Assalamualaikum wbt dan Hai Semua! Ramadhan bakal tiba 7 hari sahaja lagi, insya Allah.. Bagi ibu-ibu yang menyusu, sudah mula risau. "Macam mana nak survive? Air confirm tak dapat minum banyak macam biasa. Boleh ke nak buat stock susu? Cukup ke susu aku ni?" Jangan risau wahai para ibu. Allah tidak menjadikan bulan puasa itu sebagai bulan penyeksaan, malah bulan rahmat. Yakinlah dengan rezeqi Allah. Selagi kita mengikut seperti apa yang dituntut, insya Allah, tidak akan menjadi masalah. Allah juga sentiasa ada memberi kemudahan untuk kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk memaintainkan atau lebih bagus lagi menambahkan production susu. PERBANYAKKAN BERDOA Doa untuk menambahkan susu: "Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan." "Ya ...