Skip to main content

Plums - Apa Khasiatnya?

Photo: Plum segar, terutama jenis Mirabelle kuning, adalah sumber vitamin A dan beta karotena yang sederhana. Vitamin A adalah penting untuk penglihatan yang baik. Ia juga diperlukan untuk mengekalkan membran mukus dan kulit yang sihat. Pengambilan buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin A telah didapati melindungi dari kanser paru-paru dan rongga mulut...

Anda ingin mendapatkan makanan tambahan untuk kesihatan anda?

Untuk order dan sebarang pertanyaan, hubungi saya:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID : 913596
018-3176903 (WhatsApp/SMS)
Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
syidarohim@gmail.com
http://healthy-life-hanaziq.blogspot.com/

Haa... Kenal tak buah apa dalam gambar di atas ni? Kalau nak tahu, inilah buah plum..!! Semua dah tahu kot..

Nak tahu tak, sebenarnya buah plum adalah salah satu buah yang sangat banyak khasiatnya...

KAYA DENGAN NUTRIEN
Buah plum adalah sangat kaya dengan Vitamin A. Plum mempunyai beta-carotine yang sangat baik untuk kesihatan mata. Plum juga kaya dengan Potassium dan fiber.

KESIHATAN JANTUNG
Plum mengandungi potassium, di mana ia membantu menguruskan tekanan darah tinggi dan merendahkan risiko strok. Sangat disyorkan untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin C untuk merendahkan risiko kematian akibat strok, penyakit jantung dan barah.

PENCEGAHAN DARIPADA BARAH
Kajian telah menunjukkan plum mempunyai kaitan dengan pencegahan daripada barah, terutamanya barah payudara, gastrointestinal dan saluran pernafasan. Pigmen berwarna biru kemerah-merahan pada plum boleh melindungi daripada barah dengan menyerap radikal-radikal bebas yang merbahaya. Ini juga adalah kerana kehadiran Vitamin C.

KESIHATAN PENGHADAMAN
Plum bertindak sebagai julap semulajadi. Kandungan tinggi fiber pada plum adalah salah satu cara untuk membantu usus anda untuk bekerja. Fiber atau serat pada plum boleh mengekalkan fungsi yang betul pada sistem penghadaman kita. Ia juga membantu untuk membersihkan usus dan sekaligus mengekalkan sokongan penghadaman yang baik.

KESIHATAN OTAK
Ciri-ciri antioksidan pada plum memainkan peranan penting untuk menangkis kesan daripada radikal bebas yang merosakkan lemak yang terdapat pada sel-sel otak dan membran-membran sel.

GULA DALAM DARAH
Plum mempunyai Index Glisemik (GI) yang rendah di mana ia boleh membantu merendahkan glukos dakam darah dan merawat diabetes type 2. 

MENURUNKAN BERAT BADAN
Plum mempunyai kalori yang sangat rendah dan tidak mengandungi lemak tidak tepu yang merosakkan, yang menjadikannya sebagai salah satu pilihan makanan yang bagus. 

Kesimpulannya, plum berupaya untuk memusnahkan radikal-radikal oksigen, yang menghalangnya daripada membahayakan kesihatan. Nutrien yang terdapat pada buah plum boleh meneutralkan radikal anion superoksida yang boleh merosakkan lemak dan neuron pada otak. 

Walau bagaimana pun, sangat sayang kerana pengambilan buah plum dalam kuantiti yang tinggi telah dikaitkan dengan berlakunya kesan-kesan sampingan. Plum adalah di antara makanan yang mempunyai jumlah oxalate yang tinggi, yang boleh menyebabkan batu karang. Jika anda mengambil plum dalam jumlah yang banyak, paras oxalate akan menjadi pekat.


                          ********************************************


Oleh itu, jika anda amat meminati buah plum (bila dah tahu khasiat buah plum ni mesti lagi berminat, kan??), anda mestilah memastikan untuk mengambilnya dengan jumlah yang sederhana. Hadkanlah pengambilan hanyalah dua biji sehari. Jika anda tidak yakin dua biji plum boleh membekalkan anda dengan khasiat yang mencukupi, anda bolehlah top-up dengan supplemen kesihatan seperti yang Shaklee tawarkan, yang sudah pasti boleh mengekalkan tahap kesihatan yang optimum untuk anda, insya Allah...





Untuk order dan konsultansi percuma, hubungi:



Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)



Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole