Skip to main content

Sakit Kepala Berpanjangan? Mungkin Bukan Biasa-Biasa

Assalamualaikum wbt & Hai Semua!

migrain & sakit kepala kronik

Kita semua mesti pernah mengalami sakit kepala, tak kiralah sama ada sebab kurang tidur, terlalu stress, atau sebab cuaca terlalu panas. Kadangkala ia hanya seketika dan hilang begitu saja, tetapi ada masanya ia berlarutan dan mengganggu aktiviti harian kita. Tapi bila sakit kepala jadi terlalu kerap, berpanjangan dan makin mengganggu kehidupan seharian… itu “biasa-biasa” kah?

Jadi, bilakah sakit kepala ini dikategorikan sebagai "bukan biasa-biasa"?  Sebenarnya, ada banyak jenis sakit kepala, dan setiap satu jenis ini datang dengan pelbagai simptom dan punca yang berbeza. Kalau anda selalu rasa pening, berdenyut di sebelah kepala, atau rasa loya bila sakit kepala menyerang, mungkin anda sedang mengalami migraine atau sakit kepala kronik.

Mari kita kenali beberapa jenis sakit kepala, simptom, dan puncanya dengan lebih lanjut.

🌪 Jenis-Jenis Sakit Kepala, Simtom dan Punca 

Sakit kepala boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, dan setiap satunya mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri:

1. Migrain

Migrain adalah lebih daripada sekadar sakit kepala biasa. Ia adalah sejenis gangguan neurologi kompleks yang dipengaruhi oleh faktor genetik.

Antara simptomnya termasuk:
- Sakit kepala yang sangat teruk
- Rasa berdenyut di kepala (selalunya di bahagian sebelah kepala sahaja, tak kira kanan, kiri atau belakang)
- Boleh berlarutan dari beberapa jam hingga beberapa hari
- Sering disertakan dengan rasa loya, muntah dan sensitif pada cahaya (photophobia) dan bunyi (phonophobia). Kadangkala mereka yang diserang migraine ni memerlukan rehat sepenuhnya di tempat yang gelap dan sunyi.
- Selalu mengalami penglihatan yang kabur atau ‘aura’ (kilauan cahaya) sebelum migraine menyerang

Punca sebenar migrain masih belum diketahui sepenuhnya, tetapi ia dipercayai melibatkan perubahan aktiviti otak yang menjejaskan isyarat saraf, bahan kimia dan salur darah dalam otak. 

migrain & sakit kepala kronik

Pencetusnya boleh jadi pelbagai, termasuklah:
- Perubahan hormon, contohnya waktu haid atau menopause
- Makanan tertentu: Makanan berperisa tinggi, tinggi MSG, kafein berlebihan
- Stress berpanjangan
- Kurang tidur/tidur tak berkualiti
- Puasa atau hipoglisemia
- Perubahan cuaca atau tekanan udara
- Pengambilan ubat tahan sakit secara berlebihan
- Pencemaran / toksin dalam badan

2. Sakit Kepala Tension (Tension-Type Headache)

Ini adalah jenis sakit kepala yang paling biasa berlaku yang boleh menyebabkan tahap kesakitan paling lemah ke sederhana. 

Simtom:
- Rasa sakit seperti ditekan atau diikat di sekeliling kepala. 
- Sakit kepala yang berdenyut perlahan
- Selalunya tidak terlalu teruk sehingga mengganggu aktiviti harian, tapi mengganggu keselesaan
- Rasa tegang di bahagian leher dan belakang kepala
- Boleh berlaku setiap hari jika stress tidak dikawal

Puncanya masih belum dapat difahami sepenuhnya. Tapi ia boleh disebabkan oleh:
- Tekanan
- Keletihan
- Kurang tidur
- Posture badan yang tidak betul
- Otot kepala dan leher yang tegang

3. Sakit Kepala Kluster (Cluster Headache)

Sakit kepala jenis ini agak jarang berlaku, tapi ia adalah yang paling teruk dan sangat menyakitkan. 

Simtom:
- Sakit di sebahagian kepala sahaja
- Sakit yang amat sangat, menusuk, dan membakar di sekeliling atau di belakang satu mata.
- Ia berlaku dalam "kluster" atau tempoh masa tertentu (contohnya, setiap hari untuk beberapa minggu atau bulan), kemudian hilang untuk tempoh yang lama.
- Mata merah atau berair
- Hidung tersumbat atau berair di sebelah yang sakit
- Kelopak mata jatuh
- Muka berpeluh pada sebelah bahagian yang sakit

Punca spesifik tidak diketahui, tetapi dipercayai ia melibatkan gangguan di bahagian otak yang dipanggil hipotalamus. Ia juga dikaitkan dengan perembesan histamin dan serotonin secara tiba-tiba pada saraf trigeminal. Merokok, penggunaan alkohol dan altitud tinggi juga mungkin menjadi pencetus.

migrain & sakit kepala kronik

4. Sakit Kepala Sinus

Sejenis sakit kepala seperti mengalami jangkitan di bahagian sinus.

