Skip to main content

Tips Menangani Tingkah Laku Anak Autistic

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

Sebelum ni saya pernah cerita pasal behaviour anak-anak Autistic kan.. Ingat tak?


Satu "pe'el" anak-anak Autistic yang paling kerap saya dengar dan alami sendiri adalah mereka ni suka mengamuk (tantrum/meltdown), baling-baling barang, panjat-panjat meja (panjat almari pun ada), dan banyak lagi habit lain yang sewaktu dengannya.

Ini bukanlah kehendak mereka. Ini terjadi bukan sebab mereka nakal. Ini sebab mereka terlalu banyak terima rangsangan (stimulant) yang mungkin bagi kita nampak normal je. Tapi bagi mereka, dah tersangat-sangat over the limit. And that's just how they shake them off... 

So, kat sini saya nak kongsikan sikit tips untuk atasi masalah ni, hasil daripada pembacaan saya. Semoga ia dapat membantu...

Kembali pada Allah

- Tak kisahlah apa cara sekali pun yang kita buat untuk didik anak syurga kita, yang paling penting adalah KUASA DOA.
- Sebut nama anak kita dalam doa kita, supaya Allah berikan yang terbaik buat anak kita, dan berdoalah supaya anak kita itu menjadi anak yang soleh, dan dapat menjadi ladang pahala kita
- Doa jugalah supaya Allah permudahkan jalan kita untuk mendidik anak kita
- Dan bagi saya sendiri, saya suka perdengarkan dengan ayat ru'yah (atau apa sahaja ayat al-Quran atau zikir) untuk tenangkan anak saya, Mujahid, bila dia tiba-tiba datang mood mengamuk. Alhamdulillah, dia boleh tenang sikit lepas tu. Cuba la...

Konsisten

- Apa-apa cara pun yang kita buat untuk didik anak kita perlu diaplikasikan juga oleh semua orang yang bersama dengan anak kita, termasuklah ibu, ayah, atuk, nenek dan guru.
- Ketiadaan konsistensi boleh menyebabkan anak syurga kita keliru, stress dan frust.
- Ini menyebabkan lebih susah untuk kita tackle masalah anak kita.

Bersabar

- Jangan expect kita nampak perubahan anak dalam masa yang singkat
- Rekod segala improvement anak dalam diari, walau sekecil mana pun improvement tu.

Tak perlu denda

- Kanak-kanak yang ada ASD ni selalunya kurang faham relationship antara behaviour mereka dengan denda yang mereka terima. 
- Lagipun, dengan mendenda tak akan dapat ajar apa yang sepatutnya mereka lakukan dalam keadaan tertentu, dan tak dapat juga ajar mereka tentang kemahiran-kemahiran baru.

Bersenam

- Ia boleh membantu mengurangkan stress dan frustration pada anak
- Try ajak anak lompat atas trampoline.. Sangat membantu!


'Time out'

- Salah satu cara untuk tenangkan anak kita, especially kalau mereka rasa terganggu dengan faktor-faktor persekitaran macam bunyi motor.
Kita bawa anak kita ke tempat yang suasana yang lebih tenang dan selamat
- Insya Allah, anak kita akan berasa tenang dan mudah tertarik pulak dengan benda-benda lain yang mereka suka, dan boleh distract daripada gangguan tadi
- Cuba cari area di rumah kita di mana anak kita suka berada kat tempat tu.


Realistik

- Letakkan target yang boleh dicapai oleh anak.
- Ini untuk elakkan daripada diri kita sendiri yang jadi frust bila tak dapat capai target tu.
- Jangan terlalu comparekan anak kita dengan anak orang lain. Kebolehan dan kemampuan anak-anak kita ni berbeza-beza.

Kemahiran Baru

- Kanak-kanak ASD memang agak susah untuk membiasakan diri untuk gunakan skill yang baru dipelajari
- Galakkan anak kita untuk sentiasa gunakan skill baru tu tak kira di rumah, di sekolah atau mana sahaja.

Pengulangan

- Bila anak kita dah belajar skill baru, make sure kita ingatkan balik anak tentang skill-skill yang dah dipelajari sebelumnya.
- Sangat penting untuk ajar anak gunakan skill-skill ni diwaktu yang kritikal (cth: stress, demam, etc.) supaya anak tak kembali kepada behavior yang lama ie: mudah tantrum dah sebagainya.

Insya Allah, saya doakan anda semua dapat mendidik anak syurga kita dengan sebaik-baiknya.

Ingat... Anak adalah anugerah Allah yang paling berharga. Merekalah saham kita untuk kita mengejar syurga Allah... Anak-anak kitalah ladang pahala kita...

Autism is not a TRAGEDY. Ignorance is....




💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Rohim
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole