Skip to main content

Cara Uruskan Duit Gaji Bulanan

Assalamualaikum wbt. 

Hari ni saya nak cakap pasal kewangan

Kenapa saya nak cakap pasal kewangan? 

Sebab kita semua sedar yang mata wang kita dah semakin tak ada nilai. Kalau dulu pergi shopping kat supermarket, RM50 tu dah boleh penuh satu trolley. Sekarang ni mungkin hanya boleh dapat 3-4 barang je. 

Kita semua makin sedar yang kos sara hidup di Malaysia ni semakin tinggi. 

Malangnya, ada juga di antara kita yang sedar, tapi tak mahu ambil tindakan. 

Tindakan apa maksud saya? 

Tindakan pertama: BERJIMAT 

Yang lebih tepat lagi adalah “LIVE BELOW YOUR MEANS”

Term ini saya dapat selepas saya mengenali seorang lecturer dari salah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan. 

Saya agak pelik melihat beliau yang hanya pakai kereta Proton Persona. Bukan nak perlekehkan kereta buatan tempatan. Jauh sekali saya bermaksud begitu. Maksud saya, dengan gaji beliau yang saya jangka lebih RM10k, saya rasa beliau mampu nak pakai kereta yang lebih mahal. 

Dan apa yang beliau beritahu saya? Term tersebut, “LIVE BELOW YOUR MEANS”

Maksudnya lebih kurang: “Penggunaan wang mesti lebih sedikit daripada gaji sebulan kita.” 

Common sense la tu, kan? Sepatutnya la… 

Tapi masih ramai yang tak sedar yang kita kadang-kadang berbelanja melebihi kemampuan kita. 

Baru mula bekerja sebulan, gaji baru RM 3 000, dah beli Iphone. Dah mula nak survey kereta Honda Civic. 

“Tak apa lah.. Saya mampu…” 

Kalau komitmen anda hanya pada telefon dan kereta, ya, mungkin anda mampu. 

Tapi bagaimana dengan komitmen bil? Sewa rumah? Makan minum? Perbelanjaan minyak kereta dan tol nak pergi kerja? Ada terfikir tak nak buat saving? Sedekah dan zakat? Ada asingkan duit untuk mak ayah tak? PTPN dah habis bayar belum? 

 

Bila tak fikir habis-habis sebelum berbelanja, tu yang akhirnya makan mi segera je masa hujung bulan. Lepas tu terpaksa meminjam daripada kawan pulak.


Sebab tu, LIVE BELOW YOUR MEANS. Berbelanja sekadarnya. Membeli hanya jika perlu. Ketahui kemampuan kewangan diri sendiri. Kita masih boleh nampak bergaya tanpa telefon dan kereta mahal, kan? 

Tindakan 2: URUSKAN KEWANGAN


Saya dah nyatakan sedikit di atas tentang pembahagian wang gaji kita yang sepatutnya. Make sure bila kita dapat gaji, jangan terus fikir nak beli itu nak beli ini. 

Asingkan dulu duit komitmen, seperti bil, sewa dan hutang. 

Lepas tu baru bahagikan duit selebihnya untuk perbelanjaan keperluan bulanan, saving, sedekah, duit nak hantar pada mak ayah. Last sekali baru kita asingkan sikit untuk ‘berjoli’. Ingat, nak berjoli pun kena ikut kemampuan ok. 

Seeloknya, kita dah tentukan berapa peratus untuk setiap bahagian tu. 



Contoh – PEMBAHAGIAN KEWANGAN 

45% : Langsaikan komitmen 
30% : Belanja makan-minum 
10% : Saving 
5% : Sedekah 
5% : Duit mak ayah 
5% : Joli 

Ini hanya contoh. Kalau kita dah buat pembahagian macam ni, barulah kita nampak kemampuan kita.  
Lagi satu kena ingat, tak kira sedikit manapun gaji kita, jangan lupa untuk SAVING, ZAKAT dan IBU BAPA. 

Dari zakat dan wang yang dihantar pada ibu-bapa tu lah datangnya keberkatan. Jangan takut rasa hilang duit, sebab rezeki tu dah tentunya Allah yang tentukan. Barang siapa yang berbelanja pada jalan Allah, dengan niat untuk capai keredhaanNya, Allah akan berikan lagi rezeki yang berlipat ganda. Percayalah…. 

Tindakan 3: PENDAPATAN SAMPINGAN 



Bila kita dah buat pembahagian kewangan kita, kita mungkin akan nampak, ish… tak cukup ni… 

Tapi bila rasa tak cukup, takkan nak tunggu je rezeki dating bergolek kan? Takkan nak tunggu tahun demi tahun untuk dapat kenaikan gaji? 

Di sini mungkin kita boleh fikir alternative lain, iaitu untuk mulakan a small business. 



Mungkin kita ada sedikit talent yang mungkin kita boleh gunakan untuk jana pendapatan. Sebagai contoh, kita gemar membaking. So, kita boleh gunakan talent kita tu untuk ambil upah buat kek birthday ke… Kek kahwin ke… 

Atau kita suka menjahit? Kita suka menulis? Semua tu boleh buat duit. 

Hanya nak dan tak nak je. 

Kalau anda tak tahu servis apa atau produk apa yang kita nak sell, boleh tanya saya. Saya ada something yang boleh offer anda. 

So, bila kita dah fikir untuk mulakan perniagaan kecil-kecilan, kita dah kena tambah la sikit pembahagian kewangan kita, iaitu untuk MODAL PERNIAGAAN. 

Untuk yang tak boleh keluarkan modal banyak, boleh juga nak berniaga secara DROPSHIP. Boleh contact saya kalau anda minat nak join business secara dropship ni. 

Insya Allah, bila dah dapat pulangan, dah boleh buat separate account. Pengurusan wang gaji daripada kerja hakiki, dan juga wang hasil daripada small business kita tadi. 

Jangan campur adukkan. Nanti kita tak nampak ke mana untungnya business kita. Dan susah nak merancang untuk bangunkan business kita tu. 

Insya Allah, inilah serba sedikit perkongsian saya. Saya sendiri pun masih bertatih-tatih. Insya Allah, mudah-mudahan kita semua berjaya di dunia dan di akhirat sana….



Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:


Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : syida_rohim
Twitter : @SyidaRohim
Google + : +SyidaRohim
Pinterest : Syida Rohim
Contact No. : 018-3176903 (SMS/WhatsApp only)
COD : Meru (Klang), Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran poslaju ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim Herbal

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diperlukan ole