Assalamualaikum wbt & Hai Semua!
Pernah tak rasa macam otak berkabus, susah nak fokus, dan asyik lupa itu ini?
Duduk depan laptop lama, tapi idea tak keluar.
Baca mesej orang, tapi tak boleh hadam.
Nak cakap sesuatu pun rasa macam “blur”… benda atas hujung lidah, tapi tak terkeluar.
Ha, kalau semua ni selalu terjadi pada anda, besar kemungkinan anda sedang mengalami “brain fog”.
Apa Itu Brain Fog?
Brain fog bukanlah satu penyakit, tapi lebih kepada sekumpulan tanda-tanda yang menunjukkan otak dan badan kita tengah ‘penat’. Antara simptom biasa adalah seperti:
- Mudah lupa
- Hilang aliran pemikiran ("train of thought")
- Kekeliruan
- Susah fokus
- Emosi tak stabil
- Otak rasa ‘slow’ walaupun tidur cukup
- Lemau sepanjang hari walaupun tak buat kerja berat
- Kurang produktif
- Susah berfikir
Biasanya brain fog ni datang disebabkan oleh tekanan, kurang tidur, hormon tak stabil, pemakanan tak seimbang dan juga radikal bebas yang boleh merosakkan sel otak kita. Ia juga boleh jadi disebabkan oleh penyakit autoimun seperti lupus; dan jupa ubat-ubatan seperti antihistamin dan antidepressant.
Tapi jangan risau, berita baiknya… ada banyak cara yang boleh membantu untuk lawan brain fog ni, dan ia bermula daripada makanan kita!
Betul, apa yang kita makan memang sangat mempengaruhi kesihatan otak kita. Jom kita tengok apa 7 superfood yang boleh bantu otak kita kekal cerdas dan mendapatkan fokus yang lebih tajam!
🥦 7 Makanan Superpower Untuk Lawan Brain Fog
Kalau otak kita asyik “buffering”, mungkin dah tiba masa untuk kita suapkan dia dengan makanan yang boleh bantu untuk aktifkan semula sel-sel otak. Jom tengok!
1. Buah berries (Blueberry, Strawberry, Raspberry)
- Buah-buah berries ni kecil-kecil, tapi bak kata orang, kecil-kecil cili padi. Saiz je kecil, tapi khasiatnya sangat power.
- Buah berries sangat kaya dengan antioksidan yang dipanggil flavonoid yang boleh membantu kurangkan keradangan, lindungi sel otak dari kerosakan dan tingkatkan komunikasi antara sel otak. Ini sekaligus dapat meningkatkan memori dan keupayaan kognitif.
- Ada kajian menunjukkan flavonoid boleh melambatkan penurunan ingatan (memory decline).
- Cara makan: Makan bersama yogurt, oatmeal, blend buat smoothie atau makan begitu sahaja!
2. Ikan Berlemak (Salmon, Sardin, Ikan Kembung)
- Ikan-ikan ni kaya dengan Omega-3 fatty acids, terutamanya DHA. DHA yang sangat penting untuk membina struktur sel otak dan fungsi saraf. Bila cukup omega-3, otak boleh berfungsi dengan lebih baik, lebih senang nak fokus, daya ingatan bertambah, dan emosi pun lebih stabil.
- Kajian menunjukkan pengambilan ikan tinggi Omega-3 boleh meningkatkan aliran darah ke otak dan membantu konsentrasi
- Cara makan: Bakar, grill atau masuk dalam salad. Nak mudah, ambil dalam bentuk suplemen pun boleh.
3. Kunyit
- Bukan sekadar bahan dalam kari! Kunyit ada curcumin yang bersifat anti-radang dan bantu tingkatkan hormon BDNF (yang penting untuk fungsi otak & emosi).
- Ia juga mengandungi antioksidan yang dipanggil luteolin yang telah ditunjukkan dapat mengurangkan brain fog di kalangan pesakit Covid
- Cara makan: Tambah dalam masakan, atau buat minuman kunyit campur madu.
4. Sayuran Berdaun Hijau Gelap (Spinach, Brokoli, Kale)
- Mak-mak selalu suruh makan sayur, memang ada sebabnya! Sayur berdaun hijau gelap ni loaded dengan folate, lutein, vitamin K, dan antioksidan seperti beta-karotena. Semua ni adalah nutrient penting yang terbukti dapat membantu untuk “slow down”kan kemerosotan fungsi otak dan penurunan kognitif yang berkaitan dengan usia. So, jangan skip sayur dalam hidangan korang!
- Cara makan: Buat smoothie, rebus atau masak simple stir-fry
5. Dark Chocolate
- Yes, coklat pun boleh! Tapi pilih yang dark chocolate (70% ke atas) sebab kaya dengan flavonoids yang bantu peredaran darah ke otak. Bila otak cukup oksigen, dia jadi lebih segar dan tangkas.
- Ia juga dapat bantu memperbaiki fungsi kognitif, konsesntrasi dan boleh menstabilkan mood.
- Cara makan: Ambil dalam portion yang kecil (sekeping dua cukup), jangan berlebihan.
6. Kekacang & Biji-bijian (Walnut, Almond, Chia Seeds, Flax Seeds)
- Kalau kita perhatikan, walnut ni nampak macam otak kan? Memang sesuai sangat! Kalau nak tahu kekacang dan biji-bijian ni sangat kaya dengan vitamin E, zinc, magnesium, dan Omega-3 (terutama flax seeds dan chia seeds).
- Nutrien-nutrien ni penting untuk fungsi kognitif yang sihat dan melindungi sel-sel otak daripada tekanan oksidatif.
- Ia juga telah ditunjukkan dalam meningkatkan daya fokus sehingga 60% dan mengurangkan keletihan mental.
- Cara makan: Ambil sebagai snack sihat seperti trail mix atau topping untuk overnight oat
7. Avokado
- Buah ni memang ada orang suka, dan ada jugak orang tak suka. Tapi suka atau tak, kita kena tau yang avokado ni kaya dengan monounsaturated fats yang sihat, yang dapat membantu dalam melancarkan aliran darah ke otak. Aliran darah yang baik maksudnya otak dapat lebih banyak oksigen dan nutrien untuk berfungsi pada tahap optimum. Selain tu, avokado pun ada vitamin K, fiber dan folat yang bagus untuk otak.
- Pengambilan avokado kiga boleh meningkatkan daya kognitif.
- Cara makan: Blend as smoothie, makan bersama toast, atau buat guacamole
Cadangan Suplemen Yang Boleh Bantu Kurangkan Brain Fog
Selain daripada makanan, ada juga beberapa supplemen yang boleh membantu menyokong kesihatan otak kita yang bagus juga untuk kita amalkan sebagai ikhtiar, terutamanya bila kita perlukan boost tambahan untuk lawan brain fog dan gaya hidup kita pula agak sibuk dan sukar nak konsisten dengan makan seimbang. Tapi ingat, suplemen ni bukan pengganti makanan sihat ya, ia cuma pelengkap!
Antara suplemen yang biasa dicadangkan untuk kesihatan otak termasuklah:
✅ Omega Guard Shaklee
- Sumber asid lemak omega-3 tulen dari ikan kecil laut dalam
- Omega-3 sangat bagus dalam meningkatkan kesihatan otak dan memperbaiki simtom-simtom brain fog tertentu seperti susah memberi tumpuan atau mengingat.
- Bantu lancarkan aliran darah ke otak, kurangkan ‘blur’ dan naikkan fokus
- Omega-3 juga boleh bantu menstabilkan mood di kalangan penghidap masalah depression dan anxiety.
- Kalau rasa tak cukup makan ikan berlemak, suplemen Omega Guard (minyak ikan) ni boleh jadi pilihan.
✅ B Complex
- Penting untuk sistem saraf, penghasilan tenaga dan kestabilan hormon
- Bantu kurangkan tekanan & keletihan mental
- Kekurangan vitamin B boleh menyumbang kepada brain fog.
- Pengambilan B-Complex boleh mengurangkan simtom-simtom brain fog seperti masalah mudah lupa, susah memberi tumpuan dan lain-lain.
✅ Ostenutrix
- Mengandungi Magnesium, sejenis mineral yang terlibat dalam ratusan fungsi badan, termasuklah fungsi otak dan mood.
- Magnesium boleh bantu mengurangkan kecenderungan untuk mendapat stress, seterusnya boleh memperbaiki kekurangan kognitif yang diakibatkan oleh stress.
- Mengandungi Vitamin D yang boleh bantu memperbaiki simtom depresi termasuk brain fog
- Vitamin D juga boleh meningkatkan kesihatan mental secara keseluruhan termasuk mood, pemikiran negatif dan simtom-simtom anxiety dan depression pada sesetengah orang.
- Terdapat kajian yang menunjukkan mereka yang diketahui mempunyai paras Vitamin D yang rendah, selepas mengambil supplemen Vitamin D mengalami prestasi pembelajaran dan ujian ingatan yang lebih baik.
✅ Vivix atau Res V (Res V-Vix)
- Okay, mesti anda pernah dengar pasal Vivix dan Res V kan? Kedua-dua ni memang popular sebagai suplemen untuk kesihatan menyeluruh, dan secara tidak langsung boleh bantu menyokong kesihatan otak juga.
- Ini antara pilihan premium yang sangat sesuai kalau kita nak perbaiki sel dan sistem-sistem dalaman badan kita.
- Res V-Vix mengandungi resveratrol + polifenol (antioksidan yang sangat kuat) yang dapat bantu melindungi sel-sel badan dari kerosakan oksidatif daripada radikal bebas, termasuklah sel-sel otak. Bila sel otak sihat, risiko brain fog pun berkurang dan fungsi kognitif boleh jadi lebih baik.
- Resveratrol ni dikaji kerana potensinya untuk menyokong kesihatan vaskular (salur darah) dan fungsi selular. Aliran darah yang sihat ke otak adalah kunci untuk memastikan otak kita dapat nutrien dan oksigen yang mencukupi untuk beroperasi dengan lancar.
- Kedua-duanya dapat membantu dalam melambatkan penuaan sel, tingkatkan tenaga sel dan aktifkan mitokondria (pusat tenaga dalam sel).
- Perbezaan antara Vivix dan Res V ada saya sharekan di sini. Boleh jemput baca ye.
Akhir kata…
Kadang-kadang kita terlalu mengejar rutin harian, sampai lupa yang otak kita pun perlukan perhatian.
Melawan brain fog ni bukan satu proses yang sekejap, tapi dengan amalan pemakanan sihat yang konsisten, ia pasti membuahkan hasil. Gabungan superfood untuk otak, gaya hidup aktif, tidur yang cukup, dan mungkin juga bantuan suplemen yang sesuai, insya Allah kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada brain fog dan nikmati otak yang lebih cergas dan fokus yang lebih tajam! Badan kita pun insya Allah dapat berfungsi dengan lebih baik secara keseluruhan.
Otak yang cerdas = Hidup lebih produktif + mood lebih stabil + lebih bahagia.
Kalau anda tengah alami brain fog sekarang, cuba perlahan-lahan ubah gaya hidup dan pemakanan.
Dan kalau nak tahu lebih lanjut pasal Vivix atau Res V atau supplemen-supplemen lain, boleh terus tanya ya. Saya sedia membantu! 💬😊
Ada lagi tak superfood lain yang anda rasa power untuk otak? Kongsikan di ruangan komen!
💗 Sharing.is.Caring 💗
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:
Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Page : Sihat dan Cergas bersama Hanaziq
Email : syidarohim@gmail.com
Blog : Live Healthy - Hanaziq
Contact No. : 018-3176903 (WhatsApp only)
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia
Comments
Post a Comment