Simptom
- Sakit dan tekanan di bahagian dahi, tulang pipi, dan belakang mata
- Hidung tersumbat
- Selalu disertai dengan keletihan dan demam
- Rasa berat di muka
- Sakit rasaa makin teruk bila tunduk atau baring

Punca: Disebabkan oleh jangkitan dan keradangan pada rongga sinus.

5. Sakit Kepala Kronik

Kalau anda mengalami sakit kepala seperti di atas, tetapi ia berlanjutan lebih daripada 15 hari dalam sebulan selama 3 bulan atau lebih, itu mungkin dah masuk kategori kronik. Ia boleh jadi:
- Chronic migraine
- Chronic tension-type headache
- Atau gabungan keduanya

Biasanya ia berlaku kerana kombinasi beberapa faktor termasuklah:
- Pengambilan ubah tahan sakit yang berpanjangan
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Keradangan dalaman badan
- Faktor genetik.

6. Sakit Kepala Berpanjangan Akibat Punca Lebih Serius

Ini adalah jenis sakit kepala yang perlu diberikan perhatian segera dan memerlukan pemeriksaan doktor.

Simptom
- Sakit kepala yang tiba-tiba dan sangat teruk 
- Sakit kepala selepas kecederaan kepala 
- Sakit kepala yang semakin teruk dari masa ke masa
- Sakit kepala yang disertai dengan demam panas, leher kaku (stiff neck), ruam, kekeliruan, masalah penglihatan, kelemahan pada satu bahagian badan, muntah, insomnia, masalah memori atau sawan.

Punca: Boleh disebabkan oleh keadaan yang serius seperti strok, pendarahan otak, tumor otak, meningitis, atau aneurisme.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Jika anda mengalami sakit kepala yang berterusan, semakin teruk, atau disertai dengan mana-mana simptom serius yang disebut di atas, segeralah berjumpa doktor. Jangan buat andaian sendiri dan bertangguh untuk mendapatkan rawatan.

migrain & sakit kepala kronik

💊 Peranan Gaya Hidup Sihat & Nutrisi Tambahan untuk Legakan Sakit Kepala

Selain daripada rawatan ubat tahan sakit biasa, gaya hidup sihat juga memainkan peranan penting dalam mengawal keadaan sakit kepala, terutama jenis-jenis yang kurang serius. Ini merangkumi:
- Pengurusan stress:  Cari kaedah yang berkesan untuk menguruskan tekanan seperti meditasi, teknik pernafasan dan hobi 
- Urut & Regangan: Untuk sakit kepala tension, urutan lembut pada leher dan bahu serta senaman regangan boleh membantu melegakan ketegangan.
- Jaga rehat, tidur dan rutin harian: Pastikan kita mendapat tidur dan rehat yang berkualiti dan mencukupi.
- Dehidrasi: Pastikan kita minum air yang mencukupi sepanjang hari. Dehidrasi adalah punca sakit kepala yang sering diabaikan.
- Diet Seimbang: Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
- Elakkan ‘trigger foods’ seperti keju matang, coklat, makanan proses
- Senaman ringan yang konsisten
- Pengambilan supplemen anti-radang atau antioksidan

Nutrisi tambahan boleh membantu menyokong kesihatan keseluruhan dan membantu tubuh badan kita menghadapi tekanan dan keradangan. Shaklee menawarkan beberapa produk yang terkenal dengan manfaat kesihatan menyeluruh.

🌿 Sokongan Semulajadi: Res V & Vivix dari Shaklee

Ramai yang tak sedar bahawa keradangan sel dan stress oksidatif dalam badan boleh jadi salah satu pencetus migraine dan sakit kepala yang berpanjangan.

Res V dan Vivix dari Shaklee merupakan supplemen antioksidan yang tinggi dengan campuran polifenol dan resveratrol, iaitu sejenis bahan aktif antioksidan yang kuat. Ia boleh membantu:
Melindungi sel otak daripada kerosakan radikal bebas dan tekanan oksidatif
Mengurangkan keradangan dalam badan
Meningkatkan tenaga selular dan kesihatan sistem saraf
✅ Menyokong kesihatan keseluruhan, termasuk hormon dan sistem imun

Walaupun Res V dan Vivix bukanlah ubat untuk sakit kepala, kandungan antioksidan dan anti-radangnya yang tinggi dalam kedua-dua produk ini boleh menyokong kesihatan selular dan mengurangkan keradangan umum dalam badan, yang secara tidak langsung boleh membantu dalam mengawal sakit kepala yang berkaitan dengan tekanan atau keradangan.

migrain & sakit kepala kronik

migrain & sakit kepala kronik

migrain & sakit kepala kronik

Ramai pengguna Shaklee melaporkan perubahan positif dalam kekerapan migraine dan tahap keletihan selepas konsisten mengamalkan Vivix atau Res V.

Akhir kata…

Ingat, sakit kepala bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh dan dianggap normal, terutamanya kalau sakit kepala dah terjadi makin kerap, berpanjangan, makin teruk, dan mengganggu fungsi harian. Ia mungkin adalah satu petanda yang tubuh badan kita sedang memberi ‘signal’ yang sesuatu yang lebih serius sedang berlaku.

Langkah pertama? Kenali jenis sakit kepala anda. Dapatkan nasihat perubatan profesional, jika perlu. Langkah kedua? Tindakan. Ubah gaya hidup, kenal pasti trigger, dan pertimbangkan nutrisi tambahan dan berikan sokongan kesihatan dalaman anda secara menyeluruh, semulajadi dan berkesan.

Nak cuba Res V atau Vivix? Atau nak tahu lebih lanjut?
Saya sedia bantu 😊

Anda pernah mengalami sakit kepala yang luar biasa? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen!

💗 Sharing.is.Caring 💗

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk order produk Shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma, hubungi Pengedar Sah anda:

Siti Rusyida Rohim
Shaklee ID: 913596
FB Profile : Syida Rohim
Instagram : Syida Shaklee
COD : Bandar Putra, Kulai, Senai dan kawasan sekitarnya.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia

Comments

Read More...

Cara saya hilangkan ruam panas anak

Assalamualaikum wbt Sejak 2-3 bulan ni memang cuaca sangat panas, kan... Rasa macam nak pasang air-cond 24 jam je kat rumah....  Jangan lupa banyakkan minum air ye.. Banyak dah kes heat stroke sekarang ni.... Nak dijadikan cerita, sejak 2 minggu lepas saya perasan badan anak saya naik ruam. Setompok kecik je... Saya fikir, ni mesti kes cuaca panas ni. Nasib baik saya memang ada krim Herbal Blend kat rumah. Saya pun sapu la sikit kat tompok ruam tu. Saya pun fikir la, lepas setiap kali mandi nak letak la krim tu. Tak sempat.... Esoknya ruam tu hilang dah. Huhuhu.... Tapi saya letak la jugak, nak make sure bebetul hilang. Lagi pun krim ni cam rasa berangin sket, bagi Mujahid rasa selesa dan elakkan dia rasa gatal. Tu cerita 2 minggu lepas. Minggu lepas saya perasan ruam naik banyak sangat kat bahagian dahi, kat bahagian anak-anak rambut tu. Memang kawasan yang kerap peluh la tu... Saya pun tak fikir banyak, memang sapu sikit la krim He...

Penting tahu Glisemik Index Untuk Pesakit Diabetes

Assalamualaikum wbt & Hai Semua! Anda mesti selalu dengan perkataan 'Index Glisemik' atau ' Glycemic Index '  atau saya selalu sebut 'GI'. Anda pernah beli roti Gardenia tak (bukan nak iklan)? Kalau sape yang biasa beli roti Gardenia, kat plastik tu memang ada tulis nilai GI dia. Tengok gambar kat bawah ni... Kenapa agaknya dia perlu tayang nilai GI ni ye? Sebenarnya, untuk pengetahuan anda, kalau kita tahu nilai GI ni kita akan lebih senang untuk buat pilihan makanan yang sihat dan baik untuk kita. Sebagai contoh, bagi mereka yang ada masalah kencing manis, atau yang berisiko untuk dapat kencing manis, sangat penting untuk tahu nilai GI untuk setiap makanan yang diambil untuk bantu mereka memilih makanan yang tak menjejaskan paras gula dalam darah mereka. Faham ke faham? Ok, saya cuba terangkan dengan lebih detail....  APA SEBENARNYA INDEX GLISEMIK (GI) Index Glisemik (GI) sebenarnya adalah satu skala daripada nilai 1-100 yang menunjukkan sebanya...

Kepentingan Sistem Limfa yang Sihat

Assalamualaikum wbt Hari ni nak cerita pasal toksik lagi. Kenapa saya suka cerita pasal toksik? Sebab memang badan kita memang tak boleh lari daripada jadi tong yang penuh dengan toksik. Sebab kita memang selalu terdedah dengan macam-macam sumber toksik. Ini termasuklah daripada aktiviti-aktiviti harian dalam badan kita. Toksik juga boleh terhasil dalam badan kita bila sel-sel imun kita melawan jangkitan.  Bila badan kita penuh toksik, badan kita akan buang benda-benda toksik ni daripada tisu badan kita dan bawa ke aliran darah untuk diproses oleh hati.  Semua proses ni berlaku dalam satu rangkaian tisu dan organ yang dinamakan sistem limfa. Apa itu sistem limfa? Sistem limfa ( Lymphatic System ) merupakan satu sistem peredaran yang berfungsi untuk menyokong sistem imun kita. Ia bertindak seolah-olah macam sistem kumbahan dalam badan kita, di mana ia membantu badan kita untuk membuang toksin dan sisa-sisa buangan yang tak diper...