Assalamualaikum wbt dan Hai Semua!
Ramadhan bakal tiba 7 hari sahaja
lagi, insya Allah.. Bagi ibu-ibu yang menyusu, sudah mula risau.
"Macam mana nak survive? Air
confirm tak dapat minum banyak macam biasa. Boleh ke nak buat stock susu? Cukup
ke susu aku ni?"
Jangan risau wahai para ibu. Allah
tidak menjadikan bulan puasa itu sebagai bulan penyeksaan, malah bulan rahmat.
Yakinlah dengan rezeqi Allah. Selagi kita mengikut seperti apa yang dituntut,
insya Allah, tidak akan menjadi masalah. Allah juga sentiasa ada memberi
kemudahan untuk kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk memaintainkan atau lebih bagus
lagi menambahkan production susu.
PERBANYAKKAN BERDOA
Doa untuk menambahkan susu:
"Ya Allah, permudahkanlah segala
urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah
perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau
syariatkan."
"Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah
dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang
sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku."
Sambil baca letakkan tangan pada bahagian payudara dan berdoa semoga Allah
murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan sehingga 2 tahun. Boleh juga
baca doa di atas dan hembuskan pada air minuman kita.
Selain itu boleh juga untuk mengamalkan surah-surah ini, mudah-mudahan Allah
mengurniakan rezeqi buat anak kita:
- Surah al-Hujurat
- Surah al-Kauthar
- Surah Yasin (ayat 72-73)
- Surah al-Baqarah (ayat 60)
Perbanyakkan zikir Ya Matin (Maha Sempurna
KekuatanNya) sebanyak 70 kali setiap malam dan waktu subuh atau
hembuskan pada air dan minum.
Perbanyakkan juga membaca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam
SOLAT SUNAT DHUHA
Amalkan solat sunat dhuha setiap hari supaya dimurahkan rezeqi. Dan amalkan doa
ini setiap selepas solat:
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha
itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu
keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan
perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezeqiku masih di
langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar,
permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu
dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala
yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”
TAMBAHKAN KEKERAPAN MENGEPAM
Susu
ibu terhasil dari konsep supply dan demand. Jadi, ibu perlu mengosongkan
payudara supaya dapat menghasilkan lebih susu. Dinasihatkan supaya mengekalkan
kekerapan mengepam 2-3 jam sekali, bagi menjamin supply susu ibu. Ibu boleh
juga mengepam 10-15 minit selepas anak menyusu.
Jika
berkemungkinan, susukan anak sekerap mungkin. Ini kerana bayi merupakan
perangsang yang paling baik untuk pengeluaran susu ibu. Waktu dipejabat,
pastikan para ibu konsisten dalam mengikut jadual mengepam.
MINUM AIR DENGAN BANYAK
Pengambilan air yang mencukupi amat penting. Perlu dipastikan untuk minum air
secukupnya ketika bersahur dan berbuka. Elakkan minum air seperti kopi ketika
sahur kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi. Selain air kosong, anda juga boleh
minum minuman seperti susu, air soya dan jus oren segar. Jus oren segar
berupaya meningkatkan penghasilan susu.
BERFIKIRAN POSITIF !!
Penyusuan sering dikaitkan dengan keyakinan diri. Kerisauan tentang penghasilan
susu yang sedikit hanya akan terus menyekat bekalan susu anda. Sebaliknya,
fokus pada apa yang ibu mampu hasilkan. Anggaplah diri ibu ini bernasib baik
kerana mampu untuk menyusukan anak anda sendiri.. ~! Lahirkan rasa gembira....
MENGEPAM PADA WAKTU MALAM
Hormon pengeluaran susu paling tinggi adalah pada
waktu tengah malam sehingga awal pagi. Jadi para ibu tidak boleh malas!
Bagunlah untuk tahajjud dan kemudian pamlah susu. Lebih bagus lagi jika dapat
membuat power pumping.
PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG
Sangat penting bagi para ibu untuk mengambil pemakanan seimbang. Tak perlu
berfikir untuk berlapar demi untuk menjaga badan. Anda tak perlu risau kerana
dengan menyusukan anak, anda juga boleh membakar kalori + mengecutkan rahim.
Tapi jangan pula makan berlebihan daripada yang diperlukan....
Berikut adalah beberapa jenis makanan atau minuman yang dipercayai boleh
menggalakkan penghasilan susu:
- Air soya
- Air kurma +
longan
- Oat
- Peria
- Bayam
- Salmon
- Apricot
- Asparagus
- Habbatus sauda
- dan lain-lain
lagi...
PENGAMBILAN SUPPLEMEN KESIHATAN
Ramai para ibu yang tidak sedar akan kepentingan untuk mengambil supplemen
kesihatan, terutama bagi ibu yang menyusukan. Perjalanan penyusuan ini menuntut para ibu untuk menyusukan anak atau
pam secara kerap dan konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi
yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai para ibu
pada hari ni yang benar-benar boleh menjaga pemakanan yang berkhasiat? Perlu
diingatkan bahawa apa yang ibu makan, itulah juga yang bakal disalurkan kepada
anak melalui susu ibu. Oleh itu, pengambilan supplemen kesihatan sangat perlu
untuk melengkapkan nutrisi-nutrisi yang hilang itu.
Ada beberapa jenis vitamin atau
nutrisi yang amat disarankan jika anda benar-benar ingin berjaya dalam
perjalanan penyusuan anda.
- Energizing Soy Protein (ESP)
- memekatkan susu
- Alfalfa Complex
Insya Allah.... Allah permudahkan
perjalanan penyusuan kita...
Semoga berjaya !!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment