ambil masa lama sikit, asalkan ibu rasa lebih bertenaga dan bahagia!
Sambil-sambil tu, jangan lupa untuk nikmati dan enjoy this breastfeeding journey. Masa ni takkan berulang, jadi jangan biarkan tekanan nak kurus rosakkan moment-moment indah dengan baby kita. Ibu tetap cantik walaupun badan tak terus “snap back” lepas bersalin. Jadi, relax, happy-happy dan teruskan usaha dengan penuh semangat!
Kalau nak tambah booster untuk bantu usaha kurus, boleh cuba supplemen semulajadi Shaklee yang saya cadangkan di atas. WhatsApp je saya, saya akan bantu sebaiknya.
Selamat Mencuba dan Semoga Ibu Berjaya Mencapai Matlamat!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment