Assalamualaikum wbt dan Hai Semua!
"Sis, saya dah daftar jadi ahli Shaklee. Tahun depan kena renew jugak ke? Kena bayar lagi ke RM35?"
Nanti dulu kawan-kawan. Jangan panik.
Meh saya cerita sedikit sejarah dulu-dulu.
Masa saya mendaftar sebagai Ahli Shaklee pada tahun 2012 dulu, yuran pendaftaran adalah sebanyak RM65 seumur hidup!
Macam best kan... Tak payah renew-renew.
Betul, bestnya adalah pada kita.
Tapi, ada ura-ura juga saya dengar ia memberi impak juga pada sistem server Shaklee, di mana, ramai-ramai ahli Shaklee yang ada dalam sistem database Shaklee ada ramai ahli yang dah tak aktif. Dan ada yang dah meninggal dunia pun (innalillahi wa inna ilaihi rajiun...).
Jadi, ia agak menyukarkan pihak Shaklee untuk track ahli-ahli Shaklee yang masih aktif.
Oleh sebab itu, pada tahun 2016 kalau tak silap saya, Shaklee sudah meletakkan syarat bagi setiap ahli Shaklee untuk renew membership atau keahlian Shaklee setiap tahun.
"Ala... Bestlah member-member lama sebab dah bayar yuran seumur hidup. Lecehlah nak kena buat renewal Shaklee ni. Nanti nak kena bayar lagi..."
TIDAK SAMA SEKALI!
Ini kerana:
SEBAB PERTAMA: YURAN PENDAFTARAN ADALAH JAUH LEBIH MURAH
- Kalau dulu-dulu yuran pendaftaran adalah sebanyak RM65
- Kini yuran pendaftaran hanyalah RM35 sahaja!
- Dan ahli-ahli Shaklee yang lama pun sekarang ni wajib buat membership rewal juga. Tapi kami tak kisah, sebab........
SEBAB KEDUA: CARA RENEW KEAHLIAN YANG SANGAT MUDAH
Saya ingat lagi masa saya pergi Fun Day Event di Shaklee JB Branch tempoh hari. Saya berniat memang nak shopping je la; sekadar nak top up sikit stock Shaklee mana yang dah susut di rumah tu.
Antara supplemen yang saya wajib stock up adalah ESP dan Vitamin C. Ini antara supplemen favourite saya dan wajib ada kat rumah. Anak pula mintak vitamin Vitalea for Children dia tu. Saya pun grab la satu botol untuk dia. Memang dah nak habis pun kat rumah tu.
Semasa nak buat pembayaran, cashier tanya saya, "Puan nak buat renewal Shaklee sekali tak?"
Saya pun fikir, mmm... Alang-alang tu renew terus je lah.
Lepas tu... Eh, dah settle... Saya tak perlu bayar apa-apa pun untuk yuran membership renewal tu.
Tahu tak sebab apa saya tak perlu bayar apa-apa?
Ia hanya sebab saya sudah pun membuat pembelian!
Faham tak?
Maksudnya, sebenarnya, syarat untuk kita perbaharui keahlian Shaklee hanyalah dengan membuat sebarang pembelian tanpa minimum purchase atau pembelian minima, dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh lahir kita.
Sebagai contoh, tarikh lahir saya adalah pada bulan Ogos. Jadi saya boleh membuat membership renewal Shaklee saya bermula bulan Mei.
Dan macam mana nak buat renewal membership Shaklee tu?
Ia bergantung pada di mana anda buat pembelian produk Shaklee tersebut.
Jika anda membuat pembelian di branch, anda boleh maklumkan terus di kaunter pembayaran, dan keahlian anda akan secara automatiknya akan diperbaharui.
Jika anda membuat pembelian secara online, sebelum ke page pembayaran tu, anda perlu tick di kotak yang menyatakan anda nak buat membership renewal tersebut.
Itu sahaja. Anda tak perlu membayar lebih.
Seolah-olah sebenarnya membership renewal Shaklee anda adalah PERCUMA!
Dan anda sudah boleh terus menikmati segala privilege sebagai ahli Shaklee. Anda boleh nikmati pembelian dengan harga ahli, anda juga berpeluang untuk dapat cash rebate, dan ada juga boleh jalankan bisnes Shaklee untuk setahun yang akan datang.
"Macam mana kalau saya terlupa untuk buat renewal. Maksudnya habislah expired membership saya!"
Jangan risau. Selagi mana anda masih dalam tempoh setahun daripada tarikh pembelian anda bersama Shaklee dengan menggunakan ID anda, anda masih boleh membuat membership renewal Shaklee dengan cara yang saya ceritakan di atas.
Tapi...
Jika anda sudah melepasi tempoh setahun itu, maka anda perlulah membuat pendaftaran semula bersama upline anda yang sebelumnya, atau pun mana-mana Pengedar Shaklee yang Sah yang anda rasa boleh bimbing anda ke jalan yang benar... Gittewww....
Mudah sahaja, kan!
Kalau anda masih keliru lagi, tak apa... No worries... Jika anda sudah mendaftar keahlian Shaklee anda bersama saya, saya boleh bantu anda secara step by step sampai berjaya. Kalau anda masih belum menjadi ahli Shaklee, dan berminat untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee, jangan malu-malu! Roger je saya, ok!
Jika anda nak mendaftar sendiri pun boleh. Klik je link ini, k...
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment