Skip to main content

Mengantuk selepas berbuka?

Assalamualaikum & Hai Semua!

Macam mana dengan puasa kita hari ni? Lapar? Letih? Sahur apa tadi?

Sekarang ni mesti ramai antara kita yang sedang berlumba-lumba untuk pulang awal ke rumah. Bagi para isteri dan ibu dah tentu sudah berkira-kira "Nak masak apa berbuka puasa nanti ya?" Silap hari bulan, dari minggu lepas kita sudah fikirkan menu berbuka puasa hari ini. Ish... ish... Semangat sungguh.

On the way, pulang ke rumah, sempat pula menyinggah ke Bazaar Ramadhan. Untuk beli makanan-makanan sampingan, kononnya. Sampai di Bazar, mulalah jadi rambang mata. Sate... Ayam percik.. Kuih sampan... Nasi ayam... Kuih lapis... Roti john... Murtabak ayam... waaahhh!!! Sedapnya!!!!!!


Dari tujuan asal hanya untuk membeli makanan sampingan, keluar dari bazar dengan tangan yang penuh dengan 10 beg plastik berisi makanan. Siapa yang nak makan semua ni? Oh, saya dan suami lah.. Aduhhh... Besar sungguh saiz perut anda berdua.. huhuhuhuh...

Bergema sahaja Azan Maghrib, mulalah kita ibarat tak cukup tangan untuk menggapai semua jenis makanan yang ada di atas meja. Lapar niii....!! Lepas 15 minit, perut mula kenyang teramat-amat. Kekenyangan lebih dari yang sepatutnya. Pahala berbuka puasa? Wallahu a'lam.. Itu urusan Allah dengan kita. Tetapi, adakah kita betul-betul beradab semasa beriftar?


Bila perut kita terlalu kenyang, mulalah mata kita menjadi layu. Ish.. Macam mana nak tarawih ni?


Haa.... itulah yang sering menjadi masalah kebanyakan dari kita. Matlamat asal Ramadhan untuk membendung nafsu, sudah gagal di hari pertama.. Sedih tak? 


Makan berlebihan atau kekenyangan yang melampau boleh mengakibatkan pengurangan kadar oksigen yang diserap dalam tubuh sebanyak 20-40%. Ini terjadi akibat hyperventilation atau pernafasan yang berat. Pernafasan yang berat ini pula terjadi akibat kejutan biokimia. 

Bila ini berlaku, maka ia akan mengganggu sistem pencernaan. Kadar oksigen dalam darah semakin berkurangan dan menyebabkan berkurangnya bekalan enzim perncernaan, dan berlakulah pengumpulan produk sisa metabolisme dalam usus besar dan sel tubuh lainnya. Proses pencernaan menjadi lebih lambat. Di situlah bermulanya masalah OBESITI !!

Oleh sebab itu kita perlu menjaga pemakanan kita dari sekarang. Elakkan makanan yang tinggi gula dan kalori. Terutamanya ketika berbuka puasa, kita suka untuk minum air yang manis-manis. 

Bagi menggantikan minuman yang tak sihat itu, apa kata kita gantikan dengan Cinch Energy Tea Mix. Selain meningkatkan tenaga, kecerdasan dan ketahanan badan, ia juga boleh mengelakkan rasa lapar dan mengantuk. Tak dilupakan juga, Cinch Energy Tea Mix kaya dengan antioksidan !!


Selain tu, boleh juga ambil ESP. ESP sudah terkenal dengan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Dengan pengambilan minuman dengan indeks glisemik yang rendah ini boleh memecahkan gula dalam darah dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan kita. Ini dapat mengekalkan tenaga. Perut juga akan berasa cepat kenyang. Jadi ia dapat mengelakkan kita untuk mengambil makanan yang berlebihan dan jauhkan kita dari cepat rasa mengantuk.


Kesimpulannya, berbuka puasa lah berpada-pada. Kita perlukan tenaga yang banyak untuk beribadat. Dan tenaga itu bukanlah dapat dicapai dengan makan yang banyak. Tetapi, ambillah makanan yang sihat yang boleh menjamin kesihatan dan kecerdasan yang berpanjangan. Ingat, ikutilah sunnah Rasulullah SAW. Berhenti makan sebelum kenyang....

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole