Skip to main content

Ubat vs Supplement

Assalamualaikum wbt

Fuh... Berhabuk sudah blog ni. Sudah agak lama tidak berupdate. Insya Allah saya masih active sebagai Independent Distributor Shaklee... Cuma kadang-kadang sangat perlu mencuri masa untuk berblog.

Baru-baru ni, agak kecoh di ruang facebook saya tentang 'debat' antara para doktor dan distributor supplement kesihatan. Oh, saya tak masuk campur dalam perdebatan tersebut. Cuma saya sebagai silent reader. Kadang-kadang ada juga keluarkan hujah-hujah dalam hati. hehehe...


Antara isi debat tu lebih kurang beginilah...

"Ada antara pakar-pakar perubatan yang merasakan mereka sudah hilang perana dalam menentukan apa yang terbaik untuk kesihatan masyarakat."

Di manakah kesilapannya sehingga ada para medical practitioner yang berfikiran begini? Padahal setahu saya yang baru setahun jagung dalam Shaklee ni, kami tak pernah memberikan nasihat kepada para pelanggan kami supaya hanya ambil supplemen untuk menjamin kesihatan anda. Tak perlulah jumpa doktor bila sakit. Ambil supplemen sahaja sudah cukup.

Okay, perlu ditekankan di sini apakah itu fungsi supplemen. Supplemen kesihatan adalah untuk melengkapkan nutrisi yang tak dapat dilengkapkan melalui pemakanan seharian. Jika anda merupakan seorang yang sangat berdisiplin bab menjaga pemakanan, saya ucapkan syabas. Anda memang sorang yang hebat. Tapi, kita perlu akui, ada juga mereka yang di luar sana bukanlah di kalangan mereka yang begitu. Ambil contoh yang terdekat, DIRI SAYA SENDIRI. Aculah pistol di kepala saya, tapi saya tak suka makan sayur berdaun hijau. TAK SUKAAA!!!! Dan saya juga adalah seorang isteri, ibu dan suri rumah yang bekerjaya (ecececece....), dan saya hanya pulang ke rumah paling awal pada jam 9 malam. Tak sempat masak kat rumah? Memang la sempat, tapi waktu berkualiti saya bersama suami dan anak akan sangat terbatas. Maka, di kebanyakan hari, kami terpaksa me'napaw' makanan dari luar, yang memang kita tak dapat nak pastikan kelengkapan nutrisinya... Dan saya yakin, ramai lagi di luar sana yang menghadapi masalah seperti saya.

So, atas penerangan yang panjang lebar, saya tekankan, itulah peranan supplemen, at least pada diri saya sendiri. Saya memang tak yakin akan kecukupan nutrisi dalam badan saya jika saya tidak mengambil supplemen kesihatan tambahan. Semenjak saya consume supplemen SHAKLEE, alhamdulillah, saya sangat jarang demam seperti sebelumnya. Saya juga amat jarang migraine seperti dahulunya. Saya takut untuk menyatakan ini, sebab takut Allah akan menguji saya, tapi memang itu hakikatnya.

Bagi saya, pengambilan supplemen adalah penting untuk mengurangkan risiko anda mendapat certain penyakit, bukanlah merawat penyakit itu sendiri. Jadi bagi anda yang memang ada certain penyakit, anda boleh saja untuk kurangkan risiko untuk tetap berada dalam penyakit itu dengan 'top-up' nutrisi yang hilang dari tubuh badan anda. Tapi, tolonglah... sila juga dapatkan consultation daripada pakar-pakar perubatan. Dapatkan juga ubat-ubat yang sesuai untuk merawat penyakit anda. Supplement hanya sebagai pembantu sampingan untuk menyokong sistem badan anda...


Jadi, bagi anda-anda yang masih belum berpenyakit, atau macam dah ada risiko-risiko atau simtom-simtom penyakit yang berkenaan, jangan tunggu sehingga sakit baru nak terkocoh-kocoh cari ubat. Ingat, kesihatan itu nikmat Allah yang amat perlu kita jaga....


**Produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.



Untuk order dan konsultansi percuma, hubungi:





Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